Sunday 28 April 2019

DIY Veil Kawen Petals/Kelopak Bunga Bajet RM20++

DIY VEIL CANTIK IKUT BAJET DAN CITARASA
Bajet dalam Rm20 lebih (tahun 2018)

Kain net Rm6++/meter
Kain organza Rm5++/setengah meter (untuk buat bunga)

Manik Rm5++ (beli yg macam mutiara warna putih tu dekat cowboy)





















Tuesday 23 April 2019

OH SUAMIKU (aku dah kawin)

Ingat lagi balik minggu lepas. Suami ku suka menyakat. Aku dah iron baju dan tudung sebab nak keluar ke bandar cari barang. Suamiku buat2 tidur dan kata tak jadi keluar. Muncungku sudah 1 inci. Tiba2 dia bangun dan cakap jom keluar. Haish sabar jela. Waktu itu kami di rumah ibubapaku. Sebelum ke bandar. Singgah dulu di rumah arwah mertua yakni rumah pusaka yang dihuni oleh suamiku dan adik-adiknya yang lain. Singgah sebentar sebab suamiku nak salin baju dan mandi. Dalam pada itu boleh pulak dia buat main-main. Nak makan dulu la apa la. Memang nature aku tak suka lambat. Suka benda yang cepat. Bersiap pon kena cepat. Muncungku yang tadi 1 inci bertukar menjadi 4 inci. 

Geram bebenor dipermainkan. Kami dalam perjalanan nak ke bandar. Muncungku sudah melebihi 10 inci. Ya aku sedar berdosa bagi seorang isteri untuk menunjukkan muka yang masam sebegitu kepada suami. Ketika di bandar. Kakiku jadi 10x lebih laju. Berjalan kedepan. Meninggalkan suamiku di belakang. Hohoho. Satu lagi dosa. Ya Allah ampunkan aku. Pulang ke rumah ibuku. Aku tanya," abang nak makan nasi?" . Sekarang turn suamiku pula merajuk. Alahai. Asal aku yang merajuk. Sekarang kenapa dia nak merajuk sekali?? Dia dah tak nak makan nasi. Tapi aku tetap masakkan lauk walaupun dia kata tak nak. Bila aku datang nak panggil dia untuk makan. Alahaii dia buat2 tidur. Lampu bilik dan ditutupnya. 

Aku cuba untuk memujuk. Tapi aku fed up. Aku yang merajuk dia pon nak merajuk sekali. Hmmm. Pekehall... aku pon suruh adik aku habiskan lauk yang aku masak memandangkan dia tak nak makan sangat. Biar dedua berlapar. Aku tidur sebab dia pon tidur. Aku tidur di hujung katil. Dia pun tidur di hujung katil belah sana. Haaa. Sama2 membelakngkan satu sama lain. Dalam keadaan merajuk begini. Kita menjadi tidak waras. Lelaki pula dengan egonya. Tapi ada yang aneh berlaku pada malam itu. Pukul 3 pagi. Aku dengar hembusan nafas di cuping telingaku. Disertakan dengan panggilan SAYANGGG yang lunak. Aku berdebar. Siapakah dibelakang aku ini? Masakan suamiku. Dia kan tengah merajuk. Dia tidur dihujung katil sana. Siapa yang bertempek dibelakangku ini. Otak aku sudah nemikirkan yang bukan-bukan. Serta merta jantung berdegup kencang. Didalam gelap malam. Hanya cahaya suam yang menyinari ruang kamar. Aku takut untuk toleh ke belakang. Sebab aku taku kalau itu bukan suamiki. Aku takut kalau belakangku itu makhluk halus yang cuba untuk mengusikku. Jantung aku makin laju berlari. Aku kuatkan diri. Aku toleh ke belakang dengan saki baki keberanian yang ada. Allahhhh... suamiku rupanya. Huuu legaaa... aku cuba sambung tidur semula. Tapi aneh. Jasad itu bergerak. Eh eh dia dah beralih ke tempat asal dia tidur dan merajuk tadi. 
 Dah sedar la tu dia menempel dekat orang. Tak ingat la tu dia tengah merajuk. Mesti bila dah sedar acah2 sambung merajuk balikk. 😂😂😂😂.. apa yang aku nak sampaikam sebenarnya. Lelaki dan ego ini berpisah tiadaa. Disebabkan kami ni pjj dan sangat jarang sekali bertemu. Aku rendahkan ego. Memujuknya lagi keesokan harininya. Tiada apa yang rugi. Benda sekecil itu pon dalam rumah tangga boleh jadi pekara yang membawa kepada pergaduhan. Aku cerita kan balik momen ini kerana bagiku begitu lucu. Hahaha. Pasti mak ayah kita dulu2 ada lagi kisah yang manis2 untuk dikenang macam ni kan....


Final year daaa

Hye guys aku dah final year dah sekarang. Baru hari first untuk this block. Huhu macam macam rasa la weh aku rasa bila dah final year ni. Yang penting final year tu hectic. Penat. Buat treatment dekat patient pagi petang. Kalau dekat UIAM ni budak KOD atau Kulliyyah of Dentistry ni , pagi 8 pagi hingga 10 pagi kita orang ada kelas. 10 pagi sampai 1 tengahhari ada klinik sesi pagi. Rehat sampai 2 petang.

2 petang tu sambung balik klinik sesi petang. Aduh masak aku hari-hari macam ni. Tapi sedar tak sedar dah tiga tahun aku hadap benda ni sampai nak update blog pon tak ingat. berhabuk dah blog. Ni ada aura nak update balik sebab aku tengok IG story kawan aku. Dia buat blog. Lantas aku teringat aku ada blog weh. Sampai 3 blog aku buat termasuk yang ni. Hahahaha.

Ni mukadimah untuk tahun 2019. Aku ada good news to tell you guys stay tuned for next post yaaaa..
Muka orang dah final year. Moga dapat grad on time. Berapa bulan lagi berbaki ni. Ya Allah permudahkan. Gambar ni aku bersama dengan best student . you know? hahaha

Sunday 12 July 2015

Berjaya Megamall

Bershopping di Berjaya Megamall Kuantan.

Lepas exam OSPE OB keluar. Konon-kononnya nak release stress.

Grab satu jubah rm89 dapat rm85, shawl rm6.80 dekat Muaz Textile dan Kasut rm69.90 dekat VERN'S.

Siap untuk balik kampung. Yeahhh...moga Allah permudah.


Friday 2 January 2015

Volunteer Banjir

Assalamualaikum...

Anak-anak umi. Sekarang umi dah privatekan blog ni. Hanya kamu yang dapat baca diari online umi ni. Blog ni umi khaskan untuk kamu je.




Volunteer banjir di sekolah kebangsaan sg. Talam Kuantan.

Bangun pagi2 seawal 7 pagi. Terus ke sek ni tuk sediakan sarapan mangsa banjir. Kebetulan jumpa dgn budak comel ni y diawasi oleh akak sulongnya. Sebab akak dia nak makan so. Aku tolong jagakan jap adik dia ni.

Bercakap2 dgn akak dia y berumur 15 tahun. Aku dpt thu serba sedikit y mak dia org ni ustazah kafa dekat surau kg ni dan ayah dia kerja sendiri. Aku pratikan je cara akak dia ni layan adik dia dan cara adik dia berckp dgn akak dia.

Sangat sopan dan berbudi. Mungkin didikan mak ayah dia yang baik. Dalam hati aq bersuara. Macam mn la aku nk didik anak2 aku nanti (tu pun kalau kawin). Adakah mampu utk aku mendidik membentuk generasi yang rabbani? 

Kalau aku tak mampu ya Allah. Kawinkan aku di syurgaMu.

Semalam, 2 Januari 2015. Aku mengikuti volunteer agihan banjir ke Kg. Razali Kuantan. Aku pergi bersama akak-akak medic year 2 dan year 3. Program ni under Ikram yang dinamakan dengan program I-Bantu.

Macam-macam perasaan yang bermain dalam dadaku. Sayu aku apabila mengunjugi satu rumah ni. Dari luar nampak baru dan tak ade la buruk sangat. Aku berkata-kata dalam hati. 'Kenapa pergi rumah ni? rumah lain banyak lagi yang uzur.' Aku mengomel dalam hati.

Doktor yang juga turut serta menyuruh aku dan akak medik. Kak Kamilah masuk. Kami masuk. Sayu aku bila terpandangkan mak cik yang bersimpuh atas lantai ruang tamu yang sebesar compartment aku dekat mahallah ni. Ya Allah aku telah bersangka buruk. Astaghfirullah.

Dalam bilik, suami beliau di atas katil yang sudah uzur berlapikkan tilam yang tidak bersarung. Sayu... kami dimaklumkan kedua-dua pasangan suami isteri ini buta dan mempunyai seorang anak gadis berusia 20 thn. Sama dengan aku. Berkerja di pasaraya berdekatan rumah mereka.

Ya Allah, aku jadi bersyukur dengan nikmat pengelihatan yang engkau kurniakan. Alhamdulillah. MAsih ramai yang susah dari aku. Aku fikir aku la yang paling miskin. Menziarahi ke rumah yang lain. Rata-rata penduduk di situ sangat miskin dengan rumah yang telah uzur dan beranak ramai. Ya Allah besarnya kekuasaanMu. Besarnya nikmatMu padaku. Sungguh tidak dapat aku nafikan.

Terima kasih ya Allah. Makin banyak kita bersosial dengan masyarakat semakin kita bersyukur jika kita berfikir.

Wednesday 3 December 2014

Futsal-Diari Seorang Dentist

Assalamualaikum...

Fuhhh...dah kua dah result block 1. Alhamdulillah Allah untuk segalanya. Tak apa usaha lagi Harina.

Aku nak cerita sikit yang aku ni dah pecah record hidup aku sebab aku main futsal weyh. Bayangkan aku ni dah lah lembut dan ayu nak mampus. Bhahaha. Tak de la gurau je.

Aku yang kaki bangku ni kena masuk futsal.??? Yela, dah tak de dah orang yang nak masuk untuk wakilkan kita orang punya batch. So, aku pun tawarkan diri.

Aku rasa masa main tu entah apa-apa asyik melompat dan menjerit je. Letih weyh main futsal. Satu padang kena lari sebab nak kejar bola je. Semput aku. Mujur tak pengsang. Kalau tak buat malu je.

Tapi ni memang pengalaman yang paling best. So, gadis-gadis yang terasa ayu diluar sana. Main lah futsal. Tak rugi pun. Pengalaman yang menarik.

Aku rasa macam bapak jantan masa sepak bola tu.


Macam pemain Malaysia tak?


Last training sebelum masuk court sebenar.


Outfit Muslimah untuk futsal:

1. Pinkan hujung tudung belakang dan depan.
2. Seluar tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar.
3. Baju warna gelap dan melepasi pinggul.
4. Handsock jangan lupa dan segala sock. ;D

Kalau tudung masa main aku suka pakai tudung Syria sebab dia x mudah kelepek, ketat pada bahagian muka, selesa dan kemas masa main dan yang penting cantik sebab ikut bentuk muka. :)

Wednesday 26 November 2014

Budak dentist nak jadi penyanyi?

Hari yang agak memenatkan di kuliah pergigian. Pffffttttt...

Aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Aku rasa hilang. Aku futur. Ya Allah, rasa banyaknya dosa aku. Suka sangat dengar lagu. Sedangkan aku tahu dengar lagu selalu boleh mematikan hati. Apa yang aku buat ni??? Arghhh...(ok yang tu over sikit).

Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni. Minat menyanyi semakin mengada-ngada. Aku semakin berani menyanyi depan kawan2 aku. Kalau dulu malu macam kura-kura dalam cengkerang. Sekarang tak yah cakap. Aku yang termalu sendiri.

Tadi kita orang pergi main auditorium kuliah pergigian utk tengok stage. Macam mana nak setup prop dan semua tu bagai untuk role-play yang akan muncul tak lama lagi. Dan sebab lama sangat tunggu bro yang incharge utk jaga audi tu,so kita org menyanyi atas stage tu macam orang tak ingat tuhan (tapi alhamdulillah ingat lagi tuhan,macam ok bukan betul2. Nauzubillah...).




Masyaallah sisters...
Kak Yan dengan mic siap. Main2 ko. Budak UIA pun berbakat nohhh... Bakat terendam.

Dalam perjalanan balik mahallah snap gambar 1,2 sebab langit cantik sangat. Subhanallah.

Nabila, director role-play kita orang. Semangat nak balik sebab dah lewat sangat. Anak dara tak baik balik lewat2.
Ok...Aku sudah melencong dari idea asal yang berlenggang dalam kepala hotak aku ni. Aku nak cakap pasai FUTUR sebenarnya. Futur ni lebih kurang lemah la mksud dia. Maksudnya, iman kita menurun dari yang biasa.

Kalau futur ni cepat2 la kita sedar dan tingkatkan iman balik. Kalau macam aku ni, pagi ni nak pastikan dapat zikir banyak2. Along the journey the whole day tu, kadang2 aku terleka dan terpesong dan terlupa dengan azam aku pagi tadi.

So,time kita ingat tula cepat2 kita grab.

Aduihhh...futur kenapa engkau datang? Kalau ko ni kuih kan sedap...

La...la...la... Jom hayati lirik lagu 'Tanpa' by Sixth Sense.

Lirik Lagu Sixth Sense – Tanpa
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa…
Cintamu aku resah
Tanpa…
Kasihmu aku hampa
Tanpa…
Dirimu aku mati
Hooo…
(Ulang chorus x2)
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo…
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Carian gogel: http://liriklagu4u.com/lirik-tanpa-sixth-sense/


Sebenarnya lagu tanpa ni Islamik giler weyhhh. Cuba hayati betul2. Ahli Sixth Sense pun mengaku yang lagu ni dia org tujukan utk Pencipta. Tapi masyarakat yang memandai  dalam meng'interpret' lagu ni.T.T Tapi depend la~~ Kita terbuka tau