Wednesday 26 November 2014

Budak dentist nak jadi penyanyi?

Hari yang agak memenatkan di kuliah pergigian. Pffffttttt...

Aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Aku rasa hilang. Aku futur. Ya Allah, rasa banyaknya dosa aku. Suka sangat dengar lagu. Sedangkan aku tahu dengar lagu selalu boleh mematikan hati. Apa yang aku buat ni??? Arghhh...(ok yang tu over sikit).

Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni. Minat menyanyi semakin mengada-ngada. Aku semakin berani menyanyi depan kawan2 aku. Kalau dulu malu macam kura-kura dalam cengkerang. Sekarang tak yah cakap. Aku yang termalu sendiri.

Tadi kita orang pergi main auditorium kuliah pergigian utk tengok stage. Macam mana nak setup prop dan semua tu bagai untuk role-play yang akan muncul tak lama lagi. Dan sebab lama sangat tunggu bro yang incharge utk jaga audi tu,so kita org menyanyi atas stage tu macam orang tak ingat tuhan (tapi alhamdulillah ingat lagi tuhan,macam ok bukan betul2. Nauzubillah...).




Masyaallah sisters...
Kak Yan dengan mic siap. Main2 ko. Budak UIA pun berbakat nohhh... Bakat terendam.

Dalam perjalanan balik mahallah snap gambar 1,2 sebab langit cantik sangat. Subhanallah.

Nabila, director role-play kita orang. Semangat nak balik sebab dah lewat sangat. Anak dara tak baik balik lewat2.
Ok...Aku sudah melencong dari idea asal yang berlenggang dalam kepala hotak aku ni. Aku nak cakap pasai FUTUR sebenarnya. Futur ni lebih kurang lemah la mksud dia. Maksudnya, iman kita menurun dari yang biasa.

Kalau futur ni cepat2 la kita sedar dan tingkatkan iman balik. Kalau macam aku ni, pagi ni nak pastikan dapat zikir banyak2. Along the journey the whole day tu, kadang2 aku terleka dan terpesong dan terlupa dengan azam aku pagi tadi.

So,time kita ingat tula cepat2 kita grab.

Aduihhh...futur kenapa engkau datang? Kalau ko ni kuih kan sedap...

La...la...la... Jom hayati lirik lagu 'Tanpa' by Sixth Sense.

Lirik Lagu Sixth Sense – Tanpa
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa…
Cintamu aku resah
Tanpa…
Kasihmu aku hampa
Tanpa…
Dirimu aku mati
Hooo…
(Ulang chorus x2)
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo…
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Carian gogel: http://liriklagu4u.com/lirik-tanpa-sixth-sense/


Sebenarnya lagu tanpa ni Islamik giler weyhhh. Cuba hayati betul2. Ahli Sixth Sense pun mengaku yang lagu ni dia org tujukan utk Pencipta. Tapi masyarakat yang memandai  dalam meng'interpret' lagu ni.T.T Tapi depend la~~ Kita terbuka tau

Sunday 23 November 2014

Prop untuk roleplay gp 1-Diari seorang dentist

Assalamualaikum...

Disebabkan aku handle prop untuk roleplay nanti. So,kat sini aku nak share sikit prop2 yang aku telah buat dan masih dalam proses pembikinan.

Here we go.


Prop kayu api.

Cara2 nak buat dia:

 Lipat kotak dan balut dengan surat khabar and last sekali balut dengan kertas mahjung. lepas tu color dengan warna koko.

Kayu api.



Prop api:

Potong kotak besar bentuk api dan tampal kertas warna secara berlapis2.

Prop api

Prop binokular
Potong hujung botol air mineral besar dan balut guna kertas mahjung dan cantum guna double sided tape.


 Prop lelabah, gumpal kertas warna ungu. Satu kecik (utk kepala),satu besaq (utk badan). Lepas tu cantumkan. Gulung kertas kurus2. Then, buat kaki. Siap.


Prop gelas. Yang ni aku malas nak explain. Pikir sendiri. :0

Prop spider web
Bahan2: Buluh kecik dan kertas mahjung. (malas nak explain)


Depan

Prop frame gambar.

Belakang

Prop paha ayam

Prop ular (separuh siap)

Prop cendawan

Belakang

Prop semak-belakang

Prop semak ada bunga cantik!!!


Saturday 22 November 2014

Buah Keriat

Assalamualaikum...

Sapa tak kenal buah keriat (dekat Besut kita orang panggil buah Keriat,kat tempat korang xtahu la dia panggil nama apa).

Buah ni kulit dia warna oren merah2 sikit bila dah masak. tapi kalau yang tak masak lagi wara hijau. kalau yang tak masak lagi rasa pahit nak mampuss. Xleh nak telan langsung dek tekak ni. Tekak xleh nak terima.

Kalau cukup masak rasanya manis campur masam sikit2. Sedappp!!!
Rumah aku ada sebatang je pokok buah nih. Buah ni susuah nak tumbuh. Dan amat rare bagi certain orang kampung. Kecuali yang betul2 kampung macam aku ni. *Terbatuk kecil.

Kalau aku, aku makan benda ni denga cuka,garam,lada,belacan dan gula. Oihhh, kecur air liur aku.

ok tu je. Aku nak sambung study Anat-head and neck.
Bye~Bye



Wednesday 12 November 2014

Officially pelajar tajaan JPA Insyaallah-Diari seorang dentis

Alhamdulillah :)
Maha suci Allah...

Nikmat mana lagikah yang ingin kamu dustakan? (Al-Rahman:33)

Dengan rezeki Allah dan nikmatNya padaku yang tak terhintung oleh akal fikiranku. Hari ini dia bagi lagi nikmatNya padaku.

Alhamdulillah,aku dapat biasiswa JPA. Terima kasih Allah. Bagaimana lagi kita mahu bersyukur kecuali dengan taat pada perintahNya.

Dengan bantuan dari langit ini. Aku harap mampu untuk meringankan beban mek dan ayah. Insyaallah.

Terima kasih juga kepada Aisyah kerana megingatkan aku untuk sujud syukur pada yang Esa setelah mmendpat nikmat yang tidak terhintung ini.

Terima kasih Allah, terima kasih semua.

Saturday 8 November 2014

Elya Khadeeja

Alhamdulillah :)

Pada 04/11/2014 4.45 pm,hari selasa hari tu akak ipar aku selamat melahirkan baby girl. Kalau tak silap aku masa tu aku call mak aku nak cakap aku exam biochemistry esok petang tu.

Comel budaknya. Walaupun hidung penyek macam aku. Hihihi. Alhamdulillah cukup sifat tiada cacat celanya pada ciptaan Allah yang satu ni.

Aku cukup teruja dan happy dapat anak sedara baru. Anak sedara yang ke 16 (ko jangan terkejut sangat). Ibu dia jugak bagi kepercayaan kepada aku untuk letak nama kat baby tecik tomey ni.

Aku pilih nama Elya Khadeeja yang Ustazah Fatimah Syarha guna untuk watak perempuan muslimah yang solehah lagi baik dalam novelnya, Tautan Hati. Aku suka nama ni. Sangat unik dan mempunyai maksud yag sangat baik.

Elya bermaksud ketinggian. Khadeeja merujuk kepada isteri baginda yang pertama iaitu Siti Khadijah Khuwalid. Isteri yang selalu memdampingi baginda Rasulullah. Malah juga pendamping Rasulullah di syurga abadi. Masyaallah...sukanya.

Untuk Elya. Mokla harap kamu akan mencontohi akhlaq saidatina Khadijah bila kamu besar kelak. Mempunyai keperibadian yang unggul seperti beliau. Kamu bukan saja mulia di dunia malah sampai ke syurga. Mokla yakin nama ini akan mempengaruhi akhlaqmu dan keperibadianmu sayang.

Jangan biarkan sesiapa pun mengejek namamu sayang. Kerana kamu berhak untuk mendapat nama yang baik. Mokla akan doakan kamu. Ameen.

~Khas untuk Elya~

Elya tidur nyenyak!!

Thursday 6 November 2014

Cuti blok 1-Diari seorang dentist

Alhamdulillah :)
Exam dah habis... punyalah aku pulung study seminggu ni.
Last minutes punya kerja macam ni la jadinya.

Tak tahu la macam mana aku jawab soalan tu. Ah! Tk kisah yang penting aku boleh balik malam ni. Hehe :0

Tapi seyes arr. Tak ada masa sangat nak study sebab mula-mula masuk blok1 sibuk dengan performance la sukan antara batch la. Macam-macam. Banyak main-main. Hewhewhew

Tak sabar nak balik. Nak tengok anak sedara baruuu... yuhuuu...
Tak sabarnya. Balik ni azam aku nak isi masa dengan baca buku. Tak nak bazir masa dengan whatsapp ke telegram ke instagram  ke. Semua yang gram-gram lah.

Instagram ni macam mana la aku nak control tak nak spent masa banyak sangatstalk ig orang. Otoke???

Ya Allah tolonggg aku. Nak contohi Rasulullah... ameenn.
Doakan saya kawan-kawan.
Balik ni banyak betul plan. Yang penting aku nak try jeruk asam boi tu. Kempunan aku tengokkk...

Azam baru dan semangat baru untuk blok 2 ni. Insyaallah. Allah ma'aana.
Harina bolehhh!!!

***cuti blok 1 bermula***