Saturday 7 June 2014

Sehelai kain putih





Milah memasukkan gula-gula susu cap lembu berbalut kertas perlahan-lahan ke dalam poket baju sekolahnya sambil matanya melilau-lilau untuk memastikan aksinya tidak dapat dikesan oleh mak Lemah. Kakinya dijinjitkan ketika melangkah keluar dari kedai mak Lemah ala-ala kucing Tom ingin mengintip Jerry dalam cerita kartun TOM and JERRY.

Dia ketawa gembira kerana berjaya meyeludup gula-gula susu dari kedai mak Lemah dengan jayanya. Dia berjalan ke sekolah sambil menguyah gula-gula itu. Masa tu umurnya sudah 16 tahun tapi gaya macam budak-budak mencuri gula-gula susu berharga seposen dua biji. 

Tapi apa dia kisah. Dia berasa puas bila dapat mencuri dan makan gula-gula free. Malah, mencuri menjadi tabiatnya yang wajib dilakukannya apabila ke kedai.
Bila dia meningkat dewasa dan berkahwin tabiat tu telah lama ditinggalkannya tanpa bertaubat dan perasaan menyesal. Dia meninggalkan tabiat itu pun kerana perasaan malu akan suami dan anak-anaknya.

Nak dijadikan cerita. Suatu hari Milah sedang memasak makanan tengahhari di dapur menjelang tengahhari. Rumahnya sunyi dan hanya kedengaran bunyi cicak-man yang sedang melekat pada dinding kerana kesemua anak-anaknya bersekolah.
Tiba-tiba konsentrasi Milah diganggu oleh bunyi orang memberi salam di muka pintu dapurnya. Tanpa menyarungkan tudung Milah bergegas kearah suara tersebut.

“Assalamualaikum mak cik. Mak cik apa khabar?”.

Lelaki dalam lingkungan 20-an cuba berbasa-basi sebelum menerangkan tujuan sebenar kedatangannya bersama seorang kanak-kanak berumur 10 tahun.

“Eh, encik ni siapa? Kenapa Alisya pulang bersama encik?”.

“Sebenarnya  mak cik saya ni cikgu Alisya. Saya datang ke mari sebab nak hantar Alisya ni mak cik dan ada pekara sikit yang saya nak bincangkan dengan mak cik’.

“Oh, cikgu Alisya. Naik la dulu cikgu. Kita cakap di dalam”.

“Sebenarnya mak cik Alisya ni ditangkap oleh cikgu kerana dia didapati mencuri pemadam altromen di koperasi sekolah. Kami,cikgu-cikgu bukan apa mak cik. Kami tak nak tabiat ni ditiru anak-anak yang lain dan menular. Setakat pemadam altromen yang harga seposen satu tu kami tak kisah sangat tapi kami kisah akhlaq dan tabiat anak-anak. Saya harap mak cik dapat menasihati anak mak cik ni”.

Milah menjeling anaknya dengan hujung mata memberi isyarat ‘kau jaga kau’. Alisya ketakutan dan menundukkan kepala macam kura-kura masuk dalam cengkerangnya. Haha. Haish… sempat lagi berlawak dalam situasi yang tegang ni?

Cikgu muda itu perasan isyarat mata yang dihantar oleh Milah kepada anaknya dan meminta diri untuk pulang.

Sebaik saja kelibat cikgu itu hilang. Milah terus mencapai penyakut baju dan melibaskannya ke punggung Alisya dan memaki-maki anaknya yang baru berumur 10 tahun itu yang menagihkan didikan yang lemah-lembut dan berhikmah.

Alisya menangis.

Tangisan Alisya didengari oleh neneknya yang kebetulan lalu di hadapan rumah mereka.

“Apa kau ni Milah? Nak bunuh anak ke?”.

Tengking nenek Siah menyeringai sambil tangannya memeluk Alisya.

“Hah ni la mak manjakan sangat budak-budak ni sampai dah berani mencuri di sekolah. Tadi sampai cikgu dia datang cakap si Alisya ni mencuri di sekolah”.

“Ooo…tahu pun kau nak marah pada anak-anak kau ni kalau mereka mencuri. Habis kau tak ingat dulu yang kau ditangkap oleh mak Lemah sebab kau tu pun 2 kali 5 je asyik mencuri saja kerja kau di kedai dia dulu. Apa kau ingat mak tak tahu?”.

Milah terdiam. Fikirannya berputar menayangkan kisah silam ala-ala dia sewaktu kecil. Lama selepas itu barulah dia tersedar apa yang dia lakukan selama ini dilakukan oleh anaknya pula. Baru dia tahu macam mana perasaan emaknya dulu ketika dia ditangkap mencuri di kedai mak Lemah. Bezanya emaknya tidak merotan dan marah seperti dia marah dan merotan Alisya sekarang. Emaknya menasihatnya dengan cara baik tapi dia je yang buat dunno. 

Dia memandang Alisya dalam dakapan neneknya dan dia memandang penyakut baju ditangannya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan lama bermuhasabah diri. 

Baru dia sedar sikap anak-anak dia sekarang mengikut acuan perangai dia dulu.

_Ms_Lolita_

“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya”.(An-Najm:39)






No comments:

Post a Comment