Monday 30 June 2014

Aku dan Cikgu (throwback)

                     
Assalamulaikum dan syukur alhamdulillah kerana kita diberi peluang oleh Allah untuk menikmati atau berpuasa pada bulan ramadhan tahun ini. Insyaallah hari ni (bulan puasa alim sikit,hehe) aku nak update balik karya aku yang pertama pada form 5 dulu. Rasa macam bodoh-bodoh je tulis pasal cinta. Tak ada manfaat langsung. Tapi aku harap kau orang enjoy dan ambil ikhtibar dari cerpen pendek aku ni. Bukan sekadar baca je tau. Biar ada manfaat sikit.


Mempersembahkan...(tang...tara...tang...tang...*musik mula-mula persembahan)

*Saya dan Cikgu *



Oleh: Hang Li Po
27/12/2011,3.35 p.m.
Aku  adalah aku. Jangan samakan aku  dengan yang lain kerana setiap manusia itu tuhan ciptakan berbeza-beza untuk membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT.  Hatiku pedih,telingaku berdesing setiap kali sanak-saudara di sebelah ayahku mencaci dan menghina ketidak sempurnaan wajahku berbanding adik-beradikku yang lain.
Setelah kelahiranku,ramai yang terkejut kerana ibuku melahirkan seorang bayi yang hodoh sedangkan anak-anaknya yang lain cantik,putih dan bibirnya kemerah-merahan. Sedangkan aku hanyalah seorang bayi yang hodoh dan ketara dengan wajah ibuku yang cantik manis. Itulah kebesaran Allah SWT,tiada siapa yang dapat menjangka akan kekuasaanNya. Sekiranya-Dia menginginkan sesuatu maka jadilah tanpa sebarang halangan,
 Kalau nak samakan my story ni dengan fairy tales yang ber’title’ Ugly Duck la lebih kurang. Hahaha….ada juga ye kehidupan realiti yang sama dengan fantasi?kononnya aku ni Ugly Duck yang hodoh dan bertukar menjadi Adorable Lucky Duck. Bukan gitu?tapi yang lain sikit kisah aku ni versi Melayu tulen punya.
Kisah dulu kalau diungkit memang tak habis la. Tapi sekarang aku sudah boleh mendongak ke langit,menadah tangan,bersyukur kepada penciptaku. Allah SWT. Kerana aku sudah menjadi seorang remaja yang cantik. Cantik?boleh laa dari dulu…hahaha. Perasan je lebih. Kihkihkih… kerana nikmat yang diberikan-Nya ini aku bertukar..bertukar!!!cam Ultraman la pulak. Bertukar atau mengalami revolusi atau transformasi menjadi perempuan yang alim.
Aku bersyukur sangat. Thank ohmy God for your kindness… di sekolah aku membawa gelaran ustazah. Hmmm…dia orang ni kalau tak mengata memang gelisah macam cacing yang duduk dalam Microwave. Lepas tu,Microvawe tu pulak ada sinaran Beta..hahaha…memang sudah menjadi adat tradisi alam persekolahan ada-ada saja gelaran yang dibagi.
Tapi takpe jugak,ustazah pun ustazah la asal aku tak lakukan dosa,tinggi sikit mandat aku kat sekolah tu. Sekarang aku merupakan student tingkatan lima. Aku ni memang tak sedap la rasa kalau meja ku tak duduk di hadapan meja cikgu dalam kelas. Kalau boleh aku nak sampai air liur cikgu tu tersembur kat muka aku. Sebab aku tahu ramai para ulama pada zaman  dahulu tu duduk  depan tok guru kalau time PNP(pembelajaran dan pelajaran).
Due to that reason,dia orang tu boleh jadi para ulama yang terulung dan disegani ramai. Cikgu aku pun ada jugak cakap,”kalau awak nak ilmu tu terus direct toyour memory chips kat brain tu kau orang mesti cari tempat yang strategic lam kelas macam kat depan dan tengah. Jangan sesekali duduk kat belakang dan tepi,faham?”. Punya la panjang lebar cikgu aku bagi kuliah awal pagi. Betul la cikgu cakap tu.
……………………………………………………
Aku berjalan dengan senang hati menuju ke library sambil mengukir senyum segaris di bibir. Kenapa tidak,aku dah berjaya memahami konsep Linear Programming  dalam subjek matematik tambahan yang cikgu ajar sebentar tadi. Alhamdulillah…jangan lupa bersyukur,suka,suka jugak. Nikmat tuhan jangan dilupa. Sombong nanti,tuhan hantuk kepala tu di koridor. Hilang je terus konsep tadi..huaaa….haru aku nak faham semula.
Aku mehulurkan kaki untuk memboloskan diri kedalam perpustakaan. Kelihatan sepasang merpati dua tak sejoli sedang berdating..hai..dalam library pun kau orang boleh go on. Mesti tebal punya kranium kau orang ni. Kakak perpustakaan ni bebuih keluar bubble dah mulut membebel.
Hai sejak bila pulak aku ni suka menyibuk pasal orang?lantak lah. Kata ustazah,amal makruf nahi mungkar. Biar la aku cegah dengan hati aje la. Selemah-lemah iman. Asal cegah. Aku menuju ke rak yang tertera ‘BIOLOGY’. Ha,jumpa pun.
Aku membelek-belek reference book sambil kaki melangkah ke meja berdekatan dan tersorok dari pelajar lain. Nanti  boleh kena heart attact aku sebab tak tahan dengan kenyaringan bunyi bising pelajar lain.
 Bukk…ah,buku aku melayang  sebab aku dah terlanggar  kayu balak. Hai mata letak dekat patela ke mamat jual buku ni.
” Maaf ye,saya tak nampak,”katanya bersungguh-sungguh.
Aku tak ambil pusing kerana terlalu marah,aku ni memang alergik dengan lelaki. Huh!no man no cry. Buku tadi aku kutip di atas lantai. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan kepada mamat sewel tadi. Nampak gaya dia macam penjual buku,penjual buku kut. Aku berbisik dalam hati. Not bad. Sempat lagi aku ni mengatal.
 Hahaha…aku melangkah ke meja dan mula buat review subjek biologi. Mamat tadi aku tengok berjalan keluar dengan muka bersalah. Mungkin sebab dapat jelingan maut aku tadi. Padan muka. Asal mata kau letak dekat patela?orang letak dekat soket mata dia letak dekat petela. Huh!

……………………………………………
Pada keesokan pagi aku datang awal ke sekolah sebab kawan aku minta diajarkan subjek fizik bab 1 tingkatan lima,Wave,aku menampak ke kantin di mana kawanku sedang menunggu.
Awal pagi kita orang tak dibenarkan berada dalam kelas ekoran daripada aktiviti perhimpunan pagi. Jadi terpaksalah berkumpul di kantin dulu. Kelihatan Yana,Ama dan Asma rancak berbual. Mesti pasal Korean’s arstist punya ni.
“Damya kau tau tak cikgu Khadijah dah bersalin la semalam anak lelaki. Jadi hari ini aku dengar ada cikgu lelaki muda yang take place tugas cikgu tu. Kau rasa handsome tak cikgu tu?”,soal Ama.
” Betul ke?ala tak best la cikgu Jah takde. Kau ni tak habis-habis dengan kromosom XXX kau tu,”kataku.
” Sedap kau ngata aku”balasnya sambil mengetap bibir. Geram...
” Betul apa aku kata?hehehe…mesti la handsome.”
“ Aku dengar lagi dia tu bakal student Aberdeen. Jurusan doktor. Dia anak saudara cikgu Khadijah. Sebab tu la dia ganti cikgu sementara menunggu keputusan universiti kat sana. Kalau bakal doktorsubjek biologi kacang je kan?”cerita Ama dalam nada teruja.
Aku hanya mengangguk sambil otakku ligat menyelesaikan soalan matematik tambahan,Simultenous Equation.Minah ni kalau cikgu muda teruja la. Cuba bagi cikgu tua. Alamaknya buat peta dunia la dalam kelas nanti.
 Kedengaran ketua pengawas mengumum agar semua pelajar berhimpun. Aku bangun mengemas dan beredar.

……………………………………………….
“Damya,boleh tak kau tunjukkan jalan kira soalan ni?aku dah cuba tapi tetap tak boleh. Kau tengok,dah nak terkoyak dah buku aku”,minta  Jupa  sambil mengadu. Kelihatan Raja di sebelahnya memegang kakulator. Mungkin dia pun pening juga tu. Telah ku.
“ Aku pun tak boleh nak selesai juga Damya. Aku rasa kau dah ajar aku la. Hai,kenapa la aku ni bengap sangat. Exam dah dekat. Huh!”,kata Raja pula. Dah agak dah.
“ Ala relax la bro..exam lambat lagi la. Ada masa lagi ni”,kataku seakan memujuk.
“ Kau tak pela otak geliga. Aku ni otak cam batu. Susah nak terima ilmu”,kata Raja. Jupa mengangguk mengiakan. Hai aku paling tak suka kalau orang cakap macam tu kat aku tak tau la kenapa.
“ Dah..dah. letak sini buku tu aku ajar”,aku cuba mengelakkan mereka dari berkata-kata.
Aku menerangkan kepada mereka sehingga selesai sementara menunggu cikgu baru hadir untuk subjek biologi. Disebabkan aku bercita-cita nak jadi doktor. So mestilah aku suka biologi. Hehehehe…
“ Semua bangun!! Assalamualaikum, cikgu”,kata Farouk lantang selaku ketua kelas kami.
Cikgu muda segak melangkah masuk. Tulang mendibel ku longgar. Mulut ku terbuka. Terlopong memandang kearah cikgu muda tadi. Cikgu memandang pelik kearah ku. Mungkin dia dapat mengecam aku.
“ Mamat buku!! “Kataku perlahan. Ama disebelah memandang pelik dan menyiku lenganku.
“ Hoi agak-agak la.. kan aku kata cikgu tu handsome kau kata aku ni gatal…sekarang kau pulak yang terlebih kromosom X”,kata Ama seakan berbisik di telingaku ketika kami duduk.
“Nanti aku cerita kat kau”,gugup aku menuturkan kepada Ama.
Mungkin waktu tu muka aku macam ayam berak kapur…aku mengerling kearah cikgu. Dia pun tengah memandang pelik kearah aku. Uwaaa…malunya aku.
Padan muka sapa suruh garang macam singa betina. Nak kata datang bulan tak.. uwaaa…ya Allah tolong aku. Terpaksalah aku tebalkan muka minta maaf dengan cikgu lepas kelas ni.
“Nama saya  Mohd Sufian Bin Ismail. Saya akan mengantikan cikgu Jah sementara dia cuti bersalin. Saya juga merupakan anak saudara kepada cikgu Jah”,kata cikgu sambil menalakan pandangan kearah aku.
Apasal la cikgu ni tengok aku? Tau la aku dah bagi dia jelingan maut tapi jangan la pandang aku macam gajah lapar. Hahaha…gajah? Hoi cikgu ni handsome apa, mana sama dengan gajah. Beza macam langit dengan kerak bumi la.
“ Cikgu betul ke cikgu ni bakal doktor dan student oversea?”, soal Aida kawan baikku. Kalau bab soal-menyoal macam wartawan tu bagi aje kat Aida. Dia memang berbakat.
“ Hmm…”,cikgu menjawab ringkas sambil mengangguk.
“ Cikgu, cikgu dah kahwin belum?”, soal Ckin pula. Hoi,tu bukan soalan biasa tu. Tak de dalam syllabus tingkatan lima apa lagi tingkatan empat. Memang soalan menjarat leher betul la. Kawan aku ni dahsyat juga ye.
 Terlekat air liur cikgu kat bronkus tu nak jawab soalan kau tu Ckin. Hahaha…kelakar la kawan aku ni. Soalan Ckin mendapat sorakan daripada pelajar lelaki. Mungkin mereka rasa kami dah melebihi batasan tembok besar China kut.
“ Belum…”,jawab cikgu bersahaja. Wow…cool habis la cikgu ni. Soalan tu mungkin melegakan ramai pelajar perempuan. Termasuk kawan aku yang kat sebelah ni dari tadi lagi duduk  perhati cikgu tu. Walau bagaimanapun aku dah rasa lega sikit dan dah boleh pandang cikgu dan senyum. Lepas ni kenalah minta maaf. Nanti tak berkat ilmu aku. Haru..
“ Cikgu,cikgu dah ada girlfriend?”,haiya…kawan aku ni memang la. Melebihi paparazzi betul la.
“ Belum…”,jawab cikgu sama.
“Hoi, Ckin kau ni dah lebih ni. Agak-agak la. Dah la cikgu jom la kita mulakan pelajaran kita cikgu”,marah Farouk selaku ketua kelas yang bertanggungjawab untuk mententeramkan keadaan dalam kelas yang sentiasa bising tahap apa entah. Nama je kelas science stream. Harapan sekolah,tapi otak dan perangai tak matang langsung. Atau mungkin dia tidak selesa dan kesian pada cikgu yang terpaksa jawab soalan di luar alam ni. Ckin menghadiahkan jelingan kepada Farouk dan Farouk pula menjelir lidah.
 Memang macam ni la kawan-kawan aku ada-ada saja pekara yang hendak digaduhkan. Kawan yang lain hanya tersenyum. Cikgu juga tersenyum. Manisnya….terdetik dalam hatiku. Cikgu memulakan proses pembelajaran dengan menyambung sukatan yang ditinggalkan oleh cikgu Jah. Cikgu Sufian ni memang hebat la.
Mudah je apa yang dia ajar tu masuk dalam kepala aku ni. Kawan aku yang lain pun nampak bersemangat. Biasanya layu macam sel yang direndam dalam larutan hipertonik lagaknya. Tapi hari ini pelik semacam. Macam sel yang direndam dalam air suling adalah. Segah.
“ Okey la pelajar sampai di sini sahaja pelajaran kita pada hari ini. Pastikan kerja yang cikgu bagi siap. Cikgu akan check besok ye. Tak siap jaga kau orang”,kata cikgu sambil senyum pada penghujung kelas kami pada hari ini.
“Baik cikgu!”,jawab kami serentak.
“Terima kasih cikgu..”.
“Terima kasih cikgu..”.
“Cikgu tunggu sebentar cikgu..saya ada hal yang nak dikatakan pada cikgu”,pintaku sambil mengejar cikgu yang ingin menuruni tangga selepas habis kelas kami.
“Ye?”.
“Saya ingin memohon maaf pada cikgu pasal hari tu di library. Saya ingat cikgu ni penjual buku sebab cikgu pakai baju biasa masa tu. Saya mohon maaf banyak-banyak cikgu”, mohonku dengan muka sedih. Cikgu memandang mukaku dengan serius. Takutnya…dia tak maafkan aku ke? Ya Allah tolonglah hamba-Mu ini.
“Cikgu lagikan nabi ampunkan umat”,ai…beraninya aku. Cikgu ketawa. Handsomenya cikgu ketawa. Mukanya ada iras-iras pelakon korea. Apa namanya? Lee? Ya Lee Min Ho.Tapi pelik la aku cikgu ni. Nevermind,aku rasa lega sebab cikgu mungkin dah maafkan aku tu.
“Cikgu maafkan awak tapi ada syarat…”.
“Syarat?syarat apa cikgu?”.
“Awak mesti buat soalan subjektif biologi 1000 soalan dalam masa seminggu dan hantar pada saya. Boleh?”. Cikgu ukir senyum.
“Okey cikgu… terima kasih cikgu. Saya pergi dulu”,aku minta diri cepat-cepat. Tak betah aku berhadapan dengan cikgu ni. Berdebar-debar rasa jantung aku ni.
 Boleh kena tekanan darah tinggi ni sebab heart beats aku melebihi normal.120/80 mmHg. Ala…cikgu kacang je syarat cikgu tu. Aku tersenyum dalam hati. Bersyukur.

……………………………………………..
“Damya kau kata nak terangkan pada aku sesuatu hari tu. Apahalnya?”, soal Ama teruja ketika kami pulang dari sekolah menunggang basikal.
“Hal apa yang kau orang bualkan. Bagitau la aku. Aku pun nak tau jugak. Kedekut la kau ni”,celah Ckin menunggang dari belakang kami.
“Kau ni sibuk la. Belum apa-apa dah kata kita kedekut. Si Damya ni pun belum buka mulut lagi tau”,terang Ama sedikit berang dengan sikap Ckin yang gelojoh.
“Dah!dah! jangan gaduh meh sini aku cerita”,ujarku untuk meredakan suasana yang boleh bawa masalah ditambahkan lagi cuaca yang sedia panas.Dah masuk bulan enamkatakan. Matahari memang membakar kulit la.
 Kata cikgu pendedahan yang terlalu lama kepada bahang matahari boleh menyebabkan kanser kulit atau nama saintifiknya Melanoma,keadaan ini berlaku terutamanya kepada mereka yang berkulit putih. Mungkin gen(Melamin) bagi warna kulit putih lebih sensitive terhadap cahaya matahari. Ai…merapu je aku ni.
Tau la ambil biologi dan bercita-cita nak jadi doktor macam cikgu Sufian. Hah!cikgu Sufian. Hahaha…lupa nak bercerita pada kawan aku ni. Muka mereka dah berkerut seribu mununggu aku membuka mulut. Aku pulak duk merapu aje tau.
“Ceritanya macam ni. Kelmarin aku ada pergi ke perpustakaan. Pastu, aku terlanggar atau aku yang langgar cikgu pun aku tak pasti. Buku aku jatuh la. Nak marah.aku pun tak endahkan kata maaf dari cikgu. Aku ingat cikgu tu penjual buku kat sekolah kita. Jadi aku siap bagi jelingan tajam lagi pada cikgu tau. Pastu baru aku tau dia tu cikgu baru kita. Tebal tau muka aku nak mintak maaf dengan dia tu”.
“Oooo…patut la muka kau pelik semacam je aku tengok masa first time cikgu masuk kelas kita”,kata Ama.
”Aaa..sebab tu la”.
“Tapi cikgu tu handsome kan?”, soal Ckin.
“Ye betul la. Untung sapa yang jadi isteri dia. Dah la handsome. Bakal doktor. Dan bakal student oversea lak tu.. Waaa…untungnya kalau aku yang jadi isteri dia”, jawab Ckin. Minah sorang ni memang perasan je lebih.Hahaha…
“ Kau ni perasan la…”. Balas Ama sambil mencebik.
“ Kenapa?jealous?”.
“Takde masa” balas Ama dengan muka bengang.
“Hahahaha….gurau jela. Takkan la cikgu tu nak kat kita. Dah la kurang pandai”. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Ckin.
“Kau orang nak tau. Cikgu suruh aku buat 1000 soalan biologi dalam masa seminggu baru dia nak maafkan aku, pelik betul la cikgu tu nak maafkan orang pun kena bersyarat” aku tidak puas hati dengan cara cikgu. Memang betul-betul pelik. Kan?
“Ni kes dera ni”. Kata Ckin sambil senyum. Pasti nak kenakan aku tu.
“Ala…kau kan pandai kacang jela 1000 tu. Kenapa kau tak mintak 10000 je terus…hahaha”,bidas Ama.
“Hoi,kau nak suruh aku mati kebulur jawab soalan tu ke. Nanti bio kepala aku..hahahaha…” sambungku sambil ketawa mengekeh.
“Kau kan nak jadi doktor,kan?”,tanya Ama.
“Yela,tapi tak la sampai begitu sekali. Aku pun nak study subjek lain jugak. Apa la lue ni gue ketuk baru tau”,sudah keluar loghat minah Indon aku ni. Heheh…
“Yela,yela…putri Hang Li Po…hahaha…”.
“Okey..dayang-dayang ku. Jom kita berangkat sekarang”.
“Hoi!aku bukan dayang kau laa….”,teriak Ama dan Ckin sambil mengejar aku yang sudah mendahului mereka. Kami katawa gembira.

…………………………………………………………..

Genap seminggu,aku pun hantar tugasan yang cikgu bagi dekat aku. Eh..eh..bukan tugasan la  tapi denda. Tapi okey apa cikgu bagi denda macam tu. Boleh la aku kukuhkan fakta-fakta biologi tu dalam otak aku ni. Aku melangkah ke dalam makmal dan bergerak ke meja cikgu Sufian.
“ Assalamualaikum….”,aku memberi salam sambil menjenggah ke dalam makmal.
“ Nah,cikgu tugasan yang cikgu suruh saya siapkan tu. Saya harap dengan siapnya tugasan ni cikgu maafkan saya ye cikgu?”,kata ku seakan mendesak tetapi lembut.
“ Letak dekat sini”, arah cikgu sambil memuncungkan mulutnya kearah  hujung meja.
“Terima kasih cikgu,saya  minta diri dulu”.
“ Sekejap,sekejap..kalau ada kesalahan pada jawapan awak. Awak mesti membuat pembetulan semula. Boleh ?” cikgu menjongket keningnya.
“Hah? Em…boleh cikgu”,ujarku tesekat-sekat kerana terkejut. Nak tak nak terpaksa aku terima. Cikgu ni gaya nak dera aku saja. Betul la kata Ckin tu. Tapi terima sajalah. Lagipun untuk kebaikan aku juga.
“Hmm…awak ni nama apa ye? Cikgu tak tahu pun nama awak”, ujar cikgu ketika aku baru saja hendak melangkah keluar.
“Nama saya Aina Damya. Cikgu boleh panggil saya Damya. Kawan saya semua panggil Damya”.
“Cantik nama awak. Macam tuan dia”,kata-kata cikgu menyebabkan mukaku merah macam ketam rebus lagaknya. Apa la cikgu buat lawak Maharaja Lawak apa? Aku tersengih menayangkan lesung pipit di sebelah pipi kiri. Sengih saja aku tahu. Nak cover malu la….
“Okey lah awak boleh pergi sekarang”.
“Baik cikgu. Saya minta diri dulu”.
Aku keluar dari makmal menuju kekantin kerana perutku sudah berkeroncong kerana jus Gaster telah dirembeskan oleh kalenjar Gaster pada dinding perutku. Menurut kajian sainstifik itu menandakan kita  telah lapar dan perut perlu diisi. Kalau tak,penyakit yang dinamai Gasterik menanti. Nahas.. Dalam perjalanan ke kantin ada seseorang menyapa.
“Hai Damya kau nak ke mana tu?”, soal Sam. Kawan sekelasku yang poyo dan suka termenung ketika cikgu mengajar. Tapi dia baik. Dia tak pernah berkira dengan kami semua dalam semua pekara.
Dan aku menganggapnya sebagai abang aku sebab dia kelihatan lebih matang dan suka bagi aku nasihat. Sam mempunyai raut wajah yang boleh dikatogerikan tampan. Tubuhnya tegap. Dia berjalan menghampiri aku.
“Aku nak ke kantin. Kenapa?”.
“Tolong belikan aku kuih ketayap boleh?”,pintanya sambil menghulurkan sekeping not sepuluh ringgit. Banyaknya mamat ni bawa duit. Aku menyambut.
“Okey”.
“Kau beli la apa kau suka sebagai upah”.
“Eh!tak apa la aku ikhlas ni tolong”.
“Suka hatilah. Kau dari mana?”.
“Em…aku dari makmal jumpa cikgu Sufian. Ada hal sikit dengan dia. Hehehe…”,aku berkata gugup sambil ketawa. Sam memandangku pelik. Ni mesti dia ingat aku nak mengurat cikgu ni. Apa-apa sajalah. Aku mula melangkah ke kantin tanpa menghiraukan pandangan Sam.
“Damya, kau hati-hati sikit jangan rapat sangat dengan cikgu tu. Nanti susah hidup kau”,kata Sam. Aku berhenti melangkah dan memandangnya dengan wajah berkerut.
“Kenapa?”, soalku pantas ingin tahu. Pelik juga aku dengan mamat ni. Apasal dia warning aku macam tu ye?
“Takde..aku tengok cikgu tu ramai peminat. Aku takut ramai yang salah anggap dan berdendam dengan kau. Yela..cikgukan handsome”,tuturnya serius. Setelah itu dia terus beredar meninggalkan aku yang terpinga-pinga memandangnya dengan wajah yang terdapat seribu tanda tanya. Pelik la mamat ni. Lantaklah,waktu rehat dah nak habis ni. Aku lapar…

……………………………………………………………….
“Damya,saya nak jumpa awak semasa waktu balik sekejap lagi. Saya tunggu di makmal ye”,kata cikgu ketika melalui mejaku melangkah ke pintu kelas kami,5 Ibnu Sina.
“Baik cikgu”.
“Damya,jealous la aku dengan kau”,luah Anis jujur  setelah bayangan cikgu hilang dari pandangan.
“Apa yang kau merepek ni Anis?”,soalku betul-betul hairan dengan pengakuan kawanku itu.
“Yela…cikgu tu selalu je bagi perhatian kat engkau dalam kelas. Pastu selalu je minta kau jumpa dia”.
“Ya Allah,apa kau merepek ni takde apa-apalah. Aku tengok cikgu layan kita sama ajelah. Takde beza pun. Dia minta aku jumpa dia tu pasal dia nak aku buat pembetulan soalan yang aku salah. Kau ni ada-ada sajalah”. Ada-ada saja si Anis ni. Berdebar juga aku tadi ingat apa. Rupa-rupanya cemburu. Cemburu celik.
“Tapi aku tengok cikgu tu selalu je tengok kau masa dalam kelas. Terutamanya,masa kau sedang asyik menulis bagai tak ingat dunia tu. Aku rasa dia syok kat kau la..”,beritahu Anis sambil tersenyum-senyum. Hah,mula la tu dia nak buat kesimpulan yang tak berasas. Nak bagi aku perasan la tu kerja dia. Betul ke cikgu suka tenung aku?tak perasan pula aku. Aku tengok biasa saja. Mujurlah kawan-kawanku yang lain ke tandas. Kalau tak habis tersebar virus si Anis ni.
Apaper sajalah..kau tu bab mengarut memang tahap Maharajalah. Dahlah..dahlah..pergi ke tempat kau tu. Aku nak study sikit ni”,dalihku untuk menghalang Anis dari bercakap benda yang bukan-bukan. Dengar dek kawan aku yang lain. Memang tempah maut la. Anis dah buat muka.
“Aku cakap kau tak nak percaya. Kau,apa-apa jadi antara kau dengan cikgu tu. Alamaknya makan nasi minyak la aku..hahahaha”,ujar Anis sambil bangun bergerak ke tempat duduknya. Aku mengetap bibir. Sebatang pen aku capai dan baling kearahnya. Anis mengelak dan ketawa sambil menjelir lidah.
Budak ni memang nak kena. Bisikku geram. Tak apalah sabar itu separuh daripada iman. Lagipun dia tu budak tak cukup hormon tumbesaran. Tak matang. Hatiku memujuk. Hahahaha…kan dah kena.
“Kau ni macam orang tak cukup hormon la Anis terjelir-jelir. Nanti Allah SWT kerat lidah kau baru tau langit tu tinggi ke rendah”,bebel  Zaim yang kebetulan melihat perlakuan Anis yang tak senonoh tu. Padan muka. Zaim memang pantang jika ada orang yang cuba mengusik aku. Sama ada lelaki atau perempuan.
Dia akan mempertahankan aku. Aku ada juga dengar kawanku beritahu yang Zaim ni syok kat aku. Aku pun tak tahu di mana kebenaran cerita ni. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

…………………………………………………..
Pertemuan aku dengan cikgu dah lebih dari sepuluh kali. Aku menjadi semakin rapat dengannya berbanding dulu. Tapi aku rasa macam nak pitam,ada saja kesalahan aku yang cikgu nampak. Aku rasa aku dah buat yang terbaik sebab aku ada tengok buku rujukan masa buat semua soalan tu.
Dah la soalan subjektif kalau soalan objektif tu tak apa la juga. Soalan subjektif ni jawapannya mestilah lain sikit dengan skema. Takkan nak sama sebijik-sebijik. Otak aku ni bukan otak skema. Runggutku tidak puas hati ketika melangkah keluar dari makmal. Suara cikgu yang tidak puas hati dengan jawapan yang aku bagi masih terngia-ngia lagi di telinggaku.
“Apa ni Damya?awak cakap aerobic respiration tu hanya berlaku di mitokondria?jawapan ni tak lengkap. Cakap la dia ni menggunakan oksigen. Berapa ATP yang dihasilkan dan bila dia berlaku dalam badan kita ke”,terang cikgu tidak puas hati. Aku mengerutkan kening memandang cikgu. Mulutku pula terlopong. Pelik.
“Cikgu,kan soalan tu satu markah saja. Rugi la kalau kita bagi huraian lebih. Membazir masa aje cikgu. Lagipun cikgu Jah bagitau kalau markah sedikit jawapan dia pendek”. Kataku membela diri daripada terpaksa membuat pembetulan pada soalan tersebut.
Bukan aku tak nak buat. Tapi aku ada banyak lagi subjek yang hendak diulangkaji. Kalau begini gayanya memang fail la aku subjek lain. Tapi sabar sajalah.
“Memanglah begitu..tapi ini langkah berjaga-jaga. Maunya jawapan yang awak bagi tu salah,awak masih ada harapan lagi dapat markah jika jawapan awak ada dua atau lebih. Begitulah maksud saya,faham?”,terang cikgu lagi. Ada saja alasan yang memang logik akal dia bagi. Aku buat muka sedih. Alamaknya aku terpaksalah jumpa cikgu lagi selepas ni. Uwaa…
“Baiklah cikgu”,jawabku hambar sambil mataku merenung lantai. Sedih. Aku dahlah banyak lagi subjek yang hendak ditengok. Trial dah around the corner. Aku rasa cikgu sengaja cipta alasan nak suruh aku datang jumpa dia. Hek eleh perasan saja lebih kau ni.
“Kenapa muka awak sedih saja?tak suka?atau awak dah jemu buat soalan ni?”,soal cikgu bertubi-tubi. Mungkin cikgu dapat mengesan riak sedih pada muka aku. Tau takpe. Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.
Sejak bila aku pandai berpantun ni. Setahu aku,aku ni memang lemah la subjek Bahasa Melayu. Lemah tu tidak ada la fail. Tapi boleh la setakat  A-. Orang dah tak kejar la A- ke A solid ke,tapi orang kejar A+. sebab sekarang ni ramai dah student dapat straight As. Jadi mereka jadikan gred A sebagai ukuran untuk menentukan kepandaian pelajar-pelajar sekarang.
“Tak ada la cikgu saya biasa saja. Suka lagi ada”,jawabku bohong. Lain yang ada dalam kepala lain pula yang keluar dari mulut aku ni. Memang cakap tak serupa bikin betullah.
“Okey, ada apa-apa soalan yang awak musykil?.
“Tak  ada cikgu”. Kalau ada pun saya tak akan tanya sebab lepas ni saya kena jumpa cikgu lagi. Makan masa tau nak datang jumpa cikgu. Baik aku tengok reference book,lagi senang.Dah la aku nak jumpa cikgu kimia lagi,fizik lagi.
Haaa…beginilah hidup student aliran sains. Tu belum jadi doktor lagi tu. Lagipun aku boleh kena serangan jantung kalau jumpa cikgu selalu. Jantung ni seperti baru habis marathon kat lebuh raya saja lagaknya kalau berdepan dengan cikgu. Kenapa tidak,cikgu ni terlebih handsome la.
Boleh gila bayang aku. Hahahaha…dengan alis mata yang terukir cantik. Bibirnya kemerah-merahan,hidung yang sederhana mancung, mata yang sedikit sepet dan kulit yang putih. Aduh!apa yang aku buat ni?sempat lagi aku meneliti wajah cikgu.
“Kenapa awak tenung saya macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka saya ni?”, soalnya sambil meraba-raba mukanya. Aku ketawa melihat pelakuannya yang sedikit lucu tu.
“Tak ada la cikgu”.
“Habis tu awak tenung saya macam tu,kenapa?”,soalnya tidak puas hati.
“Erk…tak ada apa la cikgu. Mana ada. Eh,saya minta diri dulu la cikgu”, jawabku tersekat-sekat. Kan dan kantoi. Ambik kau. Cikgu merenungku dan tersenyum. Mungkin dia perasan yang aku menyembunyikan sesuatu.
Selepas itu cikgu mengangguk. Aku bergerak untuk beredar ke kelas dengan langkah yang laju kerana waktu rehat hampir habis. Ketika aku tiba di pintu makmal cikgu memanggilku lembut.
“Damya…”. Aku berpaling.
“Ada apa cikgu?”,soalku pelik dengan dahi yang berkerut.
“Em…tak ada apa-apa la”. Cikgu tersenyum manis. Eh, cikgu ni gaya macam nak goda aku sajalah. Aku kerutkan muka. Tak faham. Cikgu menumpukan perhatian kepada buku di hadapannya. Aku melangkah keluar. Aku masuk ke dalam kelas dan kelihatan cikgu Zakiah sudah berada di dalam kelas. Maknanya aku dah terlewat.
Serba salah aku jadinya dengan cikgu. Aku bagi salam dan duduk di tempat dudukku. Aku sempat memandang Zaim yang kebetulan tempat duduknya  bersebelahan dengan tempat duduk aku dan meja kami berjarak. Dia sedang memandang aku pelik.
“Kenapa?”,soalku perlahan inginkan kepastian.
“Kau dari mana?”,soalnya pula. Aish..aku yang tanya dia. Dia tanya aku balik.
“Makmal”,jawabku ringkas. Malas. Cikgu Zakiah dah menjeling kearah kami.
“Jumpa cikgu Sufian?. Angguk. Zaim mengeluh dan mukanya bertukar masam. Riak wajahnya berubah secara mendadak. Kenapa ya?soalku dalam hati. Malas nak layan aku tumpukan perhatian kepada cikgu dihadapan yang sedang membincangkan tajuk Carbon Compounds, kimia.
………………………………………………………………………


Pertemuan yang kerap antara kami menyebabkan hubungan aku dengan cikgu Sufian menjadi semakin rapat dan aku mulai senang dengannya.Keakraban aku dengan cikgu menimbulkan perasaan cemburu pelajar-pelajar lain. Ramai yang mencebik dan menjeling kepadaku jika terserempak dengan aku berjalan bersama cikgu Sufian. Mereka mestilah cemburu kerana aku rapat dengan cikgu muda dan kacak pula tu.
Cikgu ada beritahu umurnya baru 19 tahun. Dia baru habis kursus persediaan kedoktoran ke Aberdeen dan sekarang dia menunggu keputusan universiti dari sana. Kebetulan dia cuti,cikgu Jah menawarkan dia menggantikan tempat cikgu. Pengetua sekolah ini mesti setuju, cikgu Sufian kan bakal doktor.Kadang-kadang cikgu suka buat lawak. Dan lawaknya mampu mencetus tawaku. Tak tahu pula yang cikgu ni suka melawak. Bakal doctor pun suka melawak juga ye?
“Cikgu kalau saya bagi jawapan macam ni okey tak?”,soalku sambil mengangkat muka dari kertas soalan Biologi pertengahan tahun negeri Kelantan,memandang kearah muka cikgu. Aku terkesima, Aku lihat cikgu memandangku serius. Aku dapat rasakan perasaan lain yang meresap ke segenap urat sarafku. Macam terkena kejutan elektrik. Mata kami saling bertatapan untuk seketika.
Aku merasakan kelainan dalam renungannya. Aku melarikan pandangan mataku. Secara involuntary, aku bangkit dari bangku yang aku duduk berhadapan dengan bangku cikgu tadi dan mengemas semua buku-bukuku. Cikgu hanya memerhatikan tindakan ku tanpa sebarang kata. Aku melangkah keluar dari makmal secepat mungkin. Langkah kakiku aku panjangkan supaya aku dapat memboloskan diri dari keadaan yang pelik ini. Apabila aku berada di luar makmal aku dengar cikgu memanggil aku dari belakang.
“DAMYA!!”. Langkah kaki ku semakin laju. Panggilan cikgu tidak aku hiraukan kerana aku perlu bersendirian untuk mententeramkan hati aku yang bergetar hebat ni. Aku juga ingin lari biar lesap terus dari pandangan cikgu. Aku tidak tahu mengapa, aku malu untuk memandang muka cikgu. Tanpa aku sedari cikgu sudah berada di hadapan aku. Langkah kaki ku dapat dia saingi. Lelaki kan cepat. So nowonder lah,kan? Cikgu cuba memeggang bahuku. Aku mengelak.
“Cikgu, apa ni”,soalku berang tidak tertahan lagi. Memang pantang keturunan aku lelaki yang bukan muhrim pegang aku. Walaupun dia tu cikgu aku. Tapi kami masih lagi asing dan dianggap ajnabi. Dan haram dalam Islam bersentuhan. Boleh batal air sembahyang kerana kami sah kahwin. Memang semenjak melangkah ke tingkatan empat. Aku mula menitikberatkan nilai-nilai Islam dalam hidup aku.
“Saya mintak maaf sebab tenung awak macam tu tadi. Tapi tak ada apa-apa yang jadikan? Awak jangan salah faham. Awak buat macam biasa ye. Saya mintak awak jangan salah faham aje, okey?”,kata-katacikgu lebih kepada arahan,dia menekan batang hidungnya dengan kedua-dua ibu jari dan telunjuk. Mungkin ingin mengurangkan pening kepala kali. Aku mengangguk tanda faham. Walaupun aku tidak puas hati dengan penerangan cikgu kenapa dia merenung aku begitu.
Tapi aku sendiri tidak faham kenapa aku rasa berdebar sangat bila cikgu tenung aku begitu tadi. Macam ada sesuatu yang cikgu ingin beritahu. Tapi aku tidak tahu apa. Cikgu Sufian menjarakkan tubuhnya dari aku apabila kelihatan kelibat cikgu Rozita menuruni anak tangga kearah makmal membimbit briefcase. Fuh! Selamat aku dari keadaan yang menyesakkan ini.
Assalamualaikum,cikgu”. Aku bagi salam kepada cikgu Rozita yang lebih mesra dipanggil cikgu Ta. Cikgu Ta mengangguk dan senyum kepadaku.
“Tanya cikgu Sufian soalan biologi ke? Hmm..baguslah nanti dapat skor biologi,kan?”, tanya cikgu mesra seraya menepuk bahuku. Cikgu Ta sangat mesra dan kelakar, Dalam kelas tak kering gusi aku ketawakannya yang suka melawak. Aku memang sayang gila dengan cikgu ni. Dia ni sebaya mak aku, dalam 50-an. Aku mengangguk mengiakan kata-kata cikgu yang memang tepat.
“Ya cikgu kita orang ada buat discussion tentang soalan pertengahan tahun Kelantan”, jawab cikgu Sufian menerang lebih lanjut. Cikgu Ta mesti faham kenapa aku seorang saja yang berjumpa dengan cikgu Sufian. Aku kan pelajar harapan sekolah. Hmm…sempat lagi perasan. Kutukku. Bukan, aku hanya ingin menyampaikan cerita yang nyata benar saja.
“Oh ya,cikgu Sufian pengetua cari awak tadi. Ada benda yang nak dia bincangkan dengan awak”, kata cikgu Ta kepada cikgu Sufian pula. Aku mula nak beredar sebab tidak wajar rasanya aku mendengar perbualan mereka yang tiada kaitan dengan aku. Inilah masanya aku nak larikan diri dari cikgu.
“Pasal  apa ye cikgu?penting ke?”,soal cikgu Sufian bertubi-tubi tidak sabar. Gelojoh betul. Hehehe..aku ketawa di dalam hati. Ketika aku ingin beredar kedengaran cikgu Ta bersuara.
“Saya dengar pengetua dapat surat pertandingan mengarang esei biologi bagi pelajar menengah atas dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Mungkin awak jadi guru yang mengendalikan pertandingan ni kut. Tak pun awak yang jadi tutor budak ni nak karang esei”,terang cikgu Ta secara terperinci.
“Tapi kenapa saya?sayakan cikgu ganti saja?”. Kedengaran cikgu Sufian menyoal tidak puas hati.
“Awakkan bakal doktor dan student oversea. Mesti banyak ilmu yang nak dikongsi dengan budak-budak ni”. Cikgu Ta memberi jawapan yang menasabah. Cikgu Sufian mengangguk. Dia memanjat tangga ke pejabat sambil memandang kearahku. Aku larikan pandangan ke hadapan dan cikgu Ta masuk ke dalam makmal fizik. Aku berjalan ke kelas yang terletak di blok C tingkat tiga,sambil mencerna maklumat yang disampaikan oleh cikgu Ta sebentar tadi.
Pertandingan mengarang esei biologi?mesti best ni. Sedapnya kalau pengetua pilih aku wakil sekolah,kan?anganku tanpa sedar mengukir senyum segaris di bibir. Ketika aku ingin memanjat tangga ke kelas aku terserempak dengan Zaim. Terkejut aku dibuatnya. Zaim merenungku tenang.
“Kau dari mana?jumpa cikgu Sufian ke?”,tekanya tepat. Aku memandangnya pelik. Aku mengangguk. Mukanya tiba-tiba bertukar keruh apabila aku memberi jawapan sedemikian.
“Kau ada apa-apa ke dengan cikgu Sufian tu?aku tengok kau rapat semacam aje dengan dia. Kau syok kat dia ke?”, soalnya sinis.Mukanya serius. Mendidih darah aku mendengar tuduhannya yang tidak berasas itu. Sabar…sabar.. sabarkan separuh daripada iman. Dahlah aku baru saja berhadapan dengan cikgu tadi. Ni mamat pelik ni pula.
“Apa kau merepek ni Zaim?aku tanya soalan dengan cikgu tu tak boleh ke?”, jawabku membela diri.
“Tanya soalan apa kalau tiap-tiap hari jumpa. Takkan tak faham-faham lagi kut. Kau kan budak pandai”.
“Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?” soalku tegas dan keras, aku dah tak boleh tahan apabila dituduh bukan-bukan. Mamat ni pula cakap bukan main berbelit-belit. Pergaduhan mungkin berlaku antara kami kalau dia terus menuduh aku bukan-bukan. Memang pantang aku kalau ada yang tidak puas hati dengan aku.Memang semenjak dua menjak ni dia nampak tidak puas hati dengan aku.
Dia ni cakap dengan aku pun tidak sekarang ni. Tak macam dulu lagi. Kalau ada apa-apa masalah dalam pelajaran pun dia dah tak tanya aku. Pandang aku pun tak nak. Apa kesalahan yang aku dah lakukan pun aku tak tahu. Tapi hari ini aku nak tahu. Memandangkan hanya kami berdua saja ada dekat tangga ni. Jadi aku nak ambil peluang ni untuk tanya dia apa masalah dia dengan aku sehingga melayan aku begitu sekali.
“Aku perasan kau dah lain dengan aku sejak kebelakangan ini. Apa kesalahan yang aku dah buat pun aku tak tahu. Boleh tak kau terus terang dengan aku? aku penat la hidup macam ni. Kalau ada orang yang tidak puas hati dengan aku”, kataku jujur dari hati yang serabut dengan layanan kawanku yang seorang ni.
“Kau sanggup ke dengar?”,soalnya tetap sinis. Aku sabarkan hati yang dah mula bengkak ni.
“Sanggup, cerita la”,kataku cuba berlembut agar dia meluahkan segala masalah dia dengan aku. Dia memandang aku tenang masih seperti tadi dan dia menarik nafas dalam. Matanya dia halakan kearah lain sebelum memulakan bicara. Dia kembali memandang aku dan memulakan bicara.
“Aku tak selesa la kat sini jom kita duduk dekat pondok sana tu”,suspen betul la ingat nak mula dah. Hmm..aku mengangguk setuju dan bergerak ke pondok yang sedikit terlindung dengan pokok bunga kertas yang tumbuh meliar disekeliling tiang dan atap pondok. Cantik.
Bunga kertas yang berwarna-warni terjuntai kebawah dan hampir menyentuh kepala aku ketika aku melangkah duduk di atas bangku simen yang bertentangan dengan Zaim. Aku rasa tidak ada apa yang sumbang dan buruk akan berlaku kalau aku duduk bertentangan begini. Aku pun sempat lari kalau dia nak apa-apakan aku. Karut betul la aku ni. Takkan la dia nak apa-apakan aku. Kita orang dah berkawan sejak dari tingkatan satu lagi.
Aku memandangnya agar dia memulakan bicara. Dia tetap memandang aku tenang dan membuka mulut untuk memulakan bicara.
“Sebenarnya Damya aku…aku..”, tersekat-sekat suaranya. Dia menarik nafas sekali lagi sebelum memulakan bicara yang seterusnya. Aku menjongketkan kening. Isyarat agar dia menyambung kata-katanya. Memandangkan waktu rehat tinggal 20 minit saja lagi.
“Sebenarnya aku dah lama sukakan kau. Sejak kita tingkatan satu lagi. Masa tu kau datang nak daftarkan diri dekat sekolah ni dengan mak kau. Kau nampak comel sangat. Sejak aku mula-mula tengok kau lagi aku dah berkenan dekat kau. Wajah kau nampak tulus dan naif. Perasaan aku dekat kau tu semakin menebal apabila kita semakin rapat dan kau selalu ajar aku bila aku tak faham apa yang cikgu ajar.
Kau juga tak macam perempuan lain,kau baik. Apabila kau rapat dengan cikgu muda tu hati aku sakit sama seperti bila budak dalam lelaki kelas kita cuba nak dekat dengan kau. Aku cemburu. Kau tahu tak. Aku cemburu kau dengan cikgu tu. Dan aku tengok cikgu tu jugak sukakan kau. Lagilah pedih hati aku ni. Damya boleh tak kau terima aku?”. pengakuan Zaim menyentak hatiku.
Tidak ku sangka selama ini dia menyimpan perasaan kepada aku. Patut la kalau ada saja budak lelaki yang mengusik aku dia akan naik marah tak tentu pasal. Otak ku kembali mengingati waktu dulu yang mana aku mula-mula datang ke sekolah ini untuk mendaftarkan diri.
 Ya. Aku masih ingat masa aku sedang mendaftarkan diri. Ada seorang budak lelaki yang kacak dan berkulit sawa matang sedang merenungku ralit. Namun aku tidak mempedulikannya kerana pada waktu itu emakku ingin cepat pulang ke rumah untuk menyambut tetamu yang akan datang untuk merisik kakak sulung ku.
Baru aku tahu, itu Zaim rupanya. Ya, Zaim memang seorang lelaki yang kacak. Setahu aku ramai junior kita orang dari tingkatan satu,dua,tiga dan empat mengirim surat cinta kepadanya. Aku pun pernah dapat surat untuk dikirimkan kepadanya dari junior kami, Siti tingkatan Empat Ibnu Khaldun. Apabila aku memberikan surat itu kepada Zaim. Mukanya masam dan dia melemparkan surat itu kedalam bangkul sampah. Aku malas nak bertanya dan biarkan saja tindakannya. Aku tersedar dari lamunan kisah dulu dan kembali memandangnya untuk mencari kebenaran.
“Betul ke Zaim apa yang aku dengar ni?”,soalku inginkan kepastian. Aku takut aku bermimpi aje.
Dia mengangguk,”Betul Damya,aku suka kau. Boleh tak kau terima aku?”,soalnya sambil merenungku tajam. Mungkin ingin melihat reaksi aku. Aku cuba berlagak tenang.
“Aku tidak boleh terima kau. Sebab tiada sedikit pun perasaan aku pada kau. Aku hanya anggap kau sebagai seorang kawan. Tak lebih dari tu”,jawabku jujur agar dia memahami situasi yang sebenar dan melupakan perasaan dia pada aku. Memang aku anggap dia sebagai kawan aje. Tak lebih dari itu. Mukanya kelihatan kecewa.
“Adakah disebabkan cikgu tu”,soalnya tidak puas hati sambil meraup mukanya untuk merawat kecewa.
“Tidak sama sekali”. Apa kena mengena dengan cikgu pula. Tiada kaitan langsung. Hatiku memberontak.
“Tak ada sedikit pun perasaan kau pada aku?”. Hai, mamat ni tak faham bahasa ke? Aku mula panas hati dengan mamat ni. Orang kata, tak. Tak la.
“Tidak sama sekali”. Tegas nada suaraku. Loceng berbunyi. Rehat sudah habis.
“Okeylah aku masuk dulu. Nanti lewat pula”. Aku berlagak macam biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Aku melangkah ke kelas. Dari ekoran mataku. Wajah Zaim jelas kelihatan kecewa. Kenapa tidak cintanya ditolak mentah-mentah oleh ku. Maafkan aku Zaim. Aku tak boleh terima kau. Walau kau baik dengan aku. Bisik hatiku.
Zaim masuk ke dalam kelas dua minit selepas aku masuk. Mukanya sedih. Kecewa barangkali. Aku tetap berlagak macam biasa. Ramai yang bertanya tentang perubahan mode Zaim. Tapi aku hanya menjongketkan bahu. Buat-buat tidak tahu.
……………………………………………………………………………………………

Pulang dari sekolah aku melangkah ke dalam bilik dan membersihkan diri. Selepas itu, aku menolong emak di dapur yang sedang memasak laut kegemaran ayahku, ikan Talapia masak tiga rasa. Kami sekeluarga makan dengan selera. Sesudah makan, aku masuk ke dalam bilik untuk mengulangkaji pelajaran.
 Sedang leka membuat persamaan kimia. Handphone berdering lagu ‘Sha La La’ lagu tema drama Full House. Ada nombor yang tidak aku kenali tertera di skrin telefon. Dahi ku berkerut. Siapa ya? Aku menekan butang answer.
“Hello,Assalamualaikum..Aina Damya ke?”,soal pemanggil di sana. Kedengaran suara lelaki. Lelaki sesat dari planet mana pulak call aku tengah study ni.
Hello, waalaikummusalam. Ya saya. Boleh saya tahu siapa tu?”, soalku sopan.
“Ni cikgu Sufian”. Hampir terlepas telefon bimbit dari tanganku mendengar nama lelaki itu. Sejak dari peristiwa itu aku dah jarang berjumpa dengannya. Dalam perkiraan aku ada dalam tiga hari dah kami tidak bertemu. Kebetulan masa biologi tiada dalam jadual tiga hari berturut-turut.
“Ya ada apa cikgu?”, aku bertanya tenang. Dalam hati aku hanya Allah SWT yang tahu betapa berdebarnya aku.
“Saya nak bagi tahu yang pengetua pilih awak sebagai wakil sekolah kita untuk pertandingan mengarang esei biologi peringkat sekolah. Awak nak tak? Kalau awak tak nak saya boleh pilih orang lain”,jelas cikgu Sufian tanpa berlenggah lagi. Aku mengangguk.
“Eh, mestilah saya nak cikgu”,jawabku pantas tanpa memikirkan bahawa selepas ini aku mungkin akan berhadapan dengan dia lagi. Tapi disebabkan terlalu teruja aku tidak sempat memikirkan semua itu.
“Okey kalau awak dah setuju esok kita mulakan. Kita kena siapkan secepat mungkin sebab tarikh tutupnya tidak lama lagi. Dan kita kena submit secepat mungkin. Lusa pengetua dah nak tengok.Okey?”.
“Baik cikgu”,sahutku bersemangat.
Aku memikirkan sesuatu.”Tapi cikgu,esokkan cuti?”,tanyaku hairan.
“Saya akan jemput awak esok dan kita akan buat kertas kerja tu kat luar. Boleh?”.
Hah! Maksudnya aku. cikgu. Keluar bersama. Oh! Tidak. Boleh ke aku berhadapan dengan cikgu? Selepas apa yang berlaku pada aku dan dia hari tu.
“Ee..cikgu mestilah cakap dengan mak saya dulu. Saya takut dia tidak benarkan”. Ya ,mak aku memang susah nak bagi anak dia sorang ni keluar rumah. Kecuali hal penting sahaja. Anak emak katakan.
“Emak awak kata mana sekarang ni?”.
“Ada kat dapur”.
“Bagi telefon ni kat mak awak. Saya nak cakap”.
“Ya cikgu sebentar ye”. Aku bergegas ke dapur mendapatkan emak ku. Kelihatan emakku sibuk menyediakan air untuk ayah yang baru pulang dari berkebun di belakang rumah.
“Emak,cikgu Damya nak cakap”. Aku berbisik pelahan di telinga emak. Emak memandang aku pelik. Aku menunjukkan telefon di tangan. Dia segera faham. Aku menghulurkan telefon kepada emak. Emak segera menyambut. Aku segera beredar ke meja makan dan memerhati emakku yang sedang berbual. Setelah lima minit bersembang. Emakku menghulurkan telefon kepadaku.telefon aku lekapkan di telinga.
“Hello”.
“Okey, esok saya jemput awak pukul 10.00 pagi ye. Assalamualaikum..”. Aku mematikan talian dan bergerak ke bilik untuk menyambung kerjaku yang tergendala sebentar tadi.
………………………………………………………………………
Keesoakan paginya aku bersiap biasa-biasa saja. Aku mengenakan baju kurung berwarna coklat dan tudung bercorak berwarna coklat juga. Tepat pukul sepuluh pagi. Cikgu datang menjemputku. Setelah cikgu bersalam dengan ayahku yang kebetulan ada di rumah. Kami beredar.
Ketika di dalam kereta aku hanya mematungkan diri. Berasa janggal pula aku rasa berdua-duaan dengan cikgu dalam kereta begini. Sebelum ini aku tidak pernah berdua-duaan begini dengan mana-mana lelaki. Tambahan lagi selepas kejadian tempoh hari. Aku menalakan pandangan keluar tingkap. Kelihatan gerai makan berderet-deret di sepanjang tasik Titiwangsa. Cikgu Sufian membawa aku ke taman Botani rupanya. Mungkin keadaan di sini yang tenang dan mampu mencetus idea untuk kami mengarang.
Cikgu memberhentikan keretanya di hadapan tasik. Aku keluar dari kereta sejurus kereta diberhentikan sambil membawa beg galasku yang mengandungi buku rujukan biologi dan alat tulis. Semua kelengkapan telah aku sediakan.
“Jom kita duduk di bangku sana tu. Jom!”, pelawa cikgu sambil tersenyum manis. Aku melarikan pandangan aku dari bertembung dengan cikgu. Aku takut hati aku terpaut padanya. Mata aku halakan kearah tasik buatan manusia itu. Cantik,tenang dan mendamaikan.
Dalam diam aku memuji kebesaran Allah SWT, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu. ‘Wahai tuhan kami, tidaklah sia-sia Engkau jadikan semua ini. Maha Suci Engkau dan peliharalah kami daripada azab neraka’. Hatiku merintih mengagumi kebesaran Allah SWT.
“Kenapa awak termenung tu?jom la duduk”. Ajak cikgu ramah. Mungkin pelik lihat aku yang termenung. Aku senyum dan bergerak kearah bangku.
“Esei yang akan kita buat ni dia berkisar tentang environment,pasal tu la saya bawa awak ke mari. Nah ni dia surat yang JPN hantar. Awak baca elok-elok arahan dia dan apa yang dia nak”. Cikgu menghulurkan beberapa keping kertas berbentuk A4. Aku sambut dan baca dengan teliti. Aku mengangguk tanda faham dengan kehendak soalan yang dibagi.
“Jom kita mula”, kataku bersemangat. Cikgu memandang aku dan tersenyum melihat gelagatku. Kami memulakan perbincangan sehingga selesai tugasan kami. Angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menenangkan hati dan fikiran kami. Senang saja idea datang dalam kepala kami dan tugasan tu kami dapat siapkan dalam masa yang singkat sahaja. Alhamdulillah..
“Okey,karangan ni cikgu akan taip semula dengan computer dan kita akan hantarkan kepada pengetua besok. Okey?”,cikgu berkata sambil mengangkat ibu jari. Aku pun turut berbuat demikian dan tersenyum puas hati.
“Jom, saya belanja awak makan”. Aku memandangnya dan mengangguk. Kami makan di gerai yang berdekatan dengan penuh selera. Selepas menjamu kami pulang tepat pada pukul dua belas tengah hari. Kami tiba di rumah aku pada pukul dua belas tengah hari. Putrajaya dengan Cheras Jaya hanya mengambil masa setengah jam.
“Terima kasih cikgu kerana bawa saya jalan-jalan hari ini”. Ucapku sebelum keluar dari kereta.
“Cikgu tak nak singgah?”. Soalku lagi. Aku harap cikgu tak nak. Jantung aku dah berdegup kencang dari tadi lagi berhadapan dengan cikgu.
“Tidak, saya dah lewat ni. Lain kali sajalah ye. Kirim salam kepada mak dan ayah awak. Terima kasih pada awak juga kerana sudi keluar dengan saya”. Angguk.
…………………………………………………………………
Esei yang aku usaha bersama cikgu telah lama dihantar dan sekarang aku sedang menghintung hari untuk menghadapi OTI2 sebelum menghadapi peperiksaa percubaan yang akan diadakan pada awal bulan sepuluh. Aku sedang leka melukis gambar rajah soalan matematik, pelan dan donggakkan. Ckin datang kepada aku.
“Kau buat apa tu?”, tanya Ckin sambil menjenguk kepalannya.
“Matematik”.
“Sibuk ye kau”. Angguk.
“Kau sibuk sampai cikgu Sufian tu dah pergi pun kau tak tahu,kan?”. Apa cikgu dah pergi? Otakku berputar memikirkan sesuatu. Ya dah genap dua bulan berlalu. Sekejap saja masa berlalu. Dah genap dua bulan. Maknanya cikgu Jah dah habis cuti bersalin. Dan cikgu Sufian tiada lagi di sini. Tanpa sedar mata ku berasa panas. Aku tidak tahu mengapa, aku sedih keadaan ini berlaku di mana aku tidak akan berjumpa dengan cikgu lagi.
Aku memandang Ckin,“Cikgu pergi bila? Aku tak tahu pun?”. Tanyaku bersungguh-sungguh.
“Cikgu pergi kelmarin lagi. Dan aku dengar ada cikgu bagi tahu yang sekarang ni dia dah ada kat kampung dia dah. Kelmarin lagi dia pergi. Kan tugas dia dah selesai dan cikgu Jah dah datang pun sekolah. Tu aku tengok ada dekat bilik guru”. Ckin menerangkan satu-persatu. Kenapa cikgu tak bagi tahu aku yang dia dah nak balik kampung dan tidak berjumpa aku dulu?
“Kenapa aku tidak tahu langsung?”. Soalan yang diutarakan olehku itu seakan dituju kepada diriku sendiri. Aku berasa sedih. Kenapa cikgu pergi begitu sahaja tanpa sebarang kata dan ucapan selamat tinggal. Aku pelik memikirkan pekara itu.
“Kau nak tahu macam mana. Kau tu asyik sibuk dengan buku. Tahu la nak exam tapi hal sekeliling kita pun kau kena tahu jugak. Ni tak. Macam katak di bawah tempurung”. Bebel Ckin. Sempat lagi dia mengutuk aku. Dah la aku sedih ni. Dia siap kutuk aku lagi dasar kawan aku sorang ni nak makan penampar aku rasanya. Huh!
………………………………………………
Kisah aku dengan cikgu aku biarkan begitu sahaja. Malas nak layan. Kawan-kawan ada yang merungut dan rindukan cikgu Sufian aku buat bodoh saja. Lebih baik aku tumpukan perhatian pada pelajaran trial dah tak lama lagi.
Dalam aku duduk menumpukan pada study. Otak aku sempat memikirkan tentang cikgu. Mesti sekarang ni cikgu dah ada kat oversea. Sebab sekarang ni dah masuk pertengahan bulan Sembilan. Rindu aku hanya tuhan saja yang tahu. Betullah pepatah English yang berbunyi, you willthe miss water when the well comes dry.
Pagi tadi pengetua panggil aku ke pejabat. Bedebar juga aku mula-mula. Ingat apalah yang ingin disampaikan oleh pengetua.Rupa-rupanya pengetua ingin memberikan aku hadiah mengarang esei biologi yang aku dan cikgu hasilkan. Yeah!kami menang tempat pertama. Mestilah kami menang cikgukan bakal doctor. Nothing is imposible. Hahaha. Aku ketawa gembira.
Alhamdulillah.. bestkan kalau cikgu ada dekat sini dia mesti gembira. Hadiah yang kami dapat berupa cek yang tertera jumlah dua ribu ringgit padanya dan berserta sijil yang tertulis namaku. Aku tersenyum puas dengan hasil kerjaku yang mendapat pengikhtirafan.
“Sebelum dia pergi cikgu Pian ada pesan yang kalau kau orang menang dia suruh cikgu bagi semua hadiah tu pada kamu”, beritahu pengetua semasa aku berada di hadapannya di atas kerusi. Aku mengangguk dan tersenyum.
“Terima kasih cikgu”. Ketika aku berkira-kira untuk keluar dari bilik pengetua, dia memanggil aku dan menghulurkan sepucuk surat. Aku ambil dan memandang pelik kepadanya.
“Dari cikgu Pian”. Seolah-olah dia tahu apa yang bermain di dalam fikiran aku. Aku keluar dan bergerak ke pondok yang berdekatan sebelum pulang ke rumah. Surat itu aku buka perlahan-lahan. Ada debaran yang wujud di dadaku. Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini. Doaku. Lipatan surat aku buka dan isinya aku baca pelahan-lahan agar segala maksudnya dapat aku fahami dengan jelas.

Kepada; Aina Damya
   Assalamualaikum..pertama sekali saya nak mintak maaf sebab tak sempat nak berjumpa dengan awak kerana awak terlalu sibuk dengan exam jadi cikgu tak nak ganggu. Harap Damya sihat. Belajar rajin-rajin.Saya tunggu awak dekat Aberdeen. Jumpa di Aberdeen ye.
                                                                    Cikgu Sufian.
Panas dan berair mataku membaca surat cikgu. Namun, tangisku aku tahan. Cabaran dari cikgu akan aku sahut. Kita jumpa di Aberdeen. Ya, aku akan ke Aberdeen. Insya-Allah. Aku akan buat yang terbaik untuk peperiksaan spm aku.
…………………………………………………………
Hari yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Aku melangkah dengan yakin dan air mataku hampir tumpah apabila namaku diumumkan sebagai pelajar yang berjaya mendapat straight As dalam peperiksaan spm 2011. Aku meneruskan langkah ke hadapan pentas untuk mengambil slip peperiksaan ku. Pelajar lain menepuk tangan.
Ramai pelajar yang mengucapkan tahniah kepadaku. Cikgu juga. Aku juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang selama ini membanting tulang mengajarku sehinga aku berjaya seperti sekarang. Sebagai habuan. Aku mendapat wang sejumlah lima ribu ringgit dari pihak sekolah.
Aku bersyukur dan tersenyum gembira. Aku menyambut kegembiraan ini bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Aku menanti ucapan tahniah dari orang istimewa bagi ku. Namun aku tahu itu tidak akan berlaku kerana dia berada jauh nun di sana.
“Tahniah Damya”. Terkejut aku disapa oleh suara yang garau itu. Aku berpaling dan lihat Zaim tersenyum kearahku.
“Terima kasih. Tahniah juga kepada engkau sebab kau jadi pelajar kedua terbaik sekolah kita”. Zaim Berjaya mendapat 10A1B. Okey la tu kan.
“Lepas ni kau nak pergi mana?”,soal Zaim sambil tersenyum.
“Aberdeen”. kataku yakin tanpa mempedulikan perasaan Zaim. Aku yakin Zaim pasti dapat mengagak yang aku ingin pergi dekat cikgu Sufian.Ya, aku nak ke Aberdeen. Selepas ini aku akan berjumpa dengan cikgu Aida selaku kaunselor sekolah kami untuk membincangkan tentang permohonan yang perlu aku lakukan untuk melanjutkan pelajaran keluar Negara.
Kawan-kawanku datang kepada aku dan kami saling berpeluk-pelukan. Maklumlah, dah empat bulan tak berjumpa dan berkumpul macam ni. Kami saling bertanya khabar dan berbincang tentang ke mana hala tuju kami selepas ini. Rindu pula rasanya nak belajar dalam bilik darjah yang kecil dan kami saling bergurau senda.
Lepas itu mengulangkaji bersama-sama serta menunjuk ajar rakan-rakan yang lain. Hmm…rindunya rasa waktu dulu. Selepas ini,kami mungkin tidak akan berjumpa lagi. Sebaik sahaja mengambil keputusan ini. Kami akan membuat permohonan ke universiti yang berbeza-beza atau mungkin sama.
Kalau boleh aku rasa macam nak putar semula masa dulu, Aku bersama-sama rakanku. Rasa indah belaka jika dikenangkan semula walaupun waktu itu marah teramat sangat. Orang yang paling aku rindu adalah cikgu Sufian. Banyak kenangan yang terukir antara kami berdua. Hubungan aku dengannya rapat berbanding aku dan guru-guru yang lain. Walaupun,aku baru mengenalinya. Rindu. Itulah perkataan yang aku dapat gambarkan perasaanku terhadap cikgu Sufian.
…………………………………………………
Mataku melilau melihat keindahan bumi Aberdeen ni. Jauh berbeza dengan Malaysia. Yalah, Malaysiakan iklim khatulistiwa. Mana nak sama kucing dengan anjing. Bertuah pula aku rasa dapat menjejakkan kaki di bumi Aberdeen. Alhamdulillah…aku tidak melupakan pada yang Maha kuasa lagi bijaksana.
Akhirnya, dapat juga aku menghirup udara di sini setelah tiga tahun menjalani kursus persediaan di tanah air. Ya Allah SWT,terima kasih sebab hantar aku kesini. Setelah menjejakkan kaki di sini aku telah menanam azam baru untuk belajar bersungguh-sungguh dan membawa balik segulung ijazah kedoktoran di sini.
Aku menarik beg pakaian aku turun daripada bas dan menuju ke university kami. Baju sejuk yang aku pakai aku tarik ke bawah untuk mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam kulit. Tudungku aku baiki apabila aku rasa letak tudungku tidak betul. Aku meraup muka dan menarik nafas dalam-dalam untuk mengusir kegesaran di dada.
“Apa yang kau duk termenung lagi. Come, nothing to be worried. Just buat macam kau tengah duduk dekat Malaysia sekarang ni” sapa kawanku, Amira yang datang bersamaku. Dia menarik begnya merapatiku. Kebimbangan di wajahku dapat dikesan olehnya.
No, bukan macam tu aku just takut tak dapat nak sesuaikan diri di sini. Tu ajelah” aku senyum padanya. Tangannya yang bersarung tangan aku genggam dan menariknya menuju ke asrama menjadi tempat kami menghuni.
Aberdeen memang betul-betul sejuk. Aku yang berdarah orang asia ni mudah saja diserang selsema. Aku duduk di university yang sama dengan cikgu Sufian. Namun sudah seminggu aku menjadi penghuni uni ini tapi batang hidungnya masih tidak nampak. Mungkin dia ingin menjauhkan diri dari aku. tapi bukankah dia kata dia akan tunggu aku dekat Aberdeen? Surat yang dia bagi masih lagi ada dalam simpananku.
Tisu dalam jaketku aku tarik. Hidungku yang dah mula berair aku kesat sambil mataku terarah pada buku anatomysetebal 6 cm. Sedang aku ralit membaca di atas bangku di bawah pokok oat di hadapan asramaku. Tiba-tiba aku terdengar gesekan kaki seseorang menghampiri. Aku tidak mempedulikannya. Mungkin kawan-kawanku yang lalu-lalang untuk cari tempat yang strategic untuk belajar, untuk mengubah citarasa kerana bosan asyik study dalam bilik saja.
Beginilah gaya seorang bakal doctor belajar bagai nak rak. Kedengaran geseran tapak kaki itu semakin dekat denganku. Aku mendongakkan kepalaku melihat gerangan yang berada di sisi aku. Muka,aku angkat dari buku ke atas. Mulutku terlopong. Terkejut. Sama seperti pertama kali kehadirannya ke kelas aku masa aku di tingkatan lima.
Wajahnya tidak banyak berubah. Masih sama macam dulu. Kacak. Baju tebal yang dipakainya menyebabkan dia kelihatan sedikit berisi. Dia mengukir senyum kepadaku. Namun aku tidak tahu reaksi bagaimanakah yang wajar aku pamirkan kepadanya. Jantungku mula berdegup kencang masih sama seperti dulu juga. Sewaktu bertentang mata dengannya. Ya Allah kuasa apakah yang digunakan olehnya sehingga membuatkan aku begini.
“Assalamualaukum”dia memulakan bicara. bergetar jantungku saat dia menuturkan kata-kata yang pertama setelah hampir empat tahun aku memendam rindu. Hampir kolam mataku pecah kerana terlalu rindu dan gembira.
“Waalaikummusalam”jawabku dengan suara yang bergetar dan ditahan-tahan. Aku rasa ingin saja mengambil dia berada dalam dakapanku bagi melampiaskan rindu yang membuak-buak macam lava gunung berapi. Agama dan imanku menghalang perbuatan yang melampaui batas antara ajnabi itu.
How was study?dah boleh sesuaikan diri?”cikgu Sufian bertanya sambil duduk di atas banku kayu di sebelahku. Semakin berdebar jantungku apabila kami duduk sebelah-menyebelah.
“Alhamdulillah,so far so good. Cikgu?”soalku pula.
“Alhamdulillah”dia menjawab ringkas.
“Sekarang Damya dah tidak boleh panggil saya cikgu lagi. Sebab saya bukan cikgu Damya lagi. Panggil saya Pian aje. Kitakan sama-sama student. Saya senior,awak junior saya. Faham?”aku angguk. Rasa berat mulut ini ingin berkata-kata. Mungkin terlalu gembira kut. Yelah,pernantian aku selama ini akhirnya tiba juga.
“Dah lama rasanya saya tidak bertemu awak”.
“Ya dah hampir empat tahun”aku menyambung tenang.
“Dan selama empat tahun itulah saya memendam rasa dan perasaan saya”kata cikgu Sufian. Eh,eh..ops..Pian la. Rasa janggal pula aku amemanggil dia begitu.Kata-kata Pian itu kedengaran janggal di pendengaranku. Eh,eh..aku salah dengar ke?aku tak korek telinga ke?
“Pada hari ini saya akan berterus terang dengan awak. Saya dah tak mampu lagi nak simpan perasaan saya ni’Pian berhenti sebentar sebelum menyambung kata. Dia menarik nafas dalam.
“Saya sukakan awak Damya. Sudi tak awak kahwin dengan saya. Dah lama saya tunggu saat ini. Tolonglah terima cinta saya”katanya sambil memandang tepat ke dalam mataku. Ingin mencari jawapan kali. Lama aku terdiam,terkejut. Tapi jauh di dasar hati aku terbit hidupku bahagia. Rasa macam di syurga lagaknya apabila seseorang yang kita cinta dalam masa yang sama mencintai kita. Baru aku tahu inilah rasanya bercinta.
Aku membalas renungannya. Lama kemudian aku tersenyum dan mengangguk setuju. Di bawah pokok oat dan di atas bumi Aberdeen dia melamarku. Ya Allah betapa gembiranya aku. inilah jua saat yang aku mimpikan di mana aku dilamar dengan penuh romantis oleh puteraku yang jatuh dari kayangan.
Heheh..akhirnya aku mengikat hubungan kami dengan tali perkahwinan sebulan selepas dia melamarku.. Sekarang aku bukan lagi gadis sunting tapi dah jadi seorang isteri,ibu dan doctor yang berkhidmat di tanah air setelah hampir enam tahun menuntut di negara asing.Menjawat jawatan isteri dan pelajar semasa menetap di Aberdeen tidaklah sesusah mana dengan bantuan suamiku. Alhamdulillah..sebuah klinik juga telah aku dirikan yang menawarkan rawatan percuma kepada penduduk kampung yang tidak berkemampuan dengan kerjasama suamiku. Begitulah kisah aku dan cikguku merangkap suamiku yang biasa-biasa saja.
                                                                  ~TAMAT~
<3 jangan lupa komen ye…..

Tq kpd SAMZ07 bg idea


_ms_lolita_

Aku nak ulas sikit karya aku yang agak kebodohan dan yang tidak ada manfaat ni (aku rasa la). 
Apa-apa pun kita sebagai wanita perlu menjaga ikhtilat atau hubungan dengan jantina yang berlainan atau lebih spesifik lagi kaum adam. Bagi aku tindakan yang perlu Damya ambil bila cikgu menyuruhnya ke makmal atau ingin bertanya soalan dengan cikgu yang muda,handsome dan ala-ala korea (kononnya la),dia perlu mengajak kawan-kawan perempuannya yang lain sebagai peneman.

Jadi tak ada la timbul fitnah atau perasaan luar alam sikit bila bertemu. Kan?
Sebab bila ada lelaki dan perempuan bersama-sama akan ada syaitan nirrajim sebagai penaman.

Karya ini juga tidak mengambarkan diri aku yang sekarang. Kalau dulu ye la kut. Mentah lagi katakan. Apa orang cakap? tak matang. Ha betul tu.  

Bagi aku cinta yang agung adalah pada Pencipta kita. Siapa? 
Allah...

P/s: Maaf kepada yang saya menggunakan dan watak mereka yang sebenar harap-harap halal la ye bulan puasa ni. Wink...Wink... >.<

No comments:

Post a Comment