Sunday 31 August 2014

Pre-dental student

Malam ni aku akan menaiki bas untuk ke Kuantan. Masih belum bersedia rasanya nak masuk degree. Selepas ini bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar pergigian selama 5 tahun.

Selama 5 tahun ini aku mungkin dah jarang-jarang update gambar-gambar yang aku capture dan edit dekat instagram aku. Mungkin instagram aku akan diambil alih oleh lelabah untuk buat sarang. Facebook pun aku rasa begitu. Whatsapp group   akan sunyi dari komen balas dari aku.

Hmmm...bermulalah episod kehidupan aku yang baru. Dengar cerita dari akak senior dan baca blog-blog budak dental ni boleh nampak betapa sibuknya pelajar pergigian. Selepas ni tak boleh dah aku nak layan instagram dan stalk ig kak Belle Alyahya. She is too cute. Aku suka tengok dia. Dahla pandai business. Aku harap aku pun mampu jadi designer macam dia. Insyaallah.

Barang dah separuh aku packing. Tinggal nak masukkan baju yang dekat ampaian. Aku memang macam ni suka basuh baju last minute. Akak aku selalu marah dan membebel. Katanya aku ni macam kura-kura. -_-!!!

Lepas ni cuti paling lama pon seminggu. Cuti nanti aku nak buat lesen P. Harap-harap sempat dan pass tanpa perlu aku ulang lagi. Rindu rasa nak tinggalkan rumah. Ya, apabila kita sudah mencecah umur 18 tahun. Memang jarang-jarang kita berada di rumah. Bukan macam budak-budak dulu. Rindu masa form 5. Banyak kenangan dengan mereka.

Aida yang agak kuat merajuk sebab aku rapat dengan Ckin. Dan Ckin yang suka bercakap dan makan. Yati, Sema,Anis,Yana dan Amalina. Aku harap mereka berjaya dunia dan akhirat.

Bila dah dewasa waktu dengan family memang terhad. Cuti pon paling lama seminggu. Lepas belajar, kerja. Lepas kerja, kawin. Bila dah kawin kita mungkin dah tak duduk dekat dengan parents lagi. Sedih bila pikir kenyataan itu.

Aku harap aku mampu pass dengan jayanya semua blok degree nanti. Budak dental tak guna sistem pointer. Dia guna blok. Either pass or fail. Aku harap Allah memberkati perjalan aku ni.

Aku membawa harapan keluarga dan masyarakat. Dan yang paling penting untuk mengabdikan diri sebagai hamba yang taat.

Nanti minggi orentasi aku update lagi cerita aku. See you leter Ms_Lolita ;-) .


No comments:

Post a Comment