Friday 24 October 2014

Diari Seorang Dentist-Pindah Mahallah Baru

Bismillah...

Baru sebentar tadi azan maghrib. Dah masuk tahun baru dah kita. 1436 hijrah. Alhamdulillah, masih diberi rezeki oleh Allah untuk merasa nafas pada tahun baru ni.

Terima kasih Allah.

Penat otak study physiology dan penat badan pindah barang ke mahallah baru tadi. Tinggal sikit lagi barang yang nak diangkut hari ahad ni. Masa pindah barang tadi kami berkira-kira jarak mahallah kami dengan kuliah. Ya Allah jauhnya tak terkata. Tercabut jugak lutut kami nak sampai ke kuliah. Kata kak Ain kita orang kena bertolak sejam sebelum kelas.

Mak aihhh, mampus gua kalau tiap-tiap hari macam ni. Tapi tak apa ada akak senior yang baik hati nak bagi tumpangkan kami.

Untuk mahallah baru ni aku sebilik dengan Bid, kak Ain dan Yana. Ya Allah hebat-hebat semuanya ni. Ak dapat compartment B tapi tertukat tempat dengan kak Ain. Kak Ain kata okey je. So aku stay je situ. Bilik tu agak selesa. Ye la mahallah baru kan?

Bilik tu menghadap koridor dan ada langsir. Wahhh, excitednya ya Allah. Tak sabar nak tidur kat situ. Hmmm... teruk betul.

Lepas angkut barang terus kami kemas-kemas apa yang patut. Lepas tu bla. Hahaha...

Okey tu je kut sebab nak sambung study dan baca doa awal tahun dan akhir tahun yang dishare oleh kawan dekat whatsapp group. Moga tahun baru ni Allah berkati hidup kita semua.

Jom.


Thursday 23 October 2014

Diari Seorang Dentist (DSLR)


Ya Allah, ya Allah aku dah jadi gila. Aku gila dengan DSLR dan fesyen. Ya Allah, teringin sangat nak ada DSLR sendiri. Huiiihhh… kalau aku ada benda tu nanti siaplah anak-anak buah aku kena jadi model.  Ni semua gara-gara masuk award hari tu la ni. Dapat third place je pun dah meroyang macam kucing hilang anak. Kihkihkih…

nak ni



Pagi tadi stalk IG Belle Alyahya. Hmmm… belle lagi bak kata kawan aku. Dia orang dah loya dah kalau aku sebut nama kak Belle. Lepas tu Nampak design jubbah dia yang terbaru. Masyaallah ya Allah. Lagi la keinginan aku nak jadi desingner ni membuak-buak. Study tak jalan padehal exam dah minggu depan.



Macam mana ye nak cakap? Aku memeng minat benda ni sejak kecik-kecik lagi. Dulu masa kecik beria aku ambil gambar anak-anak buah aku. *kena paksa jadi model aku. Kalau dia orang tak nak aku marah. Hihihi… jahatnya rasa. Masa tu jugak lepas mandi tuala aku kan koyak lepas tu aku masukkan tangan aku dalam lubang tuala yang koyak tu lepas tu putar tuala tu biar jadi gaun dan baju. Lepas tu aku catwalk. Hahaha…
Aku harap cita-cita aku yang satu ni bukan dibibir saja, moga Allah perkenankan. Amin. Dentist+Designer+Photographer is coming. DDP, 3 in 1. Insyaallah.

Diari Seorang Dentist (IKOD)


Assalamualaikum, terubat sikit kesedihan aku bila jadi urusetia Ummah Exhibition yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD). Aku yakin ada benda yang ingin Allah sampaikan pada aku. Selama ni aku memang anti sikit dengan lelaki asyik nak cakap kasar saja dengan mereka.

Selepas peristiwa tu aku rasa aku lebih berhati-hati bila berkomunikasi samada dalam alam maya atau alam realiti. Hubungan aku dengan brother yang tegur aku ni pun rasa okey sikit. Dulu mana ada aku nak bercakap dengan mereka. Pandang pun tak. Asyik nak fikir benda buruk je pasal mereka (aku trauma dengan lelaki -.-!!!). Aku fikir semua lelaki ni gatal dan nak ambil kesempatan atas perempuan.

Dari peristiwa tu aku sedar Allah sedang menegur aku dan juga menegur kawan aku tu. Allah menghantar dia untuk tegur aku. Dia menjadi wasilah untuk teguran kepada aku dan aku menjadi wasilah untuk teguran Allah kepada dia. 

Ingat balik kelakar bila tiba-tiba aku nangis. Lepas tu kawan aku tu nampak sangat muka bersalah dia. Asyik keluar masuk keluar masuk je dari pintu tu. Kasihan juga aku pada dia. Aku nak gelak dekat dia. Hahaha. Tahu gelabah bila tengok sister menangis. Hihi. :0

Selepas ni aku nak jadi manusia yang positif dan berfikiran matang. Aku nak contohi baginda Rasulullah macammana beliau deals dengan sahabat wanita dan sahabat lelaki. Sungguh sebaik-baik contoh adalah Rasulullah. Allah nak jadikan aku lebih baik. Alhamdulillah Allah untuk ujian ini. Aku harap aku akan jadi lebih natural dengan lelaki atau perempuan. Bergaul tak semestinya aku tidak menjaga ikhtilat (senyum).

Okey. First time jadi committee IKOD ni best jugak lagi-lagi handle bahagian reading corner. Aku asyik ambil gambar saja. Pagi tu pukul 8 dah keluar pergi Office of Campus Diretor Hall (OCD) sebab exhibition tu buat dalam tu. Tolong akak-akak Aqsa Syarif set up meja sign board semua. Tampal benda tu tampal benda ni. Susun benda ni susun benda tu. Kebetulan pagi tu ada aktiviti coloring contest untuk budak-budak. Teringat anak-anak sedara aku dekat rumah. Banyak jugak gambar mereka yang aku ambil. Nak tengok?

Nih hah.













































roomies

Dalam tu ada jugak jual-jual baju dan makanan.
Pukul 12 lebih aku keluar dari OCD Hall nak pergi beli makanan dan jumpa kawan aku dekat stall sebelah hall tu.

Tiba-tiba MC sebut nama aku untuk third place dalam Photography Competition. Terkezut aku. Mamai sekejap. Sebab aku jangka tak menang la kan. Sebab gambar ambil dengan tablet mana nak cantik. Lepas tu edit sikit-sikit dengan apps camera360. Hahaha. Kelakar nak mampus. Aku main-main je hantar benda tu. Tak sangka menang. Terima kasih yang mengundi. Terharu saya. Lepas ni boleh la aku beli DSLR. Woottt…woottt… 

Lepas ni aku mesti Nampak bergaya tahap Bellealyahya dengan kamera DSLR di leher. Hehehe. Lawa giler aku masa tu. Hahaha. Walaupun aku salahguna duit JPA untuk dapatkan kamera tu. Hahaha. Cepat la JPA masuk… ya Allah moga dapat. Amin. Tolong aminkan jugak.  


Aku dapat benda ni. Tak tahu dah orang panggil apa. Hilang ingatan sekejap. Aduihhh…
Lepas tu duit rm20. Okey, berbaloi aku masuk contest ni sebab aku dapat balik duit aku rm10 untuk print gambar untuk masuk contest ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Esok jaga booth lagi. :D