Sunday 8 June 2014

Surat cinta terindah





Salimah meletakkan bekas makanan yang dibelinya di kafe sebentar tadi di atas meja belajar. Tudung di kepala dibuka. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahhari. 

‘Ada sejam setengah lagi dari sekarang sebelum masuk waktu zohor. Aku kena cepat,nak ulangkaji lagi nak qailullah lagi’.

Hati Salimah terdetik. Sikap Salimah yang sentiasa ulangkaji awal menyebabkan resultnya sentiasa gempak. Dia tidak suka menangguh-nagguhkan kerja apatah lagi belajar. Salimah memang seorang book-worm suka hati kau orang nak terjemah ulat buku ke, cacing buku ke atau apa-apa jelah. Yang pasti si Salimah ni seorang yang kuat study.

Seringkali Salimah sedih dan terasa hati kerana sikapnya yang suka study kadang-kadang merimaskan rakan sebiliknya. Namun Salimah tidak peduli itu semua dek kerana hatinya yang cekal dan sentiasa bersemangat. 

“Eh, kawan aku pun dulu bijak. Dia taka da la study 24 jam. Tapi result dia still gempak”.

Kata salah seorang roommate Salimah. Salimah tahu kawannya itu menyindirnya kerana Salimah menolak ajakan dia untuk keluar outing ke Bandar. Bagi Salimah, outing ke Bandar hanya membuang masa. Lebih baik dia study daripada pergi berjalan-jalan tak ada tujuan. Balik konphem penat. Lepas tu study entah ke mana homework entah ke mana. Buang masa.

Lebih baik dia study sebab hidupnya bukan saja diisi dengan belajar tapi dia juga terlibat dengan usrah,halaqoh dan bulatan gumbira. Aktiviti-aktivit yang disertainya itu menyebabkan dia tiada masa untuk bermain-main dalam pelajarannya. Masnya terisi dengan benda yang bermanfaat.

Setiap malam selasa dia akan ke halaqoh.

Pada hujung minggu pula ke kem luar.

Kadang-kadang aktiviti yang padat ditambah pula dengan bebanan belajar menyebabkan Salimah tiada masa untuk membaca al-quran. Pernah satu hari, Salimah berkira-kira untuk membaca al-quran.

Selepas memberi salam terakhir dalam solat zuhurnya. Salimah berdzikir di tikar sejadah. Selepas mengaminkan doa Salimah terus membuka telekungnya.

‘Ah,tak yah la baca quran aku tak ada masa. Esok nak kuiz. Nak kena study satu bab lagi ni. Aku yakin Allah faham tugas aku sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan study ni. Lagipun baca quran tu kan sunat je’.

Hati Salimah berkata-kata ditambah dengan bisikan syaitan yang mengoda.
Salimah melangkah ke katil dengan buku Matematik II berserta kakulator. Salimah membelek-belek buku dan menyelesaikan satu,dua soalan. Entah mengapa petang itu matanya tiba-tiba menjadi berat macam kena gantung dengan batu seberat seguni beras saja. 

Untuk melegakan rasa mengantuk itu Salimah me’landing’kan kepalanya di atas buku Math II. Secara tidak sengaja dia tertidur dan tersedar apabila roomatenya pulang dari kelas pada pukul 5.30 petang. 

“Imah…Imah…bangun Imah. Dah lewat ni. Dah solat asar belum?”.

Tanya Safura. Pelik Safura apabila tengok Salimah tidur pada waktu begini. Biasanya Salimah akan study sampai asar dan selepas solat asar tu sambung study sampai maghrib. Lepas isyak pula dia kan study sampai pukul 11.30 dan tidur. Sebelum subuh dia akan solat tahajjud dan sambung study sehingga subuh. Kalau taka da kelas selepas subuh tu dia akan sambung study. Tidurnya hanya pada tengahhari dan malam saja. Salimah seorang yang bersungguh-sungguh dan rajin sebab itu la setiap sem dia akan dapat dean list. 

Itulah yang Safura kagum dengan Salimah.

“Eh, astargfirullah saya tertidur. Dah pukul berapa sekarang ni?”.

Tanya Salimah dengan muka cemas macam baru lepas tengok hantu saja.

“Pukul 5.30. penat betul sampai tertidur?”.

Safura bertanya.

Tanpa menjawab soalan Safura terus Salimah ke bilik air dan berwudhuk.
Selepas solat asar Salimah melangkah ke arah meja study dan mencapai al-quran kecik pemberian ibunya.

‘Disebabkan aku tidak membacamu wahai qalam Allah masaku untuk study terbuang dengan tidur. Aku berkira-kira untuk membaca surat cinta-Mu dengan alasan tiada masa untuk study. Aku lupa masa itu milik-Mu. Aku menyesal ya tuhan. Ampunkan aku. Kalau aku kedekut masaku dengan-Mu, Engkau juga akan kedekut denganku’.

Salimah bermonolog. Tiba-tiba dia teringat pesan ustaznya.

‘Kalau kamu ambil masa 15 minit je dari masa kamu itu untuk mambaca al-quran Allah akan ganti masa kamu dengan 1 jam masa Allah. Macam mana Allah ganti dengan satu jam tu? Kamu akan mendapati keberkatan masa. Kamu baca sekali saja terus boleh faham,terus boleh hafal. Kamu baca muka surat ni dan isi muka surat tu la yang keluar dalam exam kamu. Andai kamu kedekut masa dengan Allah kamu akan dapati masa kamu tidak berkat. Baca susah nak faham, tertidur dan macam-macam lagi halangan yang kamu dapati. Itulah yang kita panggil masa 15 minit ibarat sejam’.

Salimah bermuhasabah sendirian. Dia tekad tidak akan tergoda lagi dengan tipu daya syaitan. Salimah akui semenjak dia jadikan quran sebagai amalan dia dapati pelajarannya semakin baik dan cemerlang. Paling penting masanya juga menjadi berkat.

_Ms_Lolita_

Pekara ini pernah terjadi kepada saya yang mana keadaan saya yang dilemma nak pergi halaqoh ke nak study. Sebenarnya masa kita banyak saja tapi kita yang beralasan dan tidak pandai mengurus masa. Ada masa kita tengok movie, ada masa kita shopping ada masa kita lepak. Apabila ada yang mengajak ke majlis ilmu kita beralasan taka da masa. Fikir-fikirkan. Saya pun banyak kelemahan. Sama-sama kita improve. Insyaallah amen..

No comments:

Post a Comment