Sunday 31 August 2014

Hujan

Kami bersiap awal untuk ke stesen bas. Abangku tiba di rumah kira-kira pukul 8.30 malam. Memang menjadi kebiasaan keluarga kami untuk bersiap awal. Kami takut ketinggalan bas.

Kami menunggu didalan kereta. Setelah setengah jam menunggu bas masih juga belum kelihatan. Kami dah mula merunggut. Tidak lama selepas itu,hujan turun dengan lebat. Kami sekeluarga berbual-bual dalam kereta berkisar topik keluarga dan tanah yang mak aku nak jual.

Kami menentang keras idea mak aku nak jual tanahnya yang kami huni sekarang. Tanah itu agak strategik kerana berhadapan dengan jalan besar dan berdekatan dengan bandar dan juga sekolah.

Memang tanah ini menjadi rebutan. Apatah lagi mak aku nak jual dengan harga yang agak murah aku kira. Kami adik-beradik semua tidak setuju. Mak aku nampak gayanya akur dengan keputusan kami.

Bukan saja anak-anak yang menentang. Malah ayah aku pun tak bagi mak aku jual tanah ini. Tanah dimana aku membesar dan mencipta kenangan waktu kecil. Ah, sunggub aku sayang tempat ini. Disini aku dilahirkan. Mana mungkin aku akan membiarkan tanah ini jatuh pada tangan orang lain.

Semasa kami berbual-bual, hujan turun dengan lebat. Hati aku sedikit gusar kerana ia meyukarkan kami untuk bergerak dari kereta ke dalam bas dengan membawa beg yang besar dan banyak. Aku berfikir. Alangkah indah andai ibuku punya kenderaan sendiri. Mesti aku dia akan hantar sendiri ke Kuantan. Tak perlu bersusah payah naik bas.

Hati aku juga berkata, andai aku punya keluarga kelak. Aku aka hantar anak-anak aku sendiri tanpa perlu naik bas. Aku juga bersyukur kerana dianugerahkan abang dan ibu yang sanggup membantu aku.

Ketika melihat abangku mengangkat luggageku yang besar dalam lebatnya hujan. Hati aku terdetik. Tidak akan aku lupakan pertolongan mereka. Akan aku h
Bantu pula anak-anak mereka kelak. Insyaallah, jika diizinkan Allah.

Sebelum kemari. Kakak aku menawarkan diri untuk menjahit kain putih untuk aku. Kain itu akan aku guna semasa minggu orentasi.

Terima kasih semua. Insyaallah, akan aku belajar bersungguh-sungguh.

Ms_Lolita

No comments:

Post a Comment