Saturday 8 November 2014

Elya Khadeeja

Alhamdulillah :)

Pada 04/11/2014 4.45 pm,hari selasa hari tu akak ipar aku selamat melahirkan baby girl. Kalau tak silap aku masa tu aku call mak aku nak cakap aku exam biochemistry esok petang tu.

Comel budaknya. Walaupun hidung penyek macam aku. Hihihi. Alhamdulillah cukup sifat tiada cacat celanya pada ciptaan Allah yang satu ni.

Aku cukup teruja dan happy dapat anak sedara baru. Anak sedara yang ke 16 (ko jangan terkejut sangat). Ibu dia jugak bagi kepercayaan kepada aku untuk letak nama kat baby tecik tomey ni.

Aku pilih nama Elya Khadeeja yang Ustazah Fatimah Syarha guna untuk watak perempuan muslimah yang solehah lagi baik dalam novelnya, Tautan Hati. Aku suka nama ni. Sangat unik dan mempunyai maksud yag sangat baik.

Elya bermaksud ketinggian. Khadeeja merujuk kepada isteri baginda yang pertama iaitu Siti Khadijah Khuwalid. Isteri yang selalu memdampingi baginda Rasulullah. Malah juga pendamping Rasulullah di syurga abadi. Masyaallah...sukanya.

Untuk Elya. Mokla harap kamu akan mencontohi akhlaq saidatina Khadijah bila kamu besar kelak. Mempunyai keperibadian yang unggul seperti beliau. Kamu bukan saja mulia di dunia malah sampai ke syurga. Mokla yakin nama ini akan mempengaruhi akhlaqmu dan keperibadianmu sayang.

Jangan biarkan sesiapa pun mengejek namamu sayang. Kerana kamu berhak untuk mendapat nama yang baik. Mokla akan doakan kamu. Ameen.

~Khas untuk Elya~

Elya tidur nyenyak!!

No comments:

Post a Comment