Thursday 16 October 2014

Wanita

Selagi mana aku diberi idea dan nafas untuk bernyawa aku akan terus berkarya. Karya yang bukan kosong tapi penuh makna dan pengajaran buatmu saudara di luar sana. Aku tidak petah berkata-kata tapi aku punya banyak idea dan pemikiran untuk dikongsi. Aku bukan manusia yang berilmu tapi melalui pengalaman hidupku aku kira ia cukup baik jika aku kongsi ia bersama kamu.

Wanita.
Wanita sangat mulia bagi aku. Wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk menyambung zuriat di muka bumi ini. Tapi aku binggung kenapa ramai lelaki yang tidak mampu menghargai seorang wanita yang mana merekalah yang sanggup bergadai nyawa untuk menyambung keturunan kaum adam.

Wanita.
Kenapa wanita seringkali diperlakukan seperti hamba. Didakap saat diingini saja. Dicari disaat susah menimpa. Dijadikan mesin ATM yang berfungsi 356 hari setahun, 24 jam sehari.

Dimana letaknya hormat sang lelaki kepada mu hawa? Kenapa ramai yang memperlakukan kamu sebegitu? Apa salahmu? Apakah kamu tidak layak untuk hidup bahagia?

Wanita.
Seorang manusia yang sangat setia. Aku binggung andai ada lagi lelaki yang sanggup menduakan,mentigakan dan mengempatkan mereka. Belum sempurnakah mereka di mata kamu? Apa salahnya kamu menghargai mereka?

Wanita.
Pulang dari kerja bergegas ke dapur. Lelaki. Pulang dari kerja terus mengarah dan mengoyang kaki. Adilkah dunia ini ya tuhan? Dimana letaknya ikutan Rasulullah? Dimana contoh yang dtunjuki Rasulullah?

Wanita.
Bersengkang mata mendodoi anak. Sanggup berkorban untuk suami dan anak-anak serta sanggup meninggalkan keluarga yang telah lama hidup bersama mereka.

Belum cukupkah lagi pergorbanan mereka kepadamu wahai sang lelaki? Ada lagikah alasan bagimu untuk memperlakukan mereka sebagai hamba?

Wanita.
Hargailah mereka kerana mereka berhak untuk hidup bahagia.

>Keadaan sekeliling kadang-kadang mematangkan aku dalam sesuatu masalah<

Aku harap wanita di luar sana bersabarlah dengan ujian. Aku faham perasaanmu. Tapi apakah dayaku untuk membantu. Hanya doa untukmu dan untukku.

WANITA



No comments:

Post a Comment