Wednesday 4 June 2014

Sedekah





Nasihah termenung mengenangkan nasib dirinya Nampak gaya macam kucing yang hilang anak. Keadaan Nasihah yang termenung dari tadi tu diperhatikan oleh Ariana dengan ekor mata dari katil atas.

“Panjang termenung. Ingat bopren ke?”.

Tanya Ariana secara tiba-tiba ala-ala mengejut gituu. Mengusik.

“Aku mana ada bopren. Sah kan bopren. Kawan laki habuk pun tara. Ni pulak bopren. Buang masa betuii”.

Ariana tahu Nasihah seorang yang menjaga ikhtilat dan arif benor dengan kawannya tu yang tidak suka apabila dia dikaitkan dengan lelaki walaupon perangainya yang agak gila-gila tahap gabang apabila dengan kawan-kawan perempuan.
Alasannya dia nak jaga hati. Dia tak nak fokus dia terganggu apabila dia dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Tambah dia lagi hatinya hanya milik Allah dan suami dia yang halal lagi suci. Ceh. Tula specialnya Nasihah dikaca mata Ariana.
Dia akan menjadi sangat pemalu macam tikus nampak kucing kalau di depan lelaki. Aksi Nasihah yang pemalu tu kadang-kadang mencuit hatinya. Maklumlah mereka sekelas.

“Habis tu termenung macam mat jening dari tadi tu apa kalau tak ingat bopren?”.

Ariana tidak berputus asa mengorek cerita macam wartawan Melodi dan HipTV yang setia dan istiqamah mencari berita. Opss. Hee.

“Mana ada”.

Jawapan malas nak layan.

“Kalau kau ada masalah cite la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong”.

Masih belum berputus asa.
Lama Nasihah terdiam. Krik..krik..
Nasihah mengeluh. Sebenarnya dia malu dengan Ariana. Dia sekarang dalam kesempitan. Keluarga di kampung tidak mampu untuk hantar duit belanja untuk minggu ni. Nasihah terdesak dan tidak mahu untuk membebankan keluarga di kampung. Minggu lepas ayahnya sudah berpesan untuk berjimat dan ditakdirkan minggu ni dia kena bayar duit buku rujukan yang wajib dibeli olehnya.
Ariana seorang yang agak kaya. Tidak pernah mempunyai masalah kewangan. Dia juga bukan seorang yang kedekut macam Haji Bakhil dalam cerita P.Ramlee tu. Sering juga dia belanja kawan-kawannya. Sifatnya yang agak pemurah tu disenangi oleh Nasihah.

“Ariana… sebenarnya akuuu…aku tak ada wang belanja untuk minggu ni…”.

Nasihah menceritakan masalahnya kepada Ariana setelah sekian lama diam dan dalam nada terketar-ketar macam duduk dalam peti ais. Malu.

“Ala kenapa tak cakap. Aku boleh tolong kau. Daripada kau dari tadi termenung macam kucing hilang anak je aku tengok”.

Dia turun dari katil dan mencapai dompetnya di atas meja belajar. Sekeping not 50 dihulurkan kepada Nasihah.

“Nah”.

“Eh, tak apa ke?”.

“Ala ambil jela. Nanti ada duit kau bayar la. Tak pun tak payah bayar kalau tak ada duit”.

“Eh, nanti aku ada duit aku bayar ye. Terima kasih Yana”.

Nasihah bangun dan memeluk Ariana.

“Eh,apa peluk-peluk ni geli aku. Haishh..”.

Nasihah tahu Ariana geli kalau orang memeluknya. Saja je dia nak usik Ariana. Heh. Hati dah senang katakan. Ariana memang seorang yang pemurah. Begitu juga ibubapanya. Sebab tu anak dia baik dan pemurah. Kemana tak tumpah kuah kalau tak ke lantai. Eh. Ada ke peribahasa macam tu. Hee.
Selang beberapa hari Ariana keluar ke Mid Valley untuk membeli barangan keperluannya yang dah nak habis. Ariana melangkah masuk ke Watson. Pilih punya pilih ambil itu ambil ini. Lebih seratus ringgit Ariana berbelanja.
Dia melangkah ke kaunter dan meletakkah bakul yang berisi barang di atas kaunter. Dia memandang cashier  dan senyum. Dia berkata dalam hati senyum tu kan sedekah. Dia dapat pahala cashier tu pun tak de stress sangat dan hilang stress cashier tu setelah lebih kurang setengah hari berkerja. Kan.
Tik…tik…tik..
Barang discan satu persatu.

“Dik, disebabkan adik berbelanja lebih dari seratus ringgit hari ni. Ada boleh buat cabutan bertuah. Adik ambil je kertas dalam kotak ni”.

“Betul ke kak?”.

Muka terkejut dan teruja macam ayam berak  batu. Tanpa berlengah dia menyelukkan tangan dalam kotak sederhana besar tu dan mengambil satu keping kertas. Akak cashier tu terus gores dan membaca bait-bait perkataan yang tertulis.

“Wah! Tahniah dik. Adik dapat diskaun sebanyak 50%”.

Ariana tayang gigi ala-ala Fazura dalam iklan Colgate. Senang hati. Dalam hati Ariana mengungkapkan kalimah alhamdulillah. Rezeki Allah. Jimat duit aku lebih kurang 50 hinggit.
Dia pulang dengan senang hati.

_MsLolita_
Kenyataannya apa yang berlaku itu dibawah ilmu Allah. Allah membayar balik duit Ariana yang dipinjamkan kepada Nasihah melalui cara yang sangat halus dan teliti. Kadang-kadang tidak dapat dikesan langsung  kalau kita tidak merenung dan bersangka baik dengan Allah. Yakinlah kata omputih ni yang kedengaran seperti ini. What you give is what you get. Hehe. Jangan kedekut nak sedekah. Kalau hampa ni orang kaya lagi la. Jangan kedekut. Dalam harta kita ada hak orang lain. Dan sedekah ni dapat menyucikan harta. Apa hampa ingat gigi hang je ka nak kena cuci?
Dalam buku Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam Kita Idamkan karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi ada menyebut tentang kewajipan-kewajipan lain di dalam harta, muka surat 352.

No comments:

Post a Comment