Monday 21 April 2014

Dapat Gelang!!!! yuhooo

Gelang tangan kawan yang hadiahkan. Cantik tak?
Hee XD
Happy sangat.
Alhamdulillah.
Assalam, terasa nak update pasal ni di blog harini. Sebab dah lama dah cari gelang macam ni. Kebetulan dekat Zc ada jual terus beli. Time beli tu kawan nak bayarkan.

Bagai mengantuk disorongkan bantal.
Thanks Ida, May Allah bless you always.


Post kali ni saya nak cerita sikit pasal bersedekah.
Alang-alang cerita pasal gelang ni.

Sedekah dan hadiah tu caranya seakan sama tapi maksud berlainan.
Sedekah lebih kepada membantu. Atau bantuan dari orang yang kaya kepada orang miskin
Hadiah pulak sapa-sapa boleh dapat dan beri.


Sedekah ni sangat hebat kata Rasulullah s.a.w.
Ada kisah ni sahabat yang sangat kaya dan suka bersedekah. Dan ada sahabat yang miskin ni datang jumpa Rasulullah dan mengadu.
Dia menyatakan rasa tidak puas hati kerana sahabat yang kaya itu sudahlah beriman,kaya dan suka bersedekah. Maka banyaklah pahalanya. Dan sudah tentu Allah merahmati mereka lebih lagi.

Maka Rasulullah cakap, kalau kamu ini setanding dengannya maka bacalah Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar. Maka pahalanya sama ibarat kamu bersedekah.

Maka senanglah hati sahabat yang miskin itu.
Tiba-tiba dia lihat sahabat yang kaya pun berzikir dan bertahmid memuji Allah.

Sekali lagi dia datang megadu kepada baginda.
Maka baginda bersabda, itu ketetapan Allah kepadanya. Allah memberikan kekayaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Pengajaranannya, kita sebagai muslim digalakkan menjadi kaya untuk bersedekah di jalan Allah kerana besar pahalanya. Berzikir juga menyamai amalan brsedekah. Maka jadikanlah amalan sedekah ni sebagai tabiat korang. Bila balik kg tu cuba belanja adik-adik ice cream. Dengan sedekah ni hubungan boleh dieratkan tau.

Dan juga, moga sahabat saya ni dirahmati Allah selalu kerana dia sangat suka bersedekah dan memberi hadiah kepada kita orang.

Apepun,saya happy dapat gelang ni. Thanks Allah. Sesungguhnya Allah yang beri melalui perantaraan kawan saya. Apapun kita bersyukur kepada Allah.

Nota kaki:kisah tersebut adalah dari hadis sohih. Tapi Ms Lolita tidak ingat sanad dan isi hadis tersebut dengan tepat untuk ditulis disini. Kalau ada yang tahu share-share ye.

No comments:

Post a Comment