Thursday 23 October 2014

Diari Seorang Dentist (IKOD)


Assalamualaikum, terubat sikit kesedihan aku bila jadi urusetia Ummah Exhibition yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD). Aku yakin ada benda yang ingin Allah sampaikan pada aku. Selama ni aku memang anti sikit dengan lelaki asyik nak cakap kasar saja dengan mereka.

Selepas peristiwa tu aku rasa aku lebih berhati-hati bila berkomunikasi samada dalam alam maya atau alam realiti. Hubungan aku dengan brother yang tegur aku ni pun rasa okey sikit. Dulu mana ada aku nak bercakap dengan mereka. Pandang pun tak. Asyik nak fikir benda buruk je pasal mereka (aku trauma dengan lelaki -.-!!!). Aku fikir semua lelaki ni gatal dan nak ambil kesempatan atas perempuan.

Dari peristiwa tu aku sedar Allah sedang menegur aku dan juga menegur kawan aku tu. Allah menghantar dia untuk tegur aku. Dia menjadi wasilah untuk teguran kepada aku dan aku menjadi wasilah untuk teguran Allah kepada dia. 

Ingat balik kelakar bila tiba-tiba aku nangis. Lepas tu kawan aku tu nampak sangat muka bersalah dia. Asyik keluar masuk keluar masuk je dari pintu tu. Kasihan juga aku pada dia. Aku nak gelak dekat dia. Hahaha. Tahu gelabah bila tengok sister menangis. Hihi. :0

Selepas ni aku nak jadi manusia yang positif dan berfikiran matang. Aku nak contohi baginda Rasulullah macammana beliau deals dengan sahabat wanita dan sahabat lelaki. Sungguh sebaik-baik contoh adalah Rasulullah. Allah nak jadikan aku lebih baik. Alhamdulillah Allah untuk ujian ini. Aku harap aku akan jadi lebih natural dengan lelaki atau perempuan. Bergaul tak semestinya aku tidak menjaga ikhtilat (senyum).

Okey. First time jadi committee IKOD ni best jugak lagi-lagi handle bahagian reading corner. Aku asyik ambil gambar saja. Pagi tu pukul 8 dah keluar pergi Office of Campus Diretor Hall (OCD) sebab exhibition tu buat dalam tu. Tolong akak-akak Aqsa Syarif set up meja sign board semua. Tampal benda tu tampal benda ni. Susun benda ni susun benda tu. Kebetulan pagi tu ada aktiviti coloring contest untuk budak-budak. Teringat anak-anak sedara aku dekat rumah. Banyak jugak gambar mereka yang aku ambil. Nak tengok?

Nih hah.













































roomies

Dalam tu ada jugak jual-jual baju dan makanan.
Pukul 12 lebih aku keluar dari OCD Hall nak pergi beli makanan dan jumpa kawan aku dekat stall sebelah hall tu.

Tiba-tiba MC sebut nama aku untuk third place dalam Photography Competition. Terkezut aku. Mamai sekejap. Sebab aku jangka tak menang la kan. Sebab gambar ambil dengan tablet mana nak cantik. Lepas tu edit sikit-sikit dengan apps camera360. Hahaha. Kelakar nak mampus. Aku main-main je hantar benda tu. Tak sangka menang. Terima kasih yang mengundi. Terharu saya. Lepas ni boleh la aku beli DSLR. Woottt…woottt… 

Lepas ni aku mesti Nampak bergaya tahap Bellealyahya dengan kamera DSLR di leher. Hehehe. Lawa giler aku masa tu. Hahaha. Walaupun aku salahguna duit JPA untuk dapatkan kamera tu. Hahaha. Cepat la JPA masuk… ya Allah moga dapat. Amin. Tolong aminkan jugak.  


Aku dapat benda ni. Tak tahu dah orang panggil apa. Hilang ingatan sekejap. Aduihhh…
Lepas tu duit rm20. Okey, berbaloi aku masuk contest ni sebab aku dapat balik duit aku rm10 untuk print gambar untuk masuk contest ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Esok jaga booth lagi. :D

No comments:

Post a Comment