Saturday 30 August 2014

Cara nak tukar kos masa UNGS, IIUM Student.



Hahahaha.

Err. Tak senonoh betul mulakan penulisan dengan gelak macam langsuir.

Ok. Fine.

Assalamualaikum, hai...hai...hai...
Aku ni jenis yang kalau ada idea dan mood nak menulis aku mampu buat entri 2 atau 3 dalam sehari. Tapi kalau datang abam pemalas tu. Memang dalam setahun tak ada langsung entri.

Bhahaha.

Tapi aku rasa aku kena buat jugak entri ni walaupun aku kelihatan agak tamak dan haloba sebab buat 2 entri dalam sehari. Ini untuk kebaikan adik-adik junior UIA PJ/Asasi.

Ok. Entri malam ni adalah berkenaan cara-cara nak tukaq kos. Akak bercakap ni bukan nak tukar kos masa Asasi ye adik-adik tapi cara-cara nak tukar kos time kau orang dah interview bagai time final sem and final year dekat Foundation dan kau orang dah start cuti dan dah tahu result kau orang dan mungkin kau orang sedang mengambil subjek UNGS dekat Gombak sekarang ni.

Ok. Mungkin kau orang ni mungkin macam akak yang berbolak balik hati. Nak kos apa sebenarnya. Tapi kau orang rasa dah terlambat nak tukar kos sebab dah tahu dah kau orang kos apa untuk degree (ni untuk Medik,Dentistry dan nursing yang tahu result lebih awal sebab nak masuk Gombak selepas sebulan cuti tapi orang lain cuti 3 bulans, sobs T.T).

Sekarang dengar cerita aku dan kau orang mungkin akan faham macam mana caranya nak tukar kos ni.

Akak ni masa foundation kos dentistry dan final sem masa isi borang streamline tu akak isi 2 borang, borang untuk kos dentistry dan borang untuk kos medik sebab akak nak tukar ke kos medik.

Lepas tu akak dipanggil untuk kos medik dan secara automatik nama aku dalam list interview dentistry hilang. Tak ada sebab aku sekarang dah jadi half budak medik. So, kalau korang apply nak tukar kau orang akan ke salah satu interview je. Tapi lain pulak kalau korang di'invite ke kos dentistry ke, medik ke, atau famarsi. Korang kena pilih salah satu kalau tak salah.

Ok. Sekarang aku dapat interview medik tu dan dah jadi budak medik. Aku masuk UNGS sebagai budak medik. Entah kenapa Allah bolak-balikkan hati aku dan aku buat keputusan nak tukar dentistry balik selepas buat perbincangan dan istikharah.

Masa nak tukar kos tu. Aku sedang ambil UNGS dekat Gombak. Mula-mula aku pergi AMAD (tak ingat stand for what tapi AMAD ni dia handle pasal urusan akademik pelajar) dan tanya macam mana nak tukar kos. Lepas tu dia cakap dia tak handle benda ni sebab ia melibatkan interview dan benda ni sepatutnya DOSP UIA PJ yang handle. Then, dia sambung kalau awak nak cuba nasib buat appeal letter kepada dean AMAD.

Aku buat appeal tu dan hantar dekat AMAD. Masa berlalu tiada khabar berita dari AMAD. Aku mula rasa putus asa. Kebetulan kawan aku budak dentist yang tak pass interview baru masuk UNGS sebab kena pergi interview balik di kuantan dekat kuliah KOD (kulliyyah of Dentistry), kebetulan dia ada nombor telefon Deputy Dean KOD. Dr. Suhaila.

Aku ambil no tu dan text Dr. Suhaila cakap macam mana nak tukar ke kuliah dentistry. Dia suruh aku buat appeal letter ke KOD dan compile sekali result aku dekat CFS. Aku buat dalam masa sehari. Harapan menjadi cerah semula.

Sebenarnya aku bernasib baik sebab dapat no Dr. Suhaila tu.

Lama menunggu jawapan dari KOD dan AMAD. Aku buat panggilan ke DOSP. Aduih, aku rasa memang banyak alasan yang dia bagi dan macam nak mengelak dari tolong aku tukar kos. Sempat jugak aku makan kerepek hangit dari DOSP. DOSP suruh aku kol KOM ( kulliyyah of Medicine). Aku kol dan cakap masalah aku. KOM suruh aku kol DOSP sebab dia cakap DOSP yang handle benda ni dan senarai budak medik tak ada lagi pada KOM.

Aku kol DOSP. Dan DOSP cakap dia tak handle jugak menda nih dan suruh aku kol KOM untuk kali ke dua. Nasib baik yang KOM ni nak layan jugak aku. So dia cakap, ' tak apa dik nanti akak kol sendiri DOSP dan usulkan benda ni ke AMAD'.

Fuhhh....

Lega sikit aku dengan layanan KOM. Tunggu dan menunggu itulah rutin aku seharian. Lama masa yang diambil untuk proses benda ni semua.

Aku ke AMAD tanya khabar surat aku tu. Dia cakap. Surat tu dah sampai dekat Dean dan benda tu dalam perbincangan.

Beberapa lama selepas itu aku mendapat panggilan telefon dari Dr. Suhaila. Dia minta aku ke interview di KOD dekat kuantan. Terpaksa aku tinggalkan kelas ke interview tersebut nun di Kuantan. Memang aku yang cari penyakit. 9_6

Aku naik bas di pekeliling dan berhenti di stesen bas Kuantan. Aku menumpang di rumah akak aku. Semalaman. Masa tu bulan ramadan.

Esoknya aku ke UIA Kuantan dengan teksi dan pergi interview tu. Masa aku sampai sana ada 2 lagi calon lelaki yang buat appeal jugak nak masuk KOD. Dia orang pergi KOD sendiri buat appeal.

Alhamdulillah, kesemua yang pergi interview tu dapat. So, now I'm a dental student. Alhamdulillah dapat tukaq kos. Apa-apa pun buat istikharah dulu sebelum buat keputusan. Akak jadi macam ni sebab tak buat istikharah masa nak tukar medik. So, jangan susahkan diri kau orang dengan keputusan melulu dan tanpa perbincangan. Pilihlah kos yang kau orang minat. Tak rugi buat istikharah, ;-)

Ms_Lolita ^_^

No comments:

Post a Comment