Assalamulaikum dan syukur alhamdulillah kerana kita diberi peluang oleh Allah untuk menikmati atau berpuasa pada bulan ramadhan tahun ini. Insyaallah hari ni (bulan puasa alim sikit,hehe) aku nak update balik karya aku yang pertama pada form 5 dulu. Rasa macam bodoh-bodoh je tulis pasal cinta. Tak ada manfaat langsung. Tapi aku harap kau orang enjoy dan ambil ikhtibar dari cerpen pendek aku ni. Bukan sekadar baca je tau. Biar ada manfaat sikit.
Mempersembahkan...(tang...tara...tang...tang...*musik mula-mula persembahan)
Oleh: Hang Li Po
Mempersembahkan...(tang...tara...tang...tang...*musik mula-mula persembahan)
*Saya dan Cikgu *
Oleh: Hang Li Po
27/12/2011,3.35 p.m.
Aku adalah aku. Jangan samakan aku dengan yang lain kerana setiap manusia itu tuhan ciptakan berbeza-beza untuk membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT. Hatiku
pedih,telingaku berdesing setiap kali sanak-saudara di sebelah ayahku
mencaci dan menghina ketidak sempurnaan wajahku berbanding
adik-beradikku yang lain.
Setelah
kelahiranku,ramai yang terkejut kerana ibuku melahirkan seorang bayi
yang hodoh sedangkan anak-anaknya yang lain cantik,putih dan bibirnya
kemerah-merahan. Sedangkan aku hanyalah seorang bayi yang hodoh dan
ketara dengan wajah ibuku yang cantik manis. Itulah kebesaran Allah
SWT,tiada siapa yang dapat menjangka akan kekuasaanNya. Sekiranya-Dia
menginginkan sesuatu maka jadilah tanpa sebarang halangan,
Kalau nak samakan my story ni dengan fairy tales yang ber’title’ Ugly Duck la lebih kurang. Hahaha….ada juga ye kehidupan realiti yang sama dengan fantasi?kononnya aku ni Ugly Duck yang hodoh dan bertukar menjadi Adorable Lucky Duck. Bukan gitu?tapi yang lain sikit kisah aku ni versi Melayu tulen punya.
Kisah
dulu kalau diungkit memang tak habis la. Tapi sekarang aku sudah boleh
mendongak ke langit,menadah tangan,bersyukur kepada penciptaku. Allah
SWT. Kerana aku sudah menjadi seorang remaja yang cantik. Cantik?boleh
laa dari dulu…hahaha. Perasan je lebih. Kihkihkih… kerana nikmat yang
diberikan-Nya ini aku bertukar..bertukar!!!cam Ultraman la pulak.
Bertukar atau mengalami revolusi atau transformasi menjadi perempuan
yang alim.
Aku bersyukur sangat. Thank ohmy God for your kindness…
di sekolah aku membawa gelaran ustazah. Hmmm…dia orang ni kalau tak
mengata memang gelisah macam cacing yang duduk dalam Microwave. Lepas
tu,Microvawe tu pulak ada sinaran Beta..hahaha…memang sudah menjadi adat
tradisi alam persekolahan ada-ada saja gelaran yang dibagi.
Tapi takpe
jugak,ustazah pun ustazah la asal aku tak lakukan dosa,tinggi sikit
mandat aku kat sekolah tu. Sekarang aku merupakan student tingkatan
lima. Aku ni memang tak sedap la rasa kalau meja ku tak duduk di hadapan
meja cikgu dalam kelas. Kalau boleh aku nak sampai air liur cikgu tu
tersembur kat muka aku. Sebab aku tahu ramai para ulama pada zaman dahulu tu duduk depan tok guru kalau time PNP(pembelajaran dan pelajaran).
Due to that reason,dia
orang tu boleh jadi para ulama yang terulung dan disegani ramai. Cikgu
aku pun ada jugak cakap,”kalau awak nak ilmu tu terus direct toyour memory chips kat brain tu kau orang mesti cari tempat yang strategic lam
kelas macam kat depan dan tengah. Jangan sesekali duduk kat belakang
dan tepi,faham?”. Punya la panjang lebar cikgu aku bagi kuliah awal
pagi. Betul la cikgu cakap tu.
……………………………………………………
Aku berjalan dengan senang hati menuju ke library sambil mengukir senyum segaris di bibir. Kenapa tidak,aku dah berjaya memahami konsep Linear Programming dalam
subjek matematik tambahan yang cikgu ajar sebentar tadi.
Alhamdulillah…jangan lupa bersyukur,suka,suka jugak. Nikmat tuhan jangan
dilupa. Sombong nanti,tuhan hantuk kepala tu di koridor. Hilang je
terus konsep tadi..huaaa….haru aku nak faham semula.
Aku
mehulurkan kaki untuk memboloskan diri kedalam perpustakaan. Kelihatan
sepasang merpati dua tak sejoli sedang berdating..hai..dalam library pun kau orang boleh go on. Mesti tebal punya kranium kau orang ni. Kakak perpustakaan ni bebuih keluar bubble dah mulut membebel.
Hai
sejak bila pulak aku ni suka menyibuk pasal orang?lantak lah. Kata
ustazah,amal makruf nahi mungkar. Biar la aku cegah dengan hati aje la.
Selemah-lemah iman. Asal cegah. Aku menuju ke rak yang tertera ‘BIOLOGY’. Ha,jumpa pun.
Aku membelek-belek reference book sambil kaki melangkah ke meja berdekatan dan tersorok dari pelajar lain. Nanti boleh kena heart attact aku sebab tak tahan dengan kenyaringan bunyi bising pelajar lain.
Bukk…ah,buku aku melayang sebab aku dah terlanggar kayu balak. Hai mata letak dekat patela ke mamat jual buku ni.
” Maaf ye,saya tak nampak,”katanya bersungguh-sungguh.
Aku tak ambil pusing kerana terlalu marah,aku ni memang alergik dengan lelaki. Huh!no man no cry.
Buku tadi aku kutip di atas lantai. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan
kepada mamat sewel tadi. Nampak gaya dia macam penjual buku,penjual buku
kut. Aku berbisik dalam hati. Not bad. Sempat lagi aku ni mengatal.
Hahaha…aku melangkah ke meja dan mula buat review
subjek biologi. Mamat tadi aku tengok berjalan keluar dengan muka
bersalah. Mungkin sebab dapat jelingan maut aku tadi. Padan muka. Asal
mata kau letak dekat patela?orang letak dekat soket mata dia letak dekat
petela. Huh!
……………………………………………
Pada keesokan pagi aku datang awal ke sekolah sebab kawan aku minta diajarkan subjek fizik bab 1 tingkatan lima,Wave,aku menampak ke kantin di mana kawanku sedang menunggu.
Awal
pagi kita orang tak dibenarkan berada dalam kelas ekoran daripada
aktiviti perhimpunan pagi. Jadi terpaksalah berkumpul di kantin dulu.
Kelihatan Yana,Ama dan Asma rancak berbual. Mesti pasal Korean’s arstist
punya ni.
“Damya
kau tau tak cikgu Khadijah dah bersalin la semalam anak lelaki. Jadi
hari ini aku dengar ada cikgu lelaki muda yang take place tugas cikgu
tu. Kau rasa handsome tak cikgu tu?”,soal Ama.
” Betul ke?ala tak best la cikgu Jah takde. Kau ni tak habis-habis dengan kromosom XXX kau tu,”kataku.
” Sedap kau ngata aku”balasnya sambil mengetap bibir. Geram...
” Betul apa aku kata?hehehe…mesti la handsome.”
“
Aku dengar lagi dia tu bakal student Aberdeen. Jurusan doktor. Dia anak
saudara cikgu Khadijah. Sebab tu la dia ganti cikgu sementara menunggu
keputusan universiti kat sana. Kalau bakal doktorsubjek biologi kacang
je kan?”cerita Ama dalam nada teruja.
Aku hanya mengangguk sambil otakku ligat menyelesaikan soalan matematik tambahan,Simultenous Equation.Minah ni kalau cikgu muda teruja la. Cuba bagi cikgu tua. Alamaknya buat peta dunia la dalam kelas nanti.
Kedengaran ketua pengawas mengumum agar semua pelajar berhimpun. Aku bangun mengemas dan beredar.
……………………………………………….
“Damya,boleh
tak kau tunjukkan jalan kira soalan ni?aku dah cuba tapi tetap tak
boleh. Kau tengok,dah nak terkoyak dah buku aku”,minta Jupa sambil mengadu. Kelihatan Raja di sebelahnya memegang kakulator. Mungkin dia pun pening juga tu. Telah ku.
“ Aku pun tak boleh nak selesai juga Damya. Aku rasa kau dah ajar aku la. Hai,kenapa la aku ni bengap sangat. Exam dah dekat. Huh!”,kata Raja pula. Dah agak dah.
“ Ala relax la bro..exam lambat lagi la. Ada masa lagi ni”,kataku seakan memujuk.
“
Kau tak pela otak geliga. Aku ni otak cam batu. Susah nak terima
ilmu”,kata Raja. Jupa mengangguk mengiakan. Hai aku paling tak suka
kalau orang cakap macam tu kat aku tak tau la kenapa.
“ Dah..dah. letak sini buku tu aku ajar”,aku cuba mengelakkan mereka dari berkata-kata.
Aku
menerangkan kepada mereka sehingga selesai sementara menunggu cikgu
baru hadir untuk subjek biologi. Disebabkan aku bercita-cita nak jadi
doktor. So mestilah aku suka biologi. Hehehehe…
“ Semua bangun!! Assalamualaikum, cikgu”,kata Farouk lantang selaku ketua kelas kami.
Cikgu
muda segak melangkah masuk. Tulang mendibel ku longgar. Mulut ku
terbuka. Terlopong memandang kearah cikgu muda tadi. Cikgu memandang
pelik kearah ku. Mungkin dia dapat mengecam aku.
“ Mamat buku!! “Kataku perlahan. Ama disebelah memandang pelik dan menyiku lenganku.
“
Hoi agak-agak la.. kan aku kata cikgu tu handsome kau kata aku ni
gatal…sekarang kau pulak yang terlebih kromosom X”,kata Ama seakan
berbisik di telingaku ketika kami duduk.
“Nanti aku cerita kat kau”,gugup aku menuturkan kepada Ama.
Mungkin
waktu tu muka aku macam ayam berak kapur…aku mengerling kearah cikgu.
Dia pun tengah memandang pelik kearah aku. Uwaaa…malunya aku.
Padan
muka sapa suruh garang macam singa betina. Nak kata datang bulan tak..
uwaaa…ya Allah tolong aku. Terpaksalah aku tebalkan muka minta maaf
dengan cikgu lepas kelas ni.
“Nama saya Mohd
Sufian Bin Ismail. Saya akan mengantikan cikgu Jah sementara dia cuti
bersalin. Saya juga merupakan anak saudara kepada cikgu Jah”,kata cikgu
sambil menalakan pandangan kearah aku.
Apasal
la cikgu ni tengok aku? Tau la aku dah bagi dia jelingan maut tapi
jangan la pandang aku macam gajah lapar. Hahaha…gajah? Hoi cikgu ni handsome apa, mana sama dengan gajah. Beza macam langit dengan kerak bumi la.
“ Cikgu betul ke cikgu ni bakal doktor dan student oversea?”, soal Aida kawan baikku. Kalau bab soal-menyoal macam wartawan tu bagi aje kat Aida. Dia memang berbakat.
“ Hmm…”,cikgu menjawab ringkas sambil mengangguk.
“ Cikgu, cikgu dah kahwin belum?”, soal Ckin pula. Hoi,tu bukan soalan biasa tu. Tak de dalam syllabus tingkatan lima apa lagi tingkatan empat. Memang soalan menjarat leher betul la. Kawan aku ni dahsyat juga ye.
Terlekat
air liur cikgu kat bronkus tu nak jawab soalan kau tu Ckin.
Hahaha…kelakar la kawan aku ni. Soalan Ckin mendapat sorakan daripada
pelajar lelaki. Mungkin mereka rasa kami dah melebihi batasan tembok
besar China kut.
“
Belum…”,jawab cikgu bersahaja. Wow…cool habis la cikgu ni. Soalan tu
mungkin melegakan ramai pelajar perempuan. Termasuk kawan aku yang kat
sebelah ni dari tadi lagi duduk perhati
cikgu tu. Walau bagaimanapun aku dah rasa lega sikit dan dah boleh
pandang cikgu dan senyum. Lepas ni kenalah minta maaf. Nanti tak berkat
ilmu aku. Haru..
“ Cikgu,cikgu dah ada girlfriend?”,haiya…kawan aku ni memang la. Melebihi paparazzi betul la.
“ Belum…”,jawab cikgu sama.
“Hoi,
Ckin kau ni dah lebih ni. Agak-agak la. Dah la cikgu jom la kita
mulakan pelajaran kita cikgu”,marah Farouk selaku ketua kelas yang
bertanggungjawab untuk mententeramkan keadaan dalam kelas yang sentiasa
bising tahap apa entah. Nama je kelas science stream. Harapan
sekolah,tapi otak dan perangai tak matang langsung. Atau mungkin dia
tidak selesa dan kesian pada cikgu yang terpaksa jawab soalan di luar
alam ni. Ckin menghadiahkan jelingan kepada Farouk dan Farouk pula
menjelir lidah.
Memang
macam ni la kawan-kawan aku ada-ada saja pekara yang hendak digaduhkan.
Kawan yang lain hanya tersenyum. Cikgu juga tersenyum.
Manisnya….terdetik dalam hatiku. Cikgu memulakan proses pembelajaran
dengan menyambung sukatan yang ditinggalkan oleh cikgu Jah. Cikgu Sufian
ni memang hebat la.
Mudah
je apa yang dia ajar tu masuk dalam kepala aku ni. Kawan aku yang lain
pun nampak bersemangat. Biasanya layu macam sel yang direndam dalam
larutan hipertonik lagaknya. Tapi hari ini pelik semacam. Macam sel yang
direndam dalam air suling adalah. Segah.
“
Okey la pelajar sampai di sini sahaja pelajaran kita pada hari ini.
Pastikan kerja yang cikgu bagi siap. Cikgu akan check besok ye. Tak siap
jaga kau orang”,kata cikgu sambil senyum pada penghujung kelas kami
pada hari ini.
“Baik cikgu!”,jawab kami serentak.
“Terima kasih cikgu..”.
“Terima kasih cikgu..”.
“Cikgu
tunggu sebentar cikgu..saya ada hal yang nak dikatakan pada
cikgu”,pintaku sambil mengejar cikgu yang ingin menuruni tangga selepas
habis kelas kami.
“Ye?”.
“Saya ingin memohon maaf pada cikgu pasal hari tu di library.
Saya ingat cikgu ni penjual buku sebab cikgu pakai baju biasa masa tu.
Saya mohon maaf banyak-banyak cikgu”, mohonku dengan muka sedih. Cikgu
memandang mukaku dengan serius. Takutnya…dia tak maafkan aku ke? Ya
Allah tolonglah hamba-Mu ini.
“Cikgu lagikan nabi ampunkan umat”,ai…beraninya aku. Cikgu ketawa. Handsomenya cikgu ketawa. Mukanya ada iras-iras pelakon korea. Apa namanya? Lee? Ya Lee Min Ho.Tapi pelik la aku cikgu ni. Nevermind,aku rasa lega sebab cikgu mungkin dah maafkan aku tu.
“Cikgu maafkan awak tapi ada syarat…”.
“Syarat?syarat apa cikgu?”.
“Awak mesti buat soalan subjektif biologi 1000 soalan dalam masa seminggu dan hantar pada saya. Boleh?”. Cikgu ukir senyum.
“Okey
cikgu… terima kasih cikgu. Saya pergi dulu”,aku minta diri cepat-cepat.
Tak betah aku berhadapan dengan cikgu ni. Berdebar-debar rasa jantung
aku ni.
Boleh kena tekanan darah tinggi ni sebab heart beats aku melebihi normal.120/80 mmHg. Ala…cikgu kacang je syarat cikgu tu. Aku tersenyum dalam hati. Bersyukur.
……………………………………………..
“Damya
kau kata nak terangkan pada aku sesuatu hari tu. Apahalnya?”, soal Ama
teruja ketika kami pulang dari sekolah menunggang basikal.
“Hal
apa yang kau orang bualkan. Bagitau la aku. Aku pun nak tau jugak.
Kedekut la kau ni”,celah Ckin menunggang dari belakang kami.
“Kau
ni sibuk la. Belum apa-apa dah kata kita kedekut. Si Damya ni pun belum
buka mulut lagi tau”,terang Ama sedikit berang dengan sikap Ckin yang
gelojoh.
“Dah!dah!
jangan gaduh meh sini aku cerita”,ujarku untuk meredakan suasana yang
boleh bawa masalah ditambahkan lagi cuaca yang sedia panas.Dah masuk
bulan enamkatakan. Matahari memang membakar kulit la.
Kata
cikgu pendedahan yang terlalu lama kepada bahang matahari boleh
menyebabkan kanser kulit atau nama saintifiknya Melanoma,keadaan ini
berlaku terutamanya kepada mereka yang berkulit putih. Mungkin
gen(Melamin) bagi warna kulit putih lebih sensitive terhadap cahaya
matahari. Ai…merapu je aku ni.
Tau
la ambil biologi dan bercita-cita nak jadi doktor macam cikgu Sufian.
Hah!cikgu Sufian. Hahaha…lupa nak bercerita pada kawan aku ni. Muka
mereka dah berkerut seribu mununggu aku membuka mulut. Aku pulak duk
merapu aje tau.
“Ceritanya
macam ni. Kelmarin aku ada pergi ke perpustakaan. Pastu, aku terlanggar
atau aku yang langgar cikgu pun aku tak pasti. Buku aku jatuh la. Nak
marah.aku pun tak endahkan kata maaf dari cikgu. Aku ingat cikgu tu
penjual buku kat sekolah kita. Jadi aku siap bagi jelingan tajam lagi
pada cikgu tau. Pastu baru aku tau dia tu cikgu baru kita. Tebal tau
muka aku nak mintak maaf dengan dia tu”.
“Oooo…patut la muka kau pelik semacam je aku tengok masa first time cikgu masuk kelas kita”,kata Ama.
”Aaa..sebab tu la”.
“Tapi cikgu tu handsome kan?”, soal Ckin.
“Ye betul la. Untung sapa yang jadi isteri dia. Dah la handsome. Bakal doktor. Dan bakal student oversea lak tu.. Waaa…untungnya kalau aku yang jadi isteri dia”, jawab Ckin. Minah sorang ni memang perasan je lebih.Hahaha…
“ Kau ni perasan la…”. Balas Ama sambil mencebik.
“ Kenapa?jealous?”.
“Takde masa” balas Ama dengan muka bengang.
“Hahahaha….gurau jela. Takkan la cikgu tu nak kat kita. Dah la kurang pandai”. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Ckin.
“Kau
orang nak tau. Cikgu suruh aku buat 1000 soalan biologi dalam masa
seminggu baru dia nak maafkan aku, pelik betul la cikgu tu nak maafkan
orang pun kena bersyarat” aku tidak puas hati dengan cara cikgu. Memang
betul-betul pelik. Kan?
“Ni kes dera ni”. Kata Ckin sambil senyum. Pasti nak kenakan aku tu.
“Ala…kau kan pandai kacang jela 1000 tu. Kenapa kau tak mintak 10000 je terus…hahaha”,bidas Ama.
“Hoi,kau nak suruh aku mati kebulur jawab soalan tu ke. Nanti bio kepala aku..hahahaha…” sambungku sambil ketawa mengekeh.
“Kau kan nak jadi doktor,kan?”,tanya Ama.
“Yela,tapi
tak la sampai begitu sekali. Aku pun nak study subjek lain jugak. Apa
la lue ni gue ketuk baru tau”,sudah keluar loghat minah Indon aku ni.
Heheh…
“Yela,yela…putri Hang Li Po…hahaha…”.
“Okey..dayang-dayang ku. Jom kita berangkat sekarang”.
“Hoi!aku bukan dayang kau laa….”,teriak Ama dan Ckin sambil mengejar aku yang sudah mendahului mereka. Kami katawa gembira.
…………………………………………………………..
Genap seminggu,aku pun hantar tugasan yang cikgu bagi dekat aku. Eh..eh..bukan tugasan la tapi
denda. Tapi okey apa cikgu bagi denda macam tu. Boleh la aku kukuhkan
fakta-fakta biologi tu dalam otak aku ni. Aku melangkah ke dalam makmal
dan bergerak ke meja cikgu Sufian.
“ Assalamualaikum….”,aku memberi salam sambil menjenggah ke dalam makmal.
“
Nah,cikgu tugasan yang cikgu suruh saya siapkan tu. Saya harap dengan
siapnya tugasan ni cikgu maafkan saya ye cikgu?”,kata ku seakan mendesak
tetapi lembut.
“ Letak dekat sini”, arah cikgu sambil memuncungkan mulutnya kearah hujung meja.
“Terima kasih cikgu,saya minta diri dulu”.
“
Sekejap,sekejap..kalau ada kesalahan pada jawapan awak. Awak mesti
membuat pembetulan semula. Boleh ?” cikgu menjongket keningnya.
“Hah?
Em…boleh cikgu”,ujarku tesekat-sekat kerana terkejut. Nak tak nak
terpaksa aku terima. Cikgu ni gaya nak dera aku saja. Betul la kata Ckin
tu. Tapi terima sajalah. Lagipun untuk kebaikan aku juga.
“Hmm…awak ni nama apa ye? Cikgu tak tahu pun nama awak”, ujar cikgu ketika aku baru saja hendak melangkah keluar.
“Nama saya Aina Damya. Cikgu boleh panggil saya Damya. Kawan saya semua panggil Damya”.
“Cantik
nama awak. Macam tuan dia”,kata-kata cikgu menyebabkan mukaku merah
macam ketam rebus lagaknya. Apa la cikgu buat lawak Maharaja Lawak apa?
Aku tersengih menayangkan lesung pipit di sebelah pipi kiri. Sengih saja
aku tahu. Nak cover malu la….
“Okey lah awak boleh pergi sekarang”.
“Baik cikgu. Saya minta diri dulu”.
Aku
keluar dari makmal menuju kekantin kerana perutku sudah berkeroncong
kerana jus Gaster telah dirembeskan oleh kalenjar Gaster pada dinding
perutku. Menurut kajian sainstifik itu menandakan kita telah
lapar dan perut perlu diisi. Kalau tak,penyakit yang dinamai Gasterik
menanti. Nahas.. Dalam perjalanan ke kantin ada seseorang menyapa.
“Hai
Damya kau nak ke mana tu?”, soal Sam. Kawan sekelasku yang poyo dan
suka termenung ketika cikgu mengajar. Tapi dia baik. Dia tak pernah
berkira dengan kami semua dalam semua pekara.
Dan
aku menganggapnya sebagai abang aku sebab dia kelihatan lebih matang
dan suka bagi aku nasihat. Sam mempunyai raut wajah yang boleh
dikatogerikan tampan. Tubuhnya tegap. Dia berjalan menghampiri aku.
“Aku nak ke kantin. Kenapa?”.
“Tolong
belikan aku kuih ketayap boleh?”,pintanya sambil menghulurkan sekeping
not sepuluh ringgit. Banyaknya mamat ni bawa duit. Aku menyambut.
“Okey”.
“Kau beli la apa kau suka sebagai upah”.
“Eh!tak apa la aku ikhlas ni tolong”.
“Suka hatilah. Kau dari mana?”.
“Em…aku
dari makmal jumpa cikgu Sufian. Ada hal sikit dengan dia. Hehehe…”,aku
berkata gugup sambil ketawa. Sam memandangku pelik. Ni mesti dia ingat
aku nak mengurat cikgu ni. Apa-apa sajalah. Aku mula melangkah ke kantin
tanpa menghiraukan pandangan Sam.
“Damya,
kau hati-hati sikit jangan rapat sangat dengan cikgu tu. Nanti susah
hidup kau”,kata Sam. Aku berhenti melangkah dan memandangnya dengan
wajah berkerut.
“Kenapa?”, soalku pantas ingin tahu. Pelik juga aku dengan mamat ni. Apasal dia warning aku macam tu ye?
“Takde..aku tengok cikgu tu ramai peminat. Aku takut ramai yang salah anggap dan berdendam dengan kau. Yela..cikgukan handsome”,tuturnya
serius. Setelah itu dia terus beredar meninggalkan aku yang
terpinga-pinga memandangnya dengan wajah yang terdapat seribu tanda
tanya. Pelik la mamat ni. Lantaklah,waktu rehat dah nak habis ni. Aku
lapar…
……………………………………………………………….
“Damya,saya
nak jumpa awak semasa waktu balik sekejap lagi. Saya tunggu di makmal
ye”,kata cikgu ketika melalui mejaku melangkah ke pintu kelas kami,5
Ibnu Sina.
“Baik cikgu”.
“Damya,jealous la aku dengan kau”,luah Anis jujur setelah bayangan cikgu hilang dari pandangan.
“Apa yang kau merepek ni Anis?”,soalku betul-betul hairan dengan pengakuan kawanku itu.
“Yela…cikgu tu selalu je bagi perhatian kat engkau dalam kelas. Pastu selalu je minta kau jumpa dia”.
“Ya
Allah,apa kau merepek ni takde apa-apalah. Aku tengok cikgu layan kita
sama ajelah. Takde beza pun. Dia minta aku jumpa dia tu pasal dia nak
aku buat pembetulan soalan yang aku salah. Kau ni ada-ada sajalah”.
Ada-ada saja si Anis ni. Berdebar juga aku tadi ingat apa. Rupa-rupanya
cemburu. Cemburu celik.
“Tapi
aku tengok cikgu tu selalu je tengok kau masa dalam kelas.
Terutamanya,masa kau sedang asyik menulis bagai tak ingat dunia tu. Aku
rasa dia syok kat kau la..”,beritahu Anis sambil tersenyum-senyum.
Hah,mula la tu dia nak buat kesimpulan yang tak berasas. Nak bagi aku
perasan la tu kerja dia. Betul ke cikgu suka tenung aku?tak perasan pula
aku. Aku tengok biasa saja. Mujurlah kawan-kawanku yang lain ke tandas.
Kalau tak habis tersebar virus si Anis ni.
“Apaper sajalah..kau
tu bab mengarut memang tahap Maharajalah. Dahlah..dahlah..pergi ke
tempat kau tu. Aku nak study sikit ni”,dalihku untuk menghalang Anis
dari bercakap benda yang bukan-bukan. Dengar dek kawan aku yang lain.
Memang tempah maut la. Anis dah buat muka.
“Aku
cakap kau tak nak percaya. Kau,apa-apa jadi antara kau dengan cikgu tu.
Alamaknya makan nasi minyak la aku..hahahaha”,ujar Anis sambil bangun
bergerak ke tempat duduknya. Aku mengetap bibir. Sebatang pen aku capai
dan baling kearahnya. Anis mengelak dan ketawa sambil menjelir lidah.
Budak
ni memang nak kena. Bisikku geram. Tak apalah sabar itu separuh
daripada iman. Lagipun dia tu budak tak cukup hormon tumbesaran. Tak
matang. Hatiku memujuk. Hahahaha…kan dah kena.
“Kau
ni macam orang tak cukup hormon la Anis terjelir-jelir. Nanti Allah SWT
kerat lidah kau baru tau langit tu tinggi ke rendah”,bebel Zaim
yang kebetulan melihat perlakuan Anis yang tak senonoh tu. Padan muka.
Zaim memang pantang jika ada orang yang cuba mengusik aku. Sama ada
lelaki atau perempuan.
Dia
akan mempertahankan aku. Aku ada juga dengar kawanku beritahu yang Zaim
ni syok kat aku. Aku pun tak tahu di mana kebenaran cerita ni. Hanya
Allah SWT yang Maha Mengetahui.
…………………………………………………..
Pertemuan
aku dengan cikgu dah lebih dari sepuluh kali. Aku menjadi semakin rapat
dengannya berbanding dulu. Tapi aku rasa macam nak pitam,ada saja
kesalahan aku yang cikgu nampak. Aku rasa aku dah buat yang terbaik
sebab aku ada tengok buku rujukan masa buat semua soalan tu.
Dah
la soalan subjektif kalau soalan objektif tu tak apa la juga. Soalan
subjektif ni jawapannya mestilah lain sikit dengan skema. Takkan nak
sama sebijik-sebijik. Otak aku ni bukan otak skema. Runggutku tidak puas
hati ketika melangkah keluar dari makmal. Suara cikgu yang tidak puas
hati dengan jawapan yang aku bagi masih terngia-ngia lagi di telinggaku.
“Apa ni Damya?awak cakap aerobic respiration
tu hanya berlaku di mitokondria?jawapan ni tak lengkap. Cakap la dia ni
menggunakan oksigen. Berapa ATP yang dihasilkan dan bila dia berlaku
dalam badan kita ke”,terang cikgu tidak puas hati. Aku mengerutkan
kening memandang cikgu. Mulutku pula terlopong. Pelik.
“Cikgu,kan
soalan tu satu markah saja. Rugi la kalau kita bagi huraian lebih.
Membazir masa aje cikgu. Lagipun cikgu Jah bagitau kalau markah sedikit
jawapan dia pendek”. Kataku membela diri daripada terpaksa membuat
pembetulan pada soalan tersebut.
Bukan aku tak nak buat. Tapi aku ada banyak lagi subjek yang hendak diulangkaji. Kalau begini gayanya memang fail la aku subjek lain. Tapi sabar sajalah.
“Memanglah
begitu..tapi ini langkah berjaga-jaga. Maunya jawapan yang awak bagi tu
salah,awak masih ada harapan lagi dapat markah jika jawapan awak ada
dua atau lebih. Begitulah maksud saya,faham?”,terang cikgu lagi. Ada
saja alasan yang memang logik akal dia bagi. Aku buat muka sedih.
Alamaknya aku terpaksalah jumpa cikgu lagi selepas ni. Uwaa…
“Baiklah cikgu”,jawabku hambar sambil mataku merenung lantai. Sedih. Aku dahlah banyak lagi subjek yang hendak ditengok. Trial dah around the corner. Aku rasa cikgu sengaja cipta alasan nak suruh aku datang jumpa dia. Hek eleh perasan saja lebih kau ni.
“Kenapa
muka awak sedih saja?tak suka?atau awak dah jemu buat soalan ni?”,soal
cikgu bertubi-tubi. Mungkin cikgu dapat mengesan riak sedih pada muka
aku. Tau takpe. Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.
Sejak bila aku pandai berpantun ni. Setahu aku,aku ni memang lemah la subjek Bahasa Melayu. Lemah tu tidak ada la fail. Tapi boleh la setakat A-. Orang dah tak kejar la A- ke A solid ke,tapi orang kejar A+. sebab sekarang ni ramai dah student dapat straight As. Jadi mereka jadikan gred A sebagai ukuran untuk menentukan kepandaian pelajar-pelajar sekarang.
“Tak
ada la cikgu saya biasa saja. Suka lagi ada”,jawabku bohong. Lain yang
ada dalam kepala lain pula yang keluar dari mulut aku ni. Memang cakap
tak serupa bikin betullah.
“Okey, ada apa-apa soalan yang awak musykil?.
“Tak ada
cikgu”. Kalau ada pun saya tak akan tanya sebab lepas ni saya kena
jumpa cikgu lagi. Makan masa tau nak datang jumpa cikgu. Baik aku tengok
reference book,lagi senang.Dah la aku nak jumpa cikgu kimia lagi,fizik lagi.
Haaa…beginilah
hidup student aliran sains. Tu belum jadi doktor lagi tu. Lagipun aku
boleh kena serangan jantung kalau jumpa cikgu selalu. Jantung ni seperti
baru habis marathon kat lebuh raya saja lagaknya kalau berdepan dengan cikgu. Kenapa tidak,cikgu ni terlebih handsome la.
Boleh
gila bayang aku. Hahahaha…dengan alis mata yang terukir cantik.
Bibirnya kemerah-merahan,hidung yang sederhana mancung, mata yang
sedikit sepet dan kulit yang putih. Aduh!apa yang aku buat ni?sempat
lagi aku meneliti wajah cikgu.
“Kenapa
awak tenung saya macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka saya ni?”, soalnya
sambil meraba-raba mukanya. Aku ketawa melihat pelakuannya yang sedikit
lucu tu.
“Tak ada la cikgu”.
“Habis tu awak tenung saya macam tu,kenapa?”,soalnya tidak puas hati.
“Erk…tak
ada apa la cikgu. Mana ada. Eh,saya minta diri dulu la cikgu”, jawabku
tersekat-sekat. Kan dan kantoi. Ambik kau. Cikgu merenungku dan
tersenyum. Mungkin dia perasan yang aku menyembunyikan sesuatu.
Selepas
itu cikgu mengangguk. Aku bergerak untuk beredar ke kelas dengan
langkah yang laju kerana waktu rehat hampir habis. Ketika aku tiba di
pintu makmal cikgu memanggilku lembut.
“Damya…”. Aku berpaling.
“Ada apa cikgu?”,soalku pelik dengan dahi yang berkerut.
“Em…tak
ada apa-apa la”. Cikgu tersenyum manis. Eh, cikgu ni gaya macam nak
goda aku sajalah. Aku kerutkan muka. Tak faham. Cikgu menumpukan
perhatian kepada buku di hadapannya. Aku melangkah keluar. Aku masuk ke
dalam kelas dan kelihatan cikgu Zakiah sudah berada di dalam kelas.
Maknanya aku dah terlewat.
Serba
salah aku jadinya dengan cikgu. Aku bagi salam dan duduk di tempat
dudukku. Aku sempat memandang Zaim yang kebetulan tempat duduknya bersebelahan dengan tempat duduk aku dan meja kami berjarak. Dia sedang memandang aku pelik.
“Kenapa?”,soalku perlahan inginkan kepastian.
“Kau dari mana?”,soalnya pula. Aish..aku yang tanya dia. Dia tanya aku balik.
“Makmal”,jawabku ringkas. Malas. Cikgu Zakiah dah menjeling kearah kami.
“Jumpa
cikgu Sufian?. Angguk. Zaim mengeluh dan mukanya bertukar masam. Riak
wajahnya berubah secara mendadak. Kenapa ya?soalku dalam hati. Malas nak
layan aku tumpukan perhatian kepada cikgu dihadapan yang sedang
membincangkan tajuk Carbon Compounds, kimia.
………………………………………………………………………
Pertemuan
yang kerap antara kami menyebabkan hubungan aku dengan cikgu Sufian
menjadi semakin rapat dan aku mulai senang dengannya.Keakraban aku
dengan cikgu menimbulkan perasaan cemburu pelajar-pelajar lain. Ramai
yang mencebik dan menjeling kepadaku jika terserempak dengan aku
berjalan bersama cikgu Sufian. Mereka mestilah cemburu kerana aku rapat
dengan cikgu muda dan kacak pula tu.
Cikgu
ada beritahu umurnya baru 19 tahun. Dia baru habis kursus persediaan
kedoktoran ke Aberdeen dan sekarang dia menunggu keputusan universiti
dari sana. Kebetulan dia cuti,cikgu Jah menawarkan dia menggantikan
tempat cikgu. Pengetua sekolah ini mesti setuju, cikgu Sufian kan bakal
doktor.Kadang-kadang cikgu suka buat lawak. Dan lawaknya mampu mencetus
tawaku. Tak tahu pula yang cikgu ni suka melawak. Bakal doctor pun suka melawak juga ye?
“Cikgu
kalau saya bagi jawapan macam ni okey tak?”,soalku sambil mengangkat
muka dari kertas soalan Biologi pertengahan tahun negeri
Kelantan,memandang kearah muka cikgu. Aku terkesima, Aku lihat cikgu
memandangku serius. Aku dapat rasakan perasaan lain yang meresap ke
segenap urat sarafku. Macam terkena kejutan elektrik. Mata kami saling
bertatapan untuk seketika.
Aku merasakan kelainan dalam renungannya. Aku melarikan pandangan mataku. Secara involuntary,
aku bangkit dari bangku yang aku duduk berhadapan dengan bangku cikgu
tadi dan mengemas semua buku-bukuku. Cikgu hanya memerhatikan tindakan
ku tanpa sebarang kata. Aku melangkah keluar dari makmal secepat
mungkin. Langkah kakiku aku panjangkan supaya aku dapat memboloskan diri
dari keadaan yang pelik ini. Apabila aku berada di luar makmal aku
dengar cikgu memanggil aku dari belakang.
“DAMYA!!”.
Langkah kaki ku semakin laju. Panggilan cikgu tidak aku hiraukan kerana
aku perlu bersendirian untuk mententeramkan hati aku yang bergetar
hebat ni. Aku juga ingin lari biar lesap terus dari pandangan cikgu. Aku
tidak tahu mengapa, aku malu untuk memandang muka cikgu. Tanpa aku
sedari cikgu sudah berada di hadapan aku. Langkah kaki ku dapat dia
saingi. Lelaki kan cepat. So nowonder lah,kan? Cikgu cuba memeggang bahuku. Aku mengelak.
“Cikgu,
apa ni”,soalku berang tidak tertahan lagi. Memang pantang keturunan aku
lelaki yang bukan muhrim pegang aku. Walaupun dia tu cikgu aku. Tapi
kami masih lagi asing dan dianggap ajnabi. Dan haram dalam Islam
bersentuhan. Boleh batal air sembahyang kerana kami sah kahwin. Memang
semenjak melangkah ke tingkatan empat. Aku mula menitikberatkan
nilai-nilai Islam dalam hidup aku.
“Saya
mintak maaf sebab tenung awak macam tu tadi. Tapi tak ada apa-apa yang
jadikan? Awak jangan salah faham. Awak buat macam biasa ye. Saya mintak
awak jangan salah faham aje, okey?”,kata-katacikgu lebih kepada
arahan,dia menekan batang hidungnya dengan kedua-dua ibu jari dan
telunjuk. Mungkin ingin mengurangkan pening kepala kali. Aku mengangguk
tanda faham. Walaupun aku tidak puas hati dengan penerangan cikgu kenapa
dia merenung aku begitu.
Tapi
aku sendiri tidak faham kenapa aku rasa berdebar sangat bila cikgu
tenung aku begitu tadi. Macam ada sesuatu yang cikgu ingin beritahu.
Tapi aku tidak tahu apa. Cikgu Sufian menjarakkan tubuhnya dari aku
apabila kelihatan kelibat cikgu Rozita menuruni anak tangga kearah
makmal membimbit briefcase. Fuh! Selamat aku dari keadaan yang menyesakkan ini.
“Assalamualaikum,cikgu”.
Aku bagi salam kepada cikgu Rozita yang lebih mesra dipanggil cikgu Ta.
Cikgu Ta mengangguk dan senyum kepadaku.
“Tanya
cikgu Sufian soalan biologi ke? Hmm..baguslah nanti dapat skor
biologi,kan?”, tanya cikgu mesra seraya menepuk bahuku. Cikgu Ta sangat
mesra dan kelakar, Dalam kelas tak kering gusi aku ketawakannya yang
suka melawak. Aku memang sayang gila dengan cikgu ni. Dia ni sebaya mak
aku, dalam 50-an. Aku mengangguk mengiakan kata-kata cikgu yang memang
tepat.
“Ya cikgu kita orang ada buat discussion
tentang soalan pertengahan tahun Kelantan”, jawab cikgu Sufian menerang
lebih lanjut. Cikgu Ta mesti faham kenapa aku seorang saja yang
berjumpa dengan cikgu Sufian. Aku kan pelajar harapan sekolah.
Hmm…sempat lagi perasan. Kutukku. Bukan, aku hanya ingin menyampaikan
cerita yang nyata benar saja.
“Oh
ya,cikgu Sufian pengetua cari awak tadi. Ada benda yang nak dia
bincangkan dengan awak”, kata cikgu Ta kepada cikgu Sufian pula. Aku
mula nak beredar sebab tidak wajar rasanya aku mendengar perbualan
mereka yang tiada kaitan dengan aku. Inilah masanya aku nak larikan diri
dari cikgu.
“Pasal apa
ye cikgu?penting ke?”,soal cikgu Sufian bertubi-tubi tidak sabar.
Gelojoh betul. Hehehe..aku ketawa di dalam hati. Ketika aku ingin
beredar kedengaran cikgu Ta bersuara.
“Saya
dengar pengetua dapat surat pertandingan mengarang esei biologi bagi
pelajar menengah atas dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Mungkin
awak jadi guru yang mengendalikan pertandingan ni kut. Tak pun awak yang
jadi tutor budak ni nak karang esei”,terang cikgu Ta secara terperinci.
“Tapi kenapa saya?sayakan cikgu ganti saja?”. Kedengaran cikgu Sufian menyoal tidak puas hati.
“Awakkan bakal doktor dan student oversea.
Mesti banyak ilmu yang nak dikongsi dengan budak-budak ni”. Cikgu Ta
memberi jawapan yang menasabah. Cikgu Sufian mengangguk. Dia memanjat
tangga ke pejabat sambil memandang kearahku. Aku larikan pandangan ke
hadapan dan cikgu Ta masuk ke dalam makmal fizik. Aku berjalan ke kelas
yang terletak di blok C tingkat tiga,sambil mencerna maklumat yang
disampaikan oleh cikgu Ta sebentar tadi.
Pertandingan mengarang esei biologi?mesti best
ni. Sedapnya kalau pengetua pilih aku wakil sekolah,kan?anganku tanpa
sedar mengukir senyum segaris di bibir. Ketika aku ingin memanjat tangga
ke kelas aku terserempak dengan Zaim. Terkejut aku dibuatnya. Zaim
merenungku tenang.
“Kau
dari mana?jumpa cikgu Sufian ke?”,tekanya tepat. Aku memandangnya
pelik. Aku mengangguk. Mukanya tiba-tiba bertukar keruh apabila aku
memberi jawapan sedemikian.
“Kau
ada apa-apa ke dengan cikgu Sufian tu?aku tengok kau rapat semacam aje
dengan dia. Kau syok kat dia ke?”, soalnya sinis.Mukanya serius.
Mendidih darah aku mendengar tuduhannya yang tidak berasas itu.
Sabar…sabar.. sabarkan separuh daripada iman. Dahlah aku baru saja
berhadapan dengan cikgu tadi. Ni mamat pelik ni pula.
“Apa kau merepek ni Zaim?aku tanya soalan dengan cikgu tu tak boleh ke?”, jawabku membela diri.
“Tanya soalan apa kalau tiap-tiap hari jumpa. Takkan tak faham-faham lagi kut. Kau kan budak pandai”.
“Apa
yang kau nak cakap sebenarnya ni?” soalku tegas dan keras, aku dah tak
boleh tahan apabila dituduh bukan-bukan. Mamat ni pula cakap bukan main
berbelit-belit. Pergaduhan mungkin berlaku antara kami kalau dia terus
menuduh aku bukan-bukan. Memang pantang aku kalau ada yang tidak puas
hati dengan aku.Memang semenjak dua menjak ni dia nampak tidak puas hati
dengan aku.
Dia
ni cakap dengan aku pun tidak sekarang ni. Tak macam dulu lagi. Kalau
ada apa-apa masalah dalam pelajaran pun dia dah tak tanya aku. Pandang
aku pun tak nak. Apa kesalahan yang aku dah lakukan pun aku tak tahu.
Tapi hari ini aku nak tahu. Memandangkan hanya kami berdua saja ada
dekat tangga ni. Jadi aku nak ambil peluang ni untuk tanya dia apa
masalah dia dengan aku sehingga melayan aku begitu sekali.
“Aku
perasan kau dah lain dengan aku sejak kebelakangan ini. Apa kesalahan
yang aku dah buat pun aku tak tahu. Boleh tak kau terus terang dengan
aku? aku penat la hidup macam ni. Kalau ada orang yang tidak puas hati
dengan aku”, kataku jujur dari hati yang serabut dengan layanan kawanku
yang seorang ni.
“Kau sanggup ke dengar?”,soalnya tetap sinis. Aku sabarkan hati yang dah mula bengkak ni.
“Sanggup,
cerita la”,kataku cuba berlembut agar dia meluahkan segala masalah dia
dengan aku. Dia memandang aku tenang masih seperti tadi dan dia menarik
nafas dalam. Matanya dia halakan kearah lain sebelum memulakan bicara.
Dia kembali memandang aku dan memulakan bicara.
“Aku
tak selesa la kat sini jom kita duduk dekat pondok sana tu”,suspen
betul la ingat nak mula dah. Hmm..aku mengangguk setuju dan bergerak ke
pondok yang sedikit terlindung dengan pokok bunga kertas yang tumbuh
meliar disekeliling tiang dan atap pondok. Cantik.
Bunga
kertas yang berwarna-warni terjuntai kebawah dan hampir menyentuh
kepala aku ketika aku melangkah duduk di atas bangku simen yang
bertentangan dengan Zaim. Aku rasa tidak ada apa yang sumbang dan buruk
akan berlaku kalau aku duduk bertentangan begini. Aku pun sempat lari
kalau dia nak apa-apakan aku. Karut betul la aku ni. Takkan la dia nak
apa-apakan aku. Kita orang dah berkawan sejak dari tingkatan satu lagi.
Aku memandangnya agar dia memulakan bicara. Dia tetap memandang aku tenang dan membuka mulut untuk memulakan bicara.
“Sebenarnya
Damya aku…aku..”, tersekat-sekat suaranya. Dia menarik nafas sekali
lagi sebelum memulakan bicara yang seterusnya. Aku menjongketkan kening.
Isyarat agar dia menyambung kata-katanya. Memandangkan waktu rehat
tinggal 20 minit saja lagi.
“Sebenarnya
aku dah lama sukakan kau. Sejak kita tingkatan satu lagi. Masa tu kau
datang nak daftarkan diri dekat sekolah ni dengan mak kau. Kau nampak
comel sangat. Sejak aku mula-mula tengok kau lagi aku dah berkenan dekat
kau. Wajah kau nampak tulus dan naif. Perasaan aku dekat kau tu semakin
menebal apabila kita semakin rapat dan kau selalu ajar aku bila aku tak
faham apa yang cikgu ajar.
Kau
juga tak macam perempuan lain,kau baik. Apabila kau rapat dengan cikgu
muda tu hati aku sakit sama seperti bila budak dalam lelaki kelas kita
cuba nak dekat dengan kau. Aku cemburu. Kau tahu tak. Aku cemburu kau
dengan cikgu tu. Dan aku tengok cikgu tu jugak sukakan kau. Lagilah
pedih hati aku ni. Damya boleh tak kau terima aku?”. pengakuan Zaim
menyentak hatiku.
Tidak
ku sangka selama ini dia menyimpan perasaan kepada aku. Patut la kalau
ada saja budak lelaki yang mengusik aku dia akan naik marah tak tentu
pasal. Otak ku kembali mengingati waktu dulu yang mana aku mula-mula
datang ke sekolah ini untuk mendaftarkan diri.
Ya.
Aku masih ingat masa aku sedang mendaftarkan diri. Ada seorang budak
lelaki yang kacak dan berkulit sawa matang sedang merenungku ralit.
Namun aku tidak mempedulikannya kerana pada waktu itu emakku ingin cepat
pulang ke rumah untuk menyambut tetamu yang akan datang untuk merisik
kakak sulung ku.
Baru
aku tahu, itu Zaim rupanya. Ya, Zaim memang seorang lelaki yang kacak.
Setahu aku ramai junior kita orang dari tingkatan satu,dua,tiga dan
empat mengirim surat cinta kepadanya. Aku pun pernah dapat surat untuk
dikirimkan kepadanya dari junior kami, Siti tingkatan Empat Ibnu
Khaldun. Apabila aku memberikan surat itu kepada Zaim. Mukanya masam dan
dia melemparkan surat itu kedalam bangkul sampah. Aku malas nak
bertanya dan biarkan saja tindakannya. Aku tersedar dari lamunan kisah
dulu dan kembali memandangnya untuk mencari kebenaran.
“Betul ke Zaim apa yang aku dengar ni?”,soalku inginkan kepastian. Aku takut aku bermimpi aje.
Dia
mengangguk,”Betul Damya,aku suka kau. Boleh tak kau terima
aku?”,soalnya sambil merenungku tajam. Mungkin ingin melihat reaksi aku.
Aku cuba berlagak tenang.
“Aku
tidak boleh terima kau. Sebab tiada sedikit pun perasaan aku pada kau.
Aku hanya anggap kau sebagai seorang kawan. Tak lebih dari tu”,jawabku
jujur agar dia memahami situasi yang sebenar dan melupakan perasaan dia
pada aku. Memang aku anggap dia sebagai kawan aje. Tak lebih dari itu.
Mukanya kelihatan kecewa.
“Adakah disebabkan cikgu tu”,soalnya tidak puas hati sambil meraup mukanya untuk merawat kecewa.
“Tidak sama sekali”. Apa kena mengena dengan cikgu pula. Tiada kaitan langsung. Hatiku memberontak.
“Tak
ada sedikit pun perasaan kau pada aku?”. Hai, mamat ni tak faham bahasa
ke? Aku mula panas hati dengan mamat ni. Orang kata, tak. Tak la.
“Tidak sama sekali”. Tegas nada suaraku. Loceng berbunyi. Rehat sudah habis.
“Okeylah
aku masuk dulu. Nanti lewat pula”. Aku berlagak macam biasa. Seperti
tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Aku melangkah ke kelas. Dari
ekoran mataku. Wajah Zaim jelas kelihatan kecewa. Kenapa tidak cintanya
ditolak mentah-mentah oleh ku. Maafkan aku Zaim. Aku tak boleh terima
kau. Walau kau baik dengan aku. Bisik hatiku.
Zaim
masuk ke dalam kelas dua minit selepas aku masuk. Mukanya sedih. Kecewa
barangkali. Aku tetap berlagak macam biasa. Ramai yang bertanya tentang
perubahan mode Zaim. Tapi aku hanya menjongketkan bahu. Buat-buat tidak tahu.
……………………………………………………………………………………………
Pulang
dari sekolah aku melangkah ke dalam bilik dan membersihkan diri.
Selepas itu, aku menolong emak di dapur yang sedang memasak laut
kegemaran ayahku, ikan Talapia masak tiga rasa. Kami sekeluarga makan
dengan selera. Sesudah makan, aku masuk ke dalam bilik untuk
mengulangkaji pelajaran.
Sedang leka membuat persamaan kimia. Handphone berdering lagu ‘Sha La La’ lagu tema drama Full House. Ada nombor yang tidak aku kenali tertera di skrin telefon. Dahi ku berkerut. Siapa ya? Aku menekan butang answer.
“Hello,Assalamualaikum..Aina Damya ke?”,soal pemanggil di sana. Kedengaran suara lelaki. Lelaki sesat dari planet mana pulak call aku tengah study ni.
“Hello, waalaikummusalam. Ya saya. Boleh saya tahu siapa tu?”, soalku sopan.
“Ni
cikgu Sufian”. Hampir terlepas telefon bimbit dari tanganku mendengar
nama lelaki itu. Sejak dari peristiwa itu aku dah jarang berjumpa
dengannya. Dalam perkiraan aku ada dalam tiga hari dah kami tidak
bertemu. Kebetulan masa biologi tiada dalam jadual tiga hari
berturut-turut.
“Ya ada apa cikgu?”, aku bertanya tenang. Dalam hati aku hanya Allah SWT yang tahu betapa berdebarnya aku.
“Saya
nak bagi tahu yang pengetua pilih awak sebagai wakil sekolah kita untuk
pertandingan mengarang esei biologi peringkat sekolah. Awak nak tak?
Kalau awak tak nak saya boleh pilih orang lain”,jelas cikgu Sufian tanpa
berlenggah lagi. Aku mengangguk.
“Eh,
mestilah saya nak cikgu”,jawabku pantas tanpa memikirkan bahawa selepas
ini aku mungkin akan berhadapan dengan dia lagi. Tapi disebabkan
terlalu teruja aku tidak sempat memikirkan semua itu.
“Okey
kalau awak dah setuju esok kita mulakan. Kita kena siapkan secepat
mungkin sebab tarikh tutupnya tidak lama lagi. Dan kita kena submit secepat mungkin. Lusa pengetua dah nak tengok.Okey?”.
“Baik cikgu”,sahutku bersemangat.
Aku memikirkan sesuatu.”Tapi cikgu,esokkan cuti?”,tanyaku hairan.
“Saya akan jemput awak esok dan kita akan buat kertas kerja tu kat luar. Boleh?”.
Hah!
Maksudnya aku. cikgu. Keluar bersama. Oh! Tidak. Boleh ke aku
berhadapan dengan cikgu? Selepas apa yang berlaku pada aku dan dia hari
tu.
“Ee..cikgu
mestilah cakap dengan mak saya dulu. Saya takut dia tidak benarkan”. Ya
,mak aku memang susah nak bagi anak dia sorang ni keluar rumah. Kecuali
hal penting sahaja. Anak emak katakan.
“Emak awak kata mana sekarang ni?”.
“Ada kat dapur”.
“Bagi telefon ni kat mak awak. Saya nak cakap”.
“Ya
cikgu sebentar ye”. Aku bergegas ke dapur mendapatkan emak ku.
Kelihatan emakku sibuk menyediakan air untuk ayah yang baru pulang dari
berkebun di belakang rumah.
“Emak,cikgu
Damya nak cakap”. Aku berbisik pelahan di telinga emak. Emak memandang
aku pelik. Aku menunjukkan telefon di tangan. Dia segera faham. Aku
menghulurkan telefon kepada emak. Emak segera menyambut. Aku segera
beredar ke meja makan dan memerhati emakku yang sedang berbual. Setelah
lima minit bersembang. Emakku menghulurkan telefon kepadaku.telefon aku
lekapkan di telinga.
“Hello”.
“Okey,
esok saya jemput awak pukul 10.00 pagi ye. Assalamualaikum..”. Aku
mematikan talian dan bergerak ke bilik untuk menyambung kerjaku yang
tergendala sebentar tadi.
………………………………………………………………………
Keesoakan
paginya aku bersiap biasa-biasa saja. Aku mengenakan baju kurung
berwarna coklat dan tudung bercorak berwarna coklat juga. Tepat pukul
sepuluh pagi. Cikgu datang menjemputku. Setelah cikgu bersalam dengan
ayahku yang kebetulan ada di rumah. Kami beredar.
Ketika
di dalam kereta aku hanya mematungkan diri. Berasa janggal pula aku
rasa berdua-duaan dengan cikgu dalam kereta begini. Sebelum ini aku
tidak pernah berdua-duaan begini dengan mana-mana lelaki. Tambahan lagi
selepas kejadian tempoh hari. Aku menalakan pandangan keluar tingkap.
Kelihatan gerai makan berderet-deret di sepanjang tasik Titiwangsa.
Cikgu Sufian membawa aku ke taman Botani rupanya. Mungkin keadaan di
sini yang tenang dan mampu mencetus idea untuk kami mengarang.
Cikgu
memberhentikan keretanya di hadapan tasik. Aku keluar dari kereta
sejurus kereta diberhentikan sambil membawa beg galasku yang mengandungi
buku rujukan biologi dan alat tulis. Semua kelengkapan telah aku
sediakan.
“Jom
kita duduk di bangku sana tu. Jom!”, pelawa cikgu sambil tersenyum
manis. Aku melarikan pandangan aku dari bertembung dengan cikgu. Aku
takut hati aku terpaut padanya. Mata aku halakan kearah tasik buatan
manusia itu. Cantik,tenang dan mendamaikan.
Dalam
diam aku memuji kebesaran Allah SWT, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.
‘Wahai tuhan kami, tidaklah sia-sia Engkau jadikan semua ini. Maha Suci
Engkau dan peliharalah kami daripada azab neraka’. Hatiku merintih
mengagumi kebesaran Allah SWT.
“Kenapa
awak termenung tu?jom la duduk”. Ajak cikgu ramah. Mungkin pelik lihat
aku yang termenung. Aku senyum dan bergerak kearah bangku.
“Esei yang akan kita buat ni dia berkisar tentang environment,pasal
tu la saya bawa awak ke mari. Nah ni dia surat yang JPN hantar. Awak
baca elok-elok arahan dia dan apa yang dia nak”. Cikgu menghulurkan
beberapa keping kertas berbentuk A4. Aku sambut dan baca dengan teliti.
Aku mengangguk tanda faham dengan kehendak soalan yang dibagi.
“Jom
kita mula”, kataku bersemangat. Cikgu memandang aku dan tersenyum
melihat gelagatku. Kami memulakan perbincangan sehingga selesai tugasan
kami. Angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menenangkan hati dan
fikiran kami. Senang saja idea datang dalam kepala kami dan tugasan tu
kami dapat siapkan dalam masa yang singkat sahaja. Alhamdulillah..
“Okey,karangan
ni cikgu akan taip semula dengan computer dan kita akan hantarkan
kepada pengetua besok. Okey?”,cikgu berkata sambil mengangkat ibu jari.
Aku pun turut berbuat demikian dan tersenyum puas hati.
“Jom,
saya belanja awak makan”. Aku memandangnya dan mengangguk. Kami makan
di gerai yang berdekatan dengan penuh selera. Selepas menjamu kami
pulang tepat pada pukul dua belas tengah hari. Kami tiba di rumah aku
pada pukul dua belas tengah hari. Putrajaya dengan Cheras Jaya hanya
mengambil masa setengah jam.
“Terima kasih cikgu kerana bawa saya jalan-jalan hari ini”. Ucapku sebelum keluar dari kereta.
“Cikgu
tak nak singgah?”. Soalku lagi. Aku harap cikgu tak nak. Jantung aku
dah berdegup kencang dari tadi lagi berhadapan dengan cikgu.
“Tidak,
saya dah lewat ni. Lain kali sajalah ye. Kirim salam kepada mak dan
ayah awak. Terima kasih pada awak juga kerana sudi keluar dengan saya”.
Angguk.
…………………………………………………………………
Esei
yang aku usaha bersama cikgu telah lama dihantar dan sekarang aku
sedang menghintung hari untuk menghadapi OTI2 sebelum menghadapi
peperiksaa percubaan yang akan diadakan pada awal bulan sepuluh. Aku
sedang leka melukis gambar rajah soalan matematik, pelan dan donggakkan.
Ckin datang kepada aku.
“Kau buat apa tu?”, tanya Ckin sambil menjenguk kepalannya.
“Matematik”.
“Sibuk ye kau”. Angguk.
“Kau
sibuk sampai cikgu Sufian tu dah pergi pun kau tak tahu,kan?”. Apa
cikgu dah pergi? Otakku berputar memikirkan sesuatu. Ya dah genap dua
bulan berlalu. Sekejap saja masa berlalu. Dah genap dua bulan. Maknanya
cikgu Jah dah habis cuti bersalin. Dan cikgu Sufian tiada lagi di sini.
Tanpa sedar mata ku berasa panas. Aku tidak tahu mengapa, aku sedih
keadaan ini berlaku di mana aku tidak akan berjumpa dengan cikgu lagi.
Aku memandang Ckin,“Cikgu pergi bila? Aku tak tahu pun?”. Tanyaku bersungguh-sungguh.
“Cikgu
pergi kelmarin lagi. Dan aku dengar ada cikgu bagi tahu yang sekarang
ni dia dah ada kat kampung dia dah. Kelmarin lagi dia pergi. Kan tugas
dia dah selesai dan cikgu Jah dah datang pun sekolah. Tu aku tengok ada
dekat bilik guru”. Ckin menerangkan satu-persatu. Kenapa cikgu tak bagi
tahu aku yang dia dah nak balik kampung dan tidak berjumpa aku dulu?
“Kenapa
aku tidak tahu langsung?”. Soalan yang diutarakan olehku itu seakan
dituju kepada diriku sendiri. Aku berasa sedih. Kenapa cikgu pergi
begitu sahaja tanpa sebarang kata dan ucapan selamat tinggal. Aku pelik
memikirkan pekara itu.
“Kau nak tahu macam mana. Kau tu asyik sibuk dengan buku. Tahu la nak exam
tapi hal sekeliling kita pun kau kena tahu jugak. Ni tak. Macam katak
di bawah tempurung”. Bebel Ckin. Sempat lagi dia mengutuk aku. Dah la
aku sedih ni. Dia siap kutuk aku lagi dasar kawan aku sorang ni nak
makan penampar aku rasanya. Huh!
………………………………………………
Kisah
aku dengan cikgu aku biarkan begitu sahaja. Malas nak layan.
Kawan-kawan ada yang merungut dan rindukan cikgu Sufian aku buat bodoh
saja. Lebih baik aku tumpukan perhatian pada pelajaran trial dah tak lama lagi.
Dalam aku duduk menumpukan pada study. Otak aku sempat memikirkan tentang cikgu. Mesti sekarang ni cikgu dah ada kat oversea. Sebab sekarang ni dah masuk pertengahan bulan Sembilan. Rindu aku hanya tuhan saja yang tahu. Betullah pepatah English yang berbunyi, you willthe miss water when the well comes dry.
Pagi
tadi pengetua panggil aku ke pejabat. Bedebar juga aku mula-mula. Ingat
apalah yang ingin disampaikan oleh pengetua.Rupa-rupanya pengetua ingin
memberikan aku hadiah mengarang esei biologi yang aku dan cikgu
hasilkan. Yeah!kami menang tempat pertama. Mestilah kami menang cikgukan
bakal doctor. Nothing is imposible. Hahaha. Aku ketawa gembira.
Alhamdulillah.. bestkan
kalau cikgu ada dekat sini dia mesti gembira. Hadiah yang kami dapat
berupa cek yang tertera jumlah dua ribu ringgit padanya dan berserta
sijil yang tertulis namaku. Aku tersenyum puas dengan hasil kerjaku yang
mendapat pengikhtirafan.
“Sebelum
dia pergi cikgu Pian ada pesan yang kalau kau orang menang dia suruh
cikgu bagi semua hadiah tu pada kamu”, beritahu pengetua semasa aku
berada di hadapannya di atas kerusi. Aku mengangguk dan tersenyum.
“Terima
kasih cikgu”. Ketika aku berkira-kira untuk keluar dari bilik pengetua,
dia memanggil aku dan menghulurkan sepucuk surat. Aku ambil dan
memandang pelik kepadanya.
“Dari
cikgu Pian”. Seolah-olah dia tahu apa yang bermain di dalam fikiran
aku. Aku keluar dan bergerak ke pondok yang berdekatan sebelum pulang ke
rumah. Surat itu aku buka perlahan-lahan. Ada debaran yang wujud di
dadaku. Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini. Doaku. Lipatan surat aku buka
dan isinya aku baca pelahan-lahan agar segala maksudnya dapat aku
fahami dengan jelas.
Kepada; Aina Damya
Assalamualaikum..pertama
sekali saya nak mintak maaf sebab tak sempat nak berjumpa dengan awak
kerana awak terlalu sibuk dengan exam jadi cikgu tak nak ganggu. Harap
Damya sihat. Belajar rajin-rajin.Saya tunggu awak dekat Aberdeen. Jumpa
di Aberdeen ye.
Cikgu Sufian.
Panas
dan berair mataku membaca surat cikgu. Namun, tangisku aku tahan.
Cabaran dari cikgu akan aku sahut. Kita jumpa di Aberdeen. Ya, aku akan
ke Aberdeen. Insya-Allah. Aku akan buat yang terbaik untuk peperiksaan
spm aku.
…………………………………………………………
Hari
yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Aku melangkah dengan yakin
dan air mataku hampir tumpah apabila namaku diumumkan sebagai pelajar
yang berjaya mendapat straight As
dalam peperiksaan spm 2011. Aku meneruskan langkah ke hadapan pentas
untuk mengambil slip peperiksaan ku. Pelajar lain menepuk tangan.
Ramai
pelajar yang mengucapkan tahniah kepadaku. Cikgu juga. Aku juga tidak
lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang selama
ini membanting tulang mengajarku sehinga aku berjaya seperti sekarang.
Sebagai habuan. Aku mendapat wang sejumlah lima ribu ringgit dari pihak
sekolah.
Aku
bersyukur dan tersenyum gembira. Aku menyambut kegembiraan ini
bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Aku menanti ucapan tahniah dari
orang istimewa bagi ku. Namun aku tahu itu tidak akan berlaku kerana dia
berada jauh nun di sana.
“Tahniah Damya”. Terkejut aku disapa oleh suara yang garau itu. Aku berpaling dan lihat Zaim tersenyum kearahku.
“Terima
kasih. Tahniah juga kepada engkau sebab kau jadi pelajar kedua terbaik
sekolah kita”. Zaim Berjaya mendapat 10A1B. Okey la tu kan.
“Lepas ni kau nak pergi mana?”,soal Zaim sambil tersenyum.
“Aberdeen”.
kataku yakin tanpa mempedulikan perasaan Zaim. Aku yakin Zaim pasti
dapat mengagak yang aku ingin pergi dekat cikgu Sufian.Ya, aku nak ke
Aberdeen. Selepas ini aku akan berjumpa dengan cikgu Aida selaku
kaunselor sekolah kami untuk membincangkan tentang permohonan yang perlu
aku lakukan untuk melanjutkan pelajaran keluar Negara.
Kawan-kawanku
datang kepada aku dan kami saling berpeluk-pelukan. Maklumlah, dah
empat bulan tak berjumpa dan berkumpul macam ni. Kami saling bertanya
khabar dan berbincang tentang ke mana hala tuju kami selepas ini. Rindu
pula rasanya nak belajar dalam bilik darjah yang kecil dan kami saling
bergurau senda.
Lepas
itu mengulangkaji bersama-sama serta menunjuk ajar rakan-rakan yang
lain. Hmm…rindunya rasa waktu dulu. Selepas ini,kami mungkin tidak akan
berjumpa lagi. Sebaik sahaja mengambil keputusan ini. Kami akan membuat
permohonan ke universiti yang berbeza-beza atau mungkin sama.
Kalau
boleh aku rasa macam nak putar semula masa dulu, Aku bersama-sama
rakanku. Rasa indah belaka jika dikenangkan semula walaupun waktu itu
marah teramat sangat. Orang yang paling aku rindu adalah cikgu Sufian.
Banyak kenangan yang terukir antara kami berdua. Hubungan aku dengannya
rapat berbanding aku dan guru-guru yang lain. Walaupun,aku baru
mengenalinya. Rindu. Itulah perkataan yang aku dapat gambarkan
perasaanku terhadap cikgu Sufian.
…………………………………………………
Mataku
melilau melihat keindahan bumi Aberdeen ni. Jauh berbeza dengan
Malaysia. Yalah, Malaysiakan iklim khatulistiwa. Mana nak sama kucing
dengan anjing. Bertuah pula aku rasa dapat menjejakkan kaki di bumi
Aberdeen. Alhamdulillah…aku tidak melupakan pada yang Maha kuasa lagi
bijaksana.
Akhirnya,
dapat juga aku menghirup udara di sini setelah tiga tahun menjalani
kursus persediaan di tanah air. Ya Allah SWT,terima kasih sebab hantar
aku kesini. Setelah menjejakkan kaki di sini aku telah menanam azam baru
untuk belajar bersungguh-sungguh dan membawa balik segulung ijazah
kedoktoran di sini.
Aku menarik beg pakaian aku turun daripada bas dan menuju ke university
kami. Baju sejuk yang aku pakai aku tarik ke bawah untuk mengurangkan
rasa sejuk yang mencengkam kulit. Tudungku aku baiki apabila aku rasa
letak tudungku tidak betul. Aku meraup muka dan menarik nafas
dalam-dalam untuk mengusir kegesaran di dada.
“Apa yang kau duk termenung lagi. Come, nothing to be worried. Just
buat macam kau tengah duduk dekat Malaysia sekarang ni” sapa kawanku,
Amira yang datang bersamaku. Dia menarik begnya merapatiku. Kebimbangan
di wajahku dapat dikesan olehnya.
“No, bukan macam tu aku just
takut tak dapat nak sesuaikan diri di sini. Tu ajelah” aku senyum
padanya. Tangannya yang bersarung tangan aku genggam dan menariknya
menuju ke asrama menjadi tempat kami menghuni.
Aberdeen memang betul-betul sejuk. Aku yang berdarah orang asia ni mudah saja diserang selsema. Aku duduk di university
yang sama dengan cikgu Sufian. Namun sudah seminggu aku menjadi
penghuni uni ini tapi batang hidungnya masih tidak nampak. Mungkin dia
ingin menjauhkan diri dari aku. tapi bukankah dia kata dia akan tunggu
aku dekat Aberdeen? Surat yang dia bagi masih lagi ada dalam simpananku.
Tisu dalam jaketku aku tarik. Hidungku yang dah mula berair aku kesat sambil mataku terarah pada buku anatomysetebal
6 cm. Sedang aku ralit membaca di atas bangku di bawah pokok oat di
hadapan asramaku. Tiba-tiba aku terdengar gesekan kaki seseorang
menghampiri. Aku tidak mempedulikannya. Mungkin kawan-kawanku yang
lalu-lalang untuk cari tempat yang strategic untuk belajar, untuk mengubah citarasa kerana bosan asyik study dalam bilik saja.
Beginilah gaya seorang bakal doctor
belajar bagai nak rak. Kedengaran geseran tapak kaki itu semakin dekat
denganku. Aku mendongakkan kepalaku melihat gerangan yang berada di sisi
aku. Muka,aku angkat dari buku ke atas. Mulutku terlopong. Terkejut.
Sama seperti pertama kali kehadirannya ke kelas aku masa aku di
tingkatan lima.
Wajahnya
tidak banyak berubah. Masih sama macam dulu. Kacak. Baju tebal yang
dipakainya menyebabkan dia kelihatan sedikit berisi. Dia mengukir senyum
kepadaku. Namun aku tidak tahu reaksi bagaimanakah yang wajar aku
pamirkan kepadanya. Jantungku mula berdegup kencang masih sama seperti
dulu juga. Sewaktu bertentang mata dengannya. Ya Allah kuasa apakah yang
digunakan olehnya sehingga membuatkan aku begini.
“Assalamualaukum”dia
memulakan bicara. bergetar jantungku saat dia menuturkan kata-kata yang
pertama setelah hampir empat tahun aku memendam rindu. Hampir kolam
mataku pecah kerana terlalu rindu dan gembira.
“Waalaikummusalam”jawabku
dengan suara yang bergetar dan ditahan-tahan. Aku rasa ingin saja
mengambil dia berada dalam dakapanku bagi melampiaskan rindu yang
membuak-buak macam lava gunung berapi. Agama dan imanku menghalang
perbuatan yang melampaui batas antara ajnabi itu.
“How was study?dah
boleh sesuaikan diri?”cikgu Sufian bertanya sambil duduk di atas banku
kayu di sebelahku. Semakin berdebar jantungku apabila kami duduk
sebelah-menyebelah.
“Alhamdulillah,so far so good. Cikgu?”soalku pula.
“Alhamdulillah”dia menjawab ringkas.
“Sekarang
Damya dah tidak boleh panggil saya cikgu lagi. Sebab saya bukan cikgu
Damya lagi. Panggil saya Pian aje. Kitakan sama-sama student.
Saya senior,awak junior saya. Faham?”aku angguk. Rasa berat mulut ini
ingin berkata-kata. Mungkin terlalu gembira kut. Yelah,pernantian aku
selama ini akhirnya tiba juga.
“Dah lama rasanya saya tidak bertemu awak”.
“Ya dah hampir empat tahun”aku menyambung tenang.
“Dan
selama empat tahun itulah saya memendam rasa dan perasaan saya”kata
cikgu Sufian. Eh,eh..ops..Pian la. Rasa janggal pula aku amemanggil dia
begitu.Kata-kata Pian itu kedengaran janggal di pendengaranku.
Eh,eh..aku salah dengar ke?aku tak korek telinga ke?
“Pada
hari ini saya akan berterus terang dengan awak. Saya dah tak mampu lagi
nak simpan perasaan saya ni’Pian berhenti sebentar sebelum menyambung
kata. Dia menarik nafas dalam.
“Saya
sukakan awak Damya. Sudi tak awak kahwin dengan saya. Dah lama saya
tunggu saat ini. Tolonglah terima cinta saya”katanya sambil memandang
tepat ke dalam mataku. Ingin mencari jawapan kali. Lama aku
terdiam,terkejut. Tapi jauh di dasar hati aku terbit hidupku bahagia.
Rasa macam di syurga lagaknya apabila seseorang yang kita cinta dalam
masa yang sama mencintai kita. Baru aku tahu inilah rasanya bercinta.
Aku
membalas renungannya. Lama kemudian aku tersenyum dan mengangguk
setuju. Di bawah pokok oat dan di atas bumi Aberdeen dia melamarku. Ya
Allah betapa gembiranya aku. inilah jua saat yang aku mimpikan di mana
aku dilamar dengan penuh romantis oleh puteraku yang jatuh dari
kayangan.
Heheh..akhirnya
aku mengikat hubungan kami dengan tali perkahwinan sebulan selepas dia
melamarku.. Sekarang aku bukan lagi gadis sunting tapi dah jadi seorang
isteri,ibu dan doctor yang
berkhidmat di tanah air setelah hampir enam tahun menuntut di negara
asing.Menjawat jawatan isteri dan pelajar semasa menetap di Aberdeen
tidaklah sesusah mana dengan bantuan suamiku. Alhamdulillah..sebuah
klinik juga telah aku dirikan yang menawarkan rawatan percuma kepada
penduduk kampung yang tidak berkemampuan dengan kerjasama suamiku.
Begitulah kisah aku dan cikguku merangkap suamiku yang biasa-biasa saja.
~TAMAT~
<3 jangan lupa komen ye…..
Tq kpd SAMZ07 bg idea
Aku nak ulas sikit karya aku yang agak kebodohan dan yang tidak ada manfaat ni (aku rasa la).
Apa-apa pun kita sebagai wanita perlu menjaga ikhtilat atau hubungan dengan jantina yang berlainan atau lebih spesifik lagi kaum adam. Bagi aku tindakan yang perlu Damya ambil bila cikgu menyuruhnya ke makmal atau ingin bertanya soalan dengan cikgu yang muda,handsome dan ala-ala korea (kononnya la),dia perlu mengajak kawan-kawan perempuannya yang lain sebagai peneman.
Jadi tak ada la timbul fitnah atau perasaan luar alam sikit bila bertemu. Kan?
Sebab bila ada lelaki dan perempuan bersama-sama akan ada syaitan nirrajim sebagai penaman.
Karya ini juga tidak mengambarkan diri aku yang sekarang. Kalau dulu ye la kut. Mentah lagi katakan. Apa orang cakap? tak matang. Ha betul tu.
Bagi aku cinta yang agung adalah pada Pencipta kita. Siapa?
Allah...
P/s: Maaf kepada yang saya menggunakan dan watak mereka yang sebenar harap-harap halal la ye bulan puasa ni. Wink...Wink... >.<
_ms_lolita_
Aku nak ulas sikit karya aku yang agak kebodohan dan yang tidak ada manfaat ni (aku rasa la).
Apa-apa pun kita sebagai wanita perlu menjaga ikhtilat atau hubungan dengan jantina yang berlainan atau lebih spesifik lagi kaum adam. Bagi aku tindakan yang perlu Damya ambil bila cikgu menyuruhnya ke makmal atau ingin bertanya soalan dengan cikgu yang muda,handsome dan ala-ala korea (kononnya la),dia perlu mengajak kawan-kawan perempuannya yang lain sebagai peneman.
Jadi tak ada la timbul fitnah atau perasaan luar alam sikit bila bertemu. Kan?
Sebab bila ada lelaki dan perempuan bersama-sama akan ada syaitan nirrajim sebagai penaman.
Karya ini juga tidak mengambarkan diri aku yang sekarang. Kalau dulu ye la kut. Mentah lagi katakan. Apa orang cakap? tak matang. Ha betul tu.
Bagi aku cinta yang agung adalah pada Pencipta kita. Siapa?
Allah...
P/s: Maaf kepada yang saya menggunakan dan watak mereka yang sebenar harap-harap halal la ye bulan puasa ni. Wink...Wink... >.<