Sunday 20 April 2014

3 Tempat Kosong (Poligami)



Sumber: Internet

Assalamualaikum,

Hari ni nak share sikit pasal poligami yang saya dengar dekat radio ikim.fm pagi tadi. Ia disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa. Sangat banyak input yang saya dapat dari ceramah pagi tadi. Walaupun saya masih belum kahwin. Penyampaian ceramah oleh Ustazah Norhafizah Musa itu dalam slot Usrati di
ikim.fm.

Slot Usrati, Ikim.fm, 5ptg Jumaat, siaran ulangan 8pagi Ahad





Rancangan tadi adalah ulangan pada pukul 8 pagi.
Kalau siaran yang live adalah pada pukul 5 petang Jumaat.
Dengar la ye.
Di bawah ni ada link nak upload audio tu.

http://www.ikimfm.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=57&limitstart=1

Tajuk audio tu 'Tiga Tempat Kosong', tajuk pun dah eksotik.
Buat masa sekarang Ikim.fm tidak upload lagi audio tu.
Sama-sama kita ambil manfaat dari penyampaian ustazah Norhafizah Musa.

Ada sikit pekara yang di'share' yang sempat saya salin di sini.

1. Hukum poligami ada disebut dalam al-quran,surah An-Nisa' ayat 3.
2. Hukum poligami berubah-ubah mengikut suasana dan individu.
  •      Sunat: Jika seseorang lelaki perlukan isteri lain disebabkan isteri yang sedia ada tidak mampu untuk memberikan zuriat, nafkah batin ataupun isteri pertama sakit.
  •      Makhruh: Jika seseorang lelaki berkahwin dengan tiada keperluan atau hanya untuk keseronokan dan lelaki itu syak samaada dia mampu untuk berlaku adil ataupun tidak. Kerana ia takut akan memberikan kemudaratan kepada orang lain.
  •      Haram: Jika lelaki itu merasa zhan(memang rasa tidak mampu untuk berlaku adil) samada mampu untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Keran ia ditakuti akan memberi mudarat kepada pihak lain.




No comments:

Post a Comment