Saturday 20 October 2012

Jangan Dekati Zina Sayangku





Bismillahirahmanirahim…..

Assalamualaikum,

Dengarkan ini sayang;

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusiaBukan sahaja dirindui yang biasaMalah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambutTebalkanlah ia dengan limpahan ilmuJua hatimu bak kaca yang rapuhKuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelakiBukan dari kaki untuk dialasiBukan dari kepala untuk dijunjungTapi dekat dibahu untuk dilindungDekat jua di hati untuk dikasihiEngkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elokJika datangnya dari kayu yang bengkokBegitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimananBukannya harta ataupun pujianKelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewaBahawa kelembutan bukan kelemahanBukan jua penghinaan dari TuhanBahkan sebagai hiasan kecantikan...


Saya mulakan tinta saya dengan lirik lagu Wanita oleh DeHearty, lihat wanita bukan dicipta dari kaki untuk dialasi atau untuk diperhambakan tapi dicipta dekat di bahu untuk dilindungi.

 Sekali wanita ternoda gugurlah sekuntum wardah di syurga,
Sekali wanita ternoda, berdekah-dekah syaitan ajak ke neraka…
Yang kotor itu dosa, bukan diri kita.
Cepat,sucikan dengan taubat.
Jangan sampai terlambat.
Dirimu tetap mawar syurga!
*seruan buat si belangkas
(petikan dari novel Cinta High Class, Fatimah Syarha)


Wahai sahabat,adik dan kakakku yang aku sayang kerana Allah yang pernah terlanjur, janganlah kau anggap dirimu sudah tidak bermakna dan kotor. Kotor itu dosa bukan dirimu sayang. Kembalilah ke pangkal jalan sayang. Kotoran itu hilang apabila engkau basuh dengan sabun yang dipanggil taubat. Ketahuilah kamu Allah sangat menyayangi dirimu sayang. Kembalilah ke pangkal jalan.

“Jangan kau hampiri zina, sesungguhnya ia sangat keji dan seburuk-buruk jalan”(al-Israk;32)

Allah terlebih dahulu melarang kita mendekati zina apatah lagi melakukan zina kerana Allah itu maha mengetahui. Dia tahu tentang hamba-hambanya dan dia tahu tahap keimanan dan keinginan hambanya, kerana itu Dia menurinkan ayat ini, dalamilah betul-betul ayat ini wahai saudaraku yang bergelar wanita.

Sayang, melayan cinta tak halal ibara tmeminum arak. Apabila akal tidak waras menilai, Allah yang paksakan atau kita yang mula-mula memilihnya sendiri? (petikan dari novel Cinta High Class, Fatimah Syarha)
Wahai teman sebenarnya kamulah yang memilih jalan ini. Bukan takdir dari Allah. Maka berwaspadalah untuk lain kalinya.
Islam tidak megharamkan cinta secara total, cinta dibenarkan pada jalan yang baik. Iaitu cinta selepas kawin. Cinta kepada keluarga,guru dan anak-anak.

Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah,cinta itu ada tiga jenis.
1.       Singa dan pedang. Tatkala cinta menjadi singa dan pedang,ia membawa; pengecut jadi pemberani. Bakhil jadi pemurah. Bodoh jad pintar. Gagap jadi fasih. Tatkala tepat siapa yang patut dicintai. Tepat matlamat cinta. Tepat pengurusan cinta. Cinta ini menjadi kemuliaan dunia dan akhirat. Inilah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya. Begitu juga cinta kan sesuatu seperti ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan harta hanya kerana-Nya.

2.       Bencana besar. Tatkala cinta menjadi bencana besar, ia membawa; pemimpin besar jadi hina. Orang terkenal jadi papa kedana. Tatkala cinta disalurkan bkan pada tempatnya yang terhormat. Sebaliknya, diumbar sewenang-wenangnya dengan jalan zina dan maksiat. Cinta ini menjadi kehinaan di dunia dan akhirat.

3.       Arak yang memabukkan. Tatkala cinta menjadi arak yang memabukkan, ia membawa; telinga tuli darpada nasihat. Mata buta hanya mencari peluang bermaksiat. Hati abaikan ingatan Tuhan pemberi nikmat. Tatkala itu cinta dirasakan ada manfaat, padahal mudaratnya besar. Apa yang dikatakan ‘cinta’, sepatutnya mulia ,tapi kini dekat dengan nafsu,umbaran syawat dan penzinaan. Inilah cinta yg dimainkan olh orang yg konsep hidupnya tidak jelas. Lalu letak cinta tidak pada tempatnya.


Cinta inilah membawa kepada zina. awas saudara-saudara ku.peliharalah dirimu. kau ibarat permata yang sangat bernilai. sukar dicari kerana tersorok di dasar lautan diselaputi cengkerang yang keras. sesungguhnya dirimu berharga. Allah sayangkan wanita buktinya dia mengarahkan kita berhijab. Fikirkanlah wahai saudaraku.

No comments:

Post a Comment