Wednesday 4 June 2014

Lesen Memandu Pakatan Besut dan Setiu






Assalamualaikum,
Cuti ni aktiviti saya adalah belajar kereta. Kawan baik saya yang bagi cadangan buat lesen kereta nisebenarnya. Tak terfikir pun cuti ni nak buat lesen kereta sebab cuti sebelum ni saya minta dengan mak nak buat lesen dia tak bagi. Tapi kali ni dia bagi pula. Pelik bin ajaib. Tak pela, mugkin ada sebab dia tak bagi sebelum ni.

Lepas cakap nak buat lesen tu mak terus tanya kawan dia yang handle urusan nak buat lesen ni. Aku buat lesen untuk motor dan kereta terus,jimat sikit. Banyak ilmu yang saya dapat dari kelas memandu tu. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Rasa janggal pula bila masuk kelas KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) tu sebab budak-budak lelaki terutamanya, sangat bising dan suka meyampuk bila cikgu bercakap(ni tempat saya je kut), sangat tak hormat guru yang mengajar. Maklumlah dekat UIA jarang pelajar yang suka meyampuk bila cikgu mengajar,semuanya fokus dan hormat cikgu (Alhamdulillah,suasana biah solehah). Bersangka baik, mungkin mereka tidak mendapat hidayah atau jahil tentang ilmu adab-adab belajar. 

Bagi saya walaupun dia cikgu memandu saja kita tetap perlu menghormati mereka sebab dia yang memberikan kita ilmu. Setiap ilmu itu mulia, dan ia menjadi hina bilamana kita yang menyalahgunakannya. Nauzubillah. 

Selain menghormati orang sekeliling bagi saya. Kita juga perlu ikhlaskan niat kita belajar kerana Allah. Niatkan dalam hati, aku belajar kereta dan motosikal ni sebab nak bantu agama Allah. Mana taknya,bila kita pandai kereta kita boleh bawa keluarga ke masjid dan majlis-majlis ilmu ke. Subhanallah. Banyaknya saham akhirat. Kan? 

Bila niat kita betul insyaallah Allah permudahkan kita nak belajar tu. Ambil ujian berkomputer pun insyaallah tak yah ulang dah sebab Allah permudahkan jalan kita untuk menuntut ilmu kerana Allah. 

Apa yang saya nak cerita, masa kita daftar nak buat lesen tu kita kena bawa kad pengenalan (IC) dan bagi dekat pejabat dan mereka akan daftar nama kita. Waktu daftar tu kita kena bayar RM200. Lepas tu kita terus masuk kelas KPP. Kelas KPP tu dia ajar modul KPP yang mengandungi 6 bab semuanya. Masa saya masuk kelas tu cikgu ada cakap JPJ dah ubah silibus dan modul belajar memandu. Yang mana kelas memandu untuk motosikal dan kereta dan basikal diasingkan walaupun kita nak ambil lesen motor dan kereta. Jadi kita kena bayar RM200 untuk buat lesen motosikal dan RM200 untuk kereta . Bezanya, bayaran. Calon yang akan datang akan bayar RM400 untuk pendaftaran jika ambil lesen memandu untuk lesen motosikal dan kereta. Modul baru ni kan mula pada awal bulan tujuh ni.

Lepas masuk kelas KPP selama 5 jam(ni modul lama,modul baru selama 6 jam kut…saya ingat-ingat lupa. Tapi dia akan jadi lebih lama dari 5 jam) kita akan diberi pilihan untuk pilih hari nak ambil ujian berkomputer tentang undang-undang jalan raya. 

Selepas 2 hari dari hari kelas KPP tu saya ambil ujian undang-undang berkomputer. Kita kena jawab 50 soalan dan mesti betul 42 ke atas untuk lulus. Kalau tak lulus kita kena ambil balik ujian berkomputer tu dan kena bayar RM30 henget. Buat betul-betul ya jangan bazirkan duit kita ambil banyak kali. Baca buku tu sebelum pergi exam. Kalau tak baca insyaallah tak leh jawab(kejam gila ayat). Lepas baca tu jawab soalan kat belakang tu. Insyaallah boleh. Dengar kata silibus baru ni tak de soalan contoh. Wallah hu a’lam.

Lepas jawab soalan tu(45 minit masa diberi tuk jawab soalan) dia akan pamerkan result kita serta merta dan ‘print’kan dia di kaunter. Jangan lupa bawa duit RM10 (dekat daerah korang tak tahu la berapa kena bayar) untuk ambil gambar sebelum buat ujian berkomputer. Kata cikgu gambar tu hanya untuk pengesahan kita datang ke ujian tu je bukan untuk buat lesen L.
Ni contoh result yang akan di’print’.

Time jawab tu hati-hati dan masa nak daftar dekat PC tu pun hati-hati. Kalau kita tersalah masukkan maklumat system akan terbatal dan kena bayar lagi untuk ujian kali ke dua. Anda mesti betul semua ujian buta warna dan ujian buta huruf tu. Kalau salah satu je dari soalan tu. Secara automatic awak tak boleh ambil lesen memandu. In case salah tertekan, awak kena dapatkan surat doctor yang mengesahkn awak ni tak buta warna dan bawa surat tu ke JPJ.

Selepas masuk kelas KPP selama 5 jam. Kita kena masuk bengkel pula. Bengkel tu selama 6 jam. Tiga jam teori dan tiga jam praktikal. Kalau sape-sape ambil both, motosikal dan kereta. Dia kena masuk dua bengkel,untuk motosikal satu dan kereta satu.
Tiga jam teori kereta tu, saya buat pertama kalinya dalam hidup disuruh memandu. Warghhhh!! 

Excited.

Memang tak sabar nak bawak kereta tu. 


Cikgu kat sebelah bagi arahan suruh masukan gear dan mengawal stereng tu. Pegang stereng tu ikut jam pukul 9(kiri) dan jam 3(kanan). Masuk je gear kereta terus bergerak tanpa kita tekan pun pedal minyak tu. Okey,happyla saya buat round dekat circuit tu mengikut arah jam. Haha. Best jugak bawak kereta ni. 

Lepas buat pusingan ikut arah jam. Cikgu suruh U-turn dan buat pusingan arah lawan jam pulak. Hah, yang ni masalah sikit. Time nak belok ke kiri tu,saya lost control sebab confuse time nak pulas stereng tu. Haha. Nasib baik tak rempuh tembok hitam putih tu kat tepi sebab cikgu siap-siap dan brek. Haha, kelakarnya sampai kereta lain lalu tepi kami pun dah tak berani nak dekat-dekat dengan kereta yang saya pandu. Dua kali kut saya lost control time nak belok ke kiri. Lepas buat banyak-banyak kali tu. Lama-lama dah okey dah. 

Lepas tu buat latihan naik bukit. Masa naik bukit tu. Kena stay atas tu. Cikgu arahkan tekan pedal klac dan brek dan lepas tu angkat handbreak dan slow-slow lepaskan pedal brek. Tekan pedal minyak sampai kereta dah mampu untuk ke depan. Lepas tu angkat pedal klac slow-slow sampai kita rasa macam kereta tu berdenyut-denyut. Hah! Lepas tu turunkan handbreak dan tekan minyak dan time kereta meluncur ke bawah bersedia dengan brek. Haha,senang je bawa kereta ni. Kita kena confident je. 

Lepas kita dah settle dengan bengkel tu. Kita kena bagi dua  gambar berukuran passport kepada cikgu kita untuk buat lesen L. tunggu dalam 1-2 minggu baru lesen L keluar. Kalau yang saya punya seminggu dah siap lesen L. Lepas tu baru boleh belajar kereta dan motosikal selama 8 jam untuk setiap satu dan cukup sebulan kita memegang lesen L baru kita boleh buat test JPJ untuk lesen P. Tak cukup sebulan kita dikira tidak layak untuk buat test JPJ dan memohon lesen P.

No comments:

Post a Comment