Wednesday 25 June 2014

Hidayah? Apa tu nama orang ke?


Ramadhan Kareem

Iya. Ia boleh jadi nama orang jika mak bapak dia yang bagi nama tu dekat anak-anak dia.
Tapi yang pasti hidayah ni adalah perkataan bahasa arab yang membawa erti petunjuk dan cahaya.

Ok nak cite pasal aktiviti aku hari ni sikit. Hari ni kelas sebelah petang je ada. Pagi takde. So, of course and jangan lupa alhamdulillah sebab dapat qailullah sekejap (qailullah la sangattt...qailullah=take a nap). Pergi kelas macam biasa tapi yang specialnya hari ni aku dah ada payung. Yang mana mampu melindungi kulit aku ni dari sinaran UV. Ngee...ngee...takut kanser kulit la weyh!!!

Wekk...termuntah darah.

Okey...okey...Back to main point.
Ramadhan hampir tiba lebih kurang tiga hari lagi. Berharap dan berdoa pada Mu ya Allah moga kami diberi peluang untuk menjadi tetamu ramadhan untuk kali ini. Amin. Moga-moga kita akan menjadi tetamu ramadhan pada tahun ini. Amin sekali lagi.

Ramadhannn... I miss you.

Heh.

Okey, pada ramadhan yang bakal datang ni kita kena rancang betul-betul apa yang kita nak buat agar ramadhan ni kita tidak melakukan pekara yang sia-sia. First, buat check list. Contoh nak khatam quran berapa kali. Nak sedekah berapa kali. Nak buat tarawih berapa rakaat. Dan yang paling penting betulkan target sniper kita nak 'shoot' malam lailatul qadar. Cehh...cehh...cehh...

" 'Shoot' lailatul qadar tu macamana cik kak?".

Hah. Yang ni jangan salah faham. Mentang-mentang ada hadis mengatakan lailatul qadar tu pada malam-malam ganjil. Kau orang qiam waktu tu je kan. Sebaiknya atau se'afdhal'nya kita qiam tiap-tiap malam pada bulan ramadhan tu dan bermunajat kepada Allah bersungguh-sungguh ibaratkan ramadhan ni adalah ramadhan terakhir untuk kita.

Sapu.Mata masuk habuk.

Okey. Kalau aku. Insyaallah aku target nak khatam quran dengan makna-maknanya sekali sebab walaupun aku banyak kali khatam quran sorang-sorang tanpa berguru tapi aku tak pernah khatam makna quran walaupun umur dah senja.

Ambil kepala masuk dalam guni. Tak pon timbus dalam pasiq.

Maluu...

I'm honest person okey.

Malu dengan hadek-hadek yang hafiz dan hafizah. Okey 'better late than never'. Alasan kuno. Tapi, okey hapa? Tak pa asalkan kita sedar dan tahu kelemahan kita.

 Pada sepertiga malam pada bulan ramadhan yang berkat. Mintalah apa-apa yang anda mahu selagi mana benda itu tidak bertentangan dengan syariat. Nak dapat 5A UPSR? Minta. Nak 4FLAT? Minta. Nak rumah baru? Minta. Nak kawin? Minta. Eh. Muda lagi la~~.

Tapi apa yang paling penting mintalah pada Allah agar kita diberi hidayah oleh-Nya. Bukan hidayah kepada kita ja. Hidayah kepada ibubapa,keluarga,kawan dan orang-orang yang kita sayang. Mintalah dengan bersungguh-sungguh. Mana kita tahu dengan keberkatan bulan ramadhan Allah memakbulkan doa-doa kita. Amin.

Selingan. Terbatuk amin sebab selalu sebut nama dia. Haha. Okey tak lawak.

Sambung.

Allah itu bersifat pemalu. Allah tersangatla malu bilamana hamba-hambaNya meminta tapi dibiarkan tangan hambaNya kosong. Oleh itu saya mengistiharkan. Sama-sama la kita guna peluang ramadhan ini untuk meminta hidayah dari Allah dengan bersungguh-sungguh.

Insyaallah.

Allahumma balighna fi ramadhan.

Amin ya Rabb.

-missLolita-


No comments:

Post a Comment