Sunday 12 October 2014

Diari Seorang Dentist (Prep n Tech)

Hampir sebulan aku hidup sebagai pelajar peringkat ijazah. Dah nak habis satu blok dah. Aku rasa aku malas giler nak study blok ni. Rasa macam banyak memain.

Mana taknya. Tak sampai sebulan masuk degree dah kena handle props. Batch kita orang kena buat performance untuk senior. Aku pulak kena incharge bahagian preparation and technical. So, memang kerja aku la buat props untuk persembahan tu.

Aku ingat kerja prep and tech ni sempoi je. Ala buat props. Sekali. Sakit pinggang-pinggang dan otak aku kena handle benda tu. Mana taknya. Lepas buat props aku jugak yang kena handle susunan atur keluar masuk props sepanjang performance tu. First time rehersal memang berapi la aku dengan budak-budak lelaki batch aku yang tak berapa nak bagi komitmen. Keluar taring-taring aku yang tersorok selama ni. Habis aku kerjakan mereka macam anak-anak sedara aku.

Terkejut jugak mereka. Sebelum ni aku bawa image low profile dan pendiam. Sekali keluar suara sebenar aku masa bagi arahan. Dengan muka yang garang. Sebijik macam aku arah anak-anak sedara aku suruh masuk dalam rumah. Salah aku jugak yang tak pandai control perasaan. Kelemahan aku, aku tak pandai nak cakap baik-baik dengan lelaki. Sebab pertama aku malu nak berhadapan dengan mereka. Nak cover perasaan malu tu, aku buat muka dan suara garang. Aku sebenarnya tak garang pun. Banyak lagi kena belajar cara-cara nak berkomunikasi ni. 

Lepas rehearsal yang pertama. Senior datang bagi komen. Memang down giler masa tu. Yang paling pedas kena kritik adalah props. Sedih aku. Dah la aku handle benda ni. Mana tak sedihnya. Aku emo depan tu. Tak boleh nak bendung langsung perasaan masa tu. Aku terus menangis. Nasib abang senior tu tak perasan.

Aku sedih jugak. Props yang banyak kena komen. Dan bila abang tu tanya kenapa props macam tak berseri sangat ada brothers batch kita orang yang salahkan sisters yang tak mintak pun bantuan dia orang. Aduih, memang kita orang saja yang salah. Kalau tak silap aku bila aku tanya pasal props taka da pulak yang nak respon. Boleh pulak dia orang salahkan budak prep and tech yang tak minta tolong dari dia orang. Part tu memang aku terasa hati dan sedih.
Tak kan mereka tak nampak sisters terbongkok-bongkok siapkan props. Tak ada common sense kah dia orang?

Selepas ditegur props yang tak berapa nak berseri tu. Lepas tu terus aku dan Kak Ain dan dua lagi brothers bahagian prep and tech keluar ke bandar untuk cari props yang diperlukan berbekalkan duit yang diperuntukkan untuk performance tu.

Buat pertama kali aku keluar dengan brothers naik kereta macam tu. Memang aku tak selesa lagi-lagi brothers tu aku tak kenal sangat. Kami lalui hari-hari selepas tu dengan latihan pada setiap hari selepas waktu kelas. Sepanjang seminggu kami berlatih dan membuat persiapan. Aku sibuk dengan props.

Semasa hari kejadian. Aku berdebar giler. Takut kalau-kalau dia orang tersalah masa susun atur keluar masuk props semasa performance. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Malah kami mendapat pujian dari Deputy Dean kuliah kami dan kami jugak diminta untuk buat persembahan tersebut sekali lagi semasa  International Conference yang akan datang sebabnya persembahan kami yang terbaik antara batch-batch yang lepas.

Aku terkilan sedikit dengan ahli batch aku. Aku rasa aku yang paling letih handle props dan keluar untuk beli props. Sebab props la yang paling berat kerja dia aku rasa. Tapi tak ada pun antara mereka yang ucap terima kasih dekat prep and tech. Aku terkilan. Aku tak harapkan pujian tapi cukuplah mereka menghargai kita. Mungkin mereka tidak perasaan kesalahan mereka. Aku mohon Allah tabahkan hati aku.


Ada masa lagi aku akan update lagi kisah-kisah dan perjalanan hidup aku yang Allah pinjamkan ni semoga ia menjadi ikhtibar bagi yang membaca dan muhasabah bagi aku yang menulis. Nanti ada masa insyaallah aku update pasal aktiviti aku sebagai PIC dekat booth Aqsa Syarif minggu depan.  

Ms_Lolita

No comments:

Post a Comment