Monday 23 June 2014

Penzina Yang Bertaubat

Bismillahirrahmannirahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Tak ada apa pun pasal hidup aku untuk post kali ni. Cuma aku nak cakap kaki-kaki aku dah mula rasa lenguh-lenguh (nak tunjuk betapa jauhnya dari kelas ke mahallah) . Baru 4 hari duk kat sini. Allah besaq bebenor UIA Gombak ni.

Okey. Hari ni aku rasa macam nak share pasal satu cerita benar/kisah benar yang aku baca dalam buku Usrah Ini Semua Poyo! tulisan Asyraf Farique. Ni aku copy and paste sebijik-sebijik cam dalam buku tu.

Saya petik kisah  ini daripada buku terbaru karya Salim Fillah (Menyimak Kicau Merajut Makna). Begini kisahnya, kata Mas Salim.

           Pada suatu hari,usai saya memberikan ceramah di suatu kota, saya bertemu dengan seorang wanita yang didampingi ibu, adik dan bayinya. Wanita itu kelihatannya sedih. Beliau sentiasa mengatakan bahawa dirinya itu jiwa pendosa. Saya insaf. Masih, saya belum cukup kuat untuk diuji seperti itu.Ceritanya begini.

           Kisahnya dimulakan dengan khabar indah pertunangan di akhir semester. Wanita itu adalah seorang muslimah yang taat, seorang aktivis dakwah yang aktif, den menjadi tauladan di kampus tempat dia belajar.

           Calon suaminya adalah seorang ikhwah (lelaki) yang juga merupakan seorang aktivis dakwah yang aktif, dipercayai lagi disegani. Berasal dari keluarga tokoh yang kaya raya dan menjadi dambaan setiapdaripada anak gadis terutamanya akhawat-akhawat (perempuan-perempuan).

           Segala persiapan telah mereka lakukan, dan ketika mereka merancang untuk melihat rumah idaman yang bakal mereka bina syurga dunia di sana, hari walimah hanya tinggal 7 hari sahaja lagi.

           Oleh sebabmenjaga batas ikhtilat, ikhwah itu pada mulanya ingin membawa ibu berserta adik perempuannya turut melawat rumah sewa mereka. Tetapi takdir Allah, sesuatu terjadi. Ibu dan adik perempuannya tidak dapat ikut sama kerana melawat ahli keluarga mereka yang sakit di wad kecemasan.

           Mereka masih lagi tidak berpuas hati dan cuba mencari solusi lain, memandangkan mereka memang tidak ada banyak masa lagi. Akhirnya akhawat itu menemukan seorang teman (ukht/kawan perempuan) untuk menemaninya bersama. Mereka berdua duduk di barisan belakang kereta, sementara ikhwah itu memandu.

          Dalam perjalanan ke rumah sewa itu, si ukht yang menjadi teman mereka mengadu sesuatu, dia ada kecemasan yang cukup-cukup penting yang perlu diselesaikan. Mereka terpaksa menurunkan ukht tersebut di tepi jalan raya. Akhirnya tinggal mereka berdua melawat bersama rumah sewa mereka. Sesuatu yang tidak terduga berlaku. Dek kerana penangan seekor lipas, si akhawat itu menjerit ketika mahu membuang hajat di bilik air. Syaitan mula memainkan peranannya. Mereka akhirnya jatuh ke dalam perangkap zina.

         Mereka sungguh menyesal akan diri mereka. Mereka habis-habisan memarahi diri mereka kerana tidak mampu menahan godaan syaitan. Mungkin oleh sebab bebanan emosi bersalah yang menghantui diri, dengan takdir Allah, dalam perjalanan pulang, kereta yang dinaiki itu terlibat dalam kemalangan. Akhawat itu koma selama 4 bulan.

        Selepas 4 bulan, apabila terjaga daripada koma, akhawat itu menemui sesuatu yang pelik pada tubuhnya. Dia mengandung!

        Akhawat itu menyambung ceritanya.

        "Setelah hampir 4 bulan koma,akhirnya saya sedar. Pemulihan yang sungguh memakan waktu itu di beratkan lahi oleh khabar yang awalnya saya binggung harus mengucap apa. Saya hamil. Saya mengandung. Perzinaan terdosa itu membuahkan  "kurniaan". Yang membuatkan saya merasa langit runtuh dan bumi menghimpit adalah" katanya terisak lagi, ternyata calon suami saya, ayah kepada anak saya, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan itu".


       Allah...sayangilah jiwa-jiwa pendosa yang memperbaiki diri dengan sepenuh hati. Allah,jadikan wanita ini semulia Maryam. Cuci dia dari dosa-dosa masa lalu dengan kesabaran meniti hari-hari bersama "kurnia" tercinta.
                                                                 
                                                                          -Salim Fillah-



-ms-lolita-
 

No comments:

Post a Comment