Saturday 21 June 2014

Medic ker dentistry?



Haha lepas baca belog Kak Fatin Liyana. Rasa terinspirasi dan mengukuhkan lagi tekad aku tuk tukar kos balik. Mesti ko tertanya erk aku ni kos apa? Haha tu secret. Aku rasa macam gedik pulak. Hari tu gila nak mati nak kos ni. Tup...tup... bila dah dapat nak tukar balik pulak. Kalau aku jadik kawan aku la dah lama aku sekeh kepala orang macam aku ni. Eh.

Berani kerr?
Dari belog kak Yana tu banyak aku dapat. Kalau kita nak pilih kos ni,jangan kerana orang yang nak. Tapi sebab kita yang nak. Ikut selera kita bukan selera orang lain. Dan selepas kita dah musyawarah,survey,pikir masak-masak dan last sekali ISTIKHARAH. Sebab kita ni makhluk lemah. Tak ada daya sikit pon. Allah yang maha mengetahui. Memang sifat Allah maha mengetahui. Serahkan 100% pada Allah selepas kita berusaha. Insyaallah tak menyesal punya kalau istikharah ni. Apa orang kata, jawapan yang paling the best and fresh dari ladang.
Ngko.

Tanya Allah, tanya Allah.
Kalau tu terbaik untuk kita minta Dia permudahkan jalan. Insyaallah.
Kalau tanya aku antara dentist dan medik ni. Bagi aku tuk masa sekarang aku prefer dentist (tercakap kos aku,takpela bukan ada orang baca pon, ada aku kisah -_-). Bagi aku time belajar sama susah je dua-dua medik and dentist ni. Tapi dentist bila dah kerja beban belajar yang berat nanang tu orang Teganung kabo akan hilang bila kita kerja nanti. Tapi medik stress belajar akan kita bawak sampai la ke alam pekerjaan. You need to be tough.

Antara medik and dentist?
Pilihan ditangan anda. Ikut kemampuan dan minat kita. Kalau macam aku. Aku ni suka spent masa nga family and aku nak didik anak-anak aku dengan tangan aku sendiri (cehh,dah cakap soal anak. Degree pon belum mula lagi). So bagi sapa yang suka busy-busy tu pilihlah medik dan yang suka rilek-rilek time kerja pilih dentist. Haha, memandai aku bagi cadangan. Eh. betul apa?kan? Dulu sebelum tukar kos aku tak pikir pon pasal busy-busy ni sebab nak kejar medic konon. Yela, nak orang cakap kita pandai. Nak orang sanjung.

Tak kena mana semua tu. Buat sesuatu kerana Allah.
Dan sesuatu yang kita suka. Dan buat masa sekarang aku rasa dentist terbaik untuk aku. Harap-harap ya Rabb.

Yang penting ikut minat anda dan istikharah.
Insyaallah, Allah sentiasaaa bersama kita.
Allah ma'ana.
Kenapa aku tulis entri ni Sebab sekarang pon aku duk bingung nak pilih dentist ke medik. Sebab dulu time asasi aku dapat dentist. Final sem asasi dapat offer medik. Time tu ntah kenapa aku gedik sangat beria-ia nak tukar medik. Sekarang gedik pulak nak ambil dentist balik. Tapi tak tahu lagi permohonan aku ni mereka layan tak. Tapi aku harap sangat Allah permudahkan. Doa-doakan lah yer..

Lagipun aku dah suka kawan-kawan dentist akuuuu...






_Miss_lolita_

No comments:

Post a Comment