Saturday 30 August 2014

Sedekah

Hari ini aku terasa gedik nak menulis dan idea rasa mencurah-curah bagai air yang keluar dari pili. Aku rela bersimpuh depan tangga rumah aku semata-mata nak cari line. Maklumlah rumah kawasan pendalam. Line 3G susah nak dapat.

Setelah 2 bulan bertungkus -lumus di UIA Gombak ambil subjek UNGS. Sekarang aku kembali berada di rumah. Rasa sekejap masa berlalu. Sekarang aku dah lepas ambil subjek UNGS dan tunggu masa nak masuk degree.

Rasa berdebar ada la jugak dan excited pun ada sebab kita nak belajar benda baru. Entri kali ni aku tak nak lagi cerita pasal pengalaman aku ambil UNGS kat UIA Gombak (so,adik-adik yang tercari-cari dekat Google search pasal UNGS tu,you got the wrong entri. Sekarang akak tak ada mood dan idea nak cerita pasal UNGS tu. Sorry T..T).

Entri kali ni aku nak cerita pasal rezeki. Semasa ambil UNGS otak aku pening fikir nak ambil duit mana nak biaya yuran yang maha mahai tu dan otak aku jugak serabut fikir mana nak cari duit nak buat bekal di UIA Kuantan ni semantara biasiswa JPA dibuka. Adoii, dengar kata bulan 9 ni baru buka. So kena cari duit dari mana-mana badan kebajikan dan kerajaan untuk sumbangan.

Masa hari Ahad minggu lepas aku dapat 1000 ringgit dari Yayasan Terengganu. Rakyat Terengganu memang istimewa sebab kita orang dapat duit bantuan kemasukan IPT. Lepas tu aku mintak Yayasan Mara. Maklumlah keluarga aku susah jadi aku kena tebalkan muka mintak duit dengan mereka yang berwajib. T︵T.

Lepas tu kawan aku cadangkan mintak dengan Maidam. Pusat Zakat cawangan Besut. Dalam hari Isnin dan Selasa macam tu la aku ke bandar Jerteh sebab nak mitak wang bantuan dari pusat zakat tersebut. Sampai je depan muka pintu Maidam tu aku dah nampak dah notis '' Bantuan kemasukan ke IPT dimansuhkan bagi tahun 2014'' tertanpal depan pintu cermin tu. Tapi naluri aku cakap, 'ala masuk je mana tahu ada rezeki'. Allah gerakkan hati aku untuk masuk walaupun dah ada notis tu. Perasaan tu didorong juga oleh perasaan terdesak nak cari duit bantuan tuk sara hidup aku kat U nanti sementara menunggu JPA buka pemohonan biasiswa.

Sambung cerita tadi. Jadi aku melangkah masuk dengan selamber walau dah tahu bantuan tu dimansuhkan.

Muka tebal.

Bhahahaha.

Aku duduk di tempat menunggu depan kaunter. Seorang lelaki keluar. Aku diminta duduk di depan meja pertanyaan. Selepas dia tanya tujuan ledatangan aku. Aku terus jawab yang aku nak mintak bantuan. Encik tu jawab seperti yang tertulis dekat pada notis tadi.

Bantuan dimansuhkan untuk tahun 2014.

Aku termenung sekejap. Hahaha. Yela, memikirkan belanja yan agak besar. Aku bertanya kalau Encik itu tahu mana-mana pusat yang boleh aku minta bantuan.

Sekarang giliran dia pula termenung. Selepas itu dia mencadangkan aku pohon zakat bagi pihak ayah aku. Dia meminta aku mengisi borang zakat dan menghantarnya keesokan pagi atau secepat mungkin.

Keesokan pagi tu aku tak dapat nak hantar lagi borang tu sebab pengurusi JKKK kampung aku tak ada. So terpaksaa aku hantar borang tu pada hari yang berikutnya. Masa aku hantar borang tu Encik Azri tu tak ada. Aku hantar borang tu pada encik lai yang bertugas. Dan aku lupa nak bawa sekali penyata bank ayah aku. Kebetulan ayah aku tak ada akaun bank Islam. So dia minta aku hantar penyata bank mak aku.

Esok tu aku pergi petang bagi penyata bank yang diminta. Selepas pulang tu. Encik Azri kol aku dan cakap dia mahukan penyata bank aku. Nasib baik aku dah buka akaun bank Islam masa dekay UIA hari tu (kalau nak berurusan dengan Maidam sila buka akaun bank Islam ye, ;-).

Aku cakap la aku bari sampai rumah dan dia minta aku pergi balik ke pusat Maidam. Lama aku berfikir. Dan dia menawarkan diri nak datang rumah aku dan ambil sendiri penyata bank tu.

Esok tu aku tertunggu-tunggu encik Azri. Sambil menunggu aku mengemas rumah dan membasuh kain. Kebetulan comforter mak aku basah kena air. So, aku jemur dekat luar. Dalam hati aku cakap mana la encik Azri ni.

Setelah tu aku dapat panggilan dari Encik Azri. Dia cakap dia duduk kedai sebelah rumah aku je dan dia nampak la aku jemur comforter ungu tu tepi rumah aku. Aduihh, malunya aku. Aku rasa jadi perhatian. Korang mesti faham kan perasaan aku time tu. Encik Azri tu dah la agak muda sebaya kakak aku yang sulung.

Dan dia cakap orang ramai masa tu jadi dia minta aku ke pejabatnya. Katanya ada sedikit sumbangan. Dalam hati aku term sumbangan tu aku bayangkan hamper ke pakaian ke. Aku tumpang kawan aku dengan motor ke bandar Jerteh. Rasa segan tadi masih belum hilang.

Aku berdoa dan pujuk hati. Demi duit aku rela. Hahaha. Sampai saja di pejabat Maidam. Aku diarah masuk dalam bilik ustaz. Ooo...aku baru tahu Encik Azri itu ustaz dan pegawai dekat situ. Aku masuk dan ustaz Azri tanya soalan yang berkaitan dengan keluarga. Aku jawab tanya berselindung tentang latar belakang keluarga aku.

Masa aku hendak keluar. Ustaz Azri bagi sampul putih katanya sedikit sumbangan dan sebagai belanja untuk beli tiket bas. Aku ambil sampul tu dan keluar cepat-cepat sebab malu. Keluar tu pak guard dekat situ tanya. Ni yang datang semalam ye.

Aku ia'kan dan senyum. Terus keluar dan melesapkan diri. Hehehe. Rude betul. Jangan tiru macam aku. Keluar tu aku terus ke bank sebab nak ambil duit. Sampai dekat bank aku buka sampul tu. Masyaallah, terkejut aku melihat isi sampul tu. Duit sebanyak 500. Ya Allah terima kasih. 3 keping not 100 dan 4 keping not 50. Aku ambil 150 untuk berbelanja dan selebihnya aku simpan.

Ya Allah maha suci Allah. Ya Allah baiknya ustaz Azri. Moga Engkau membalas segala amalan baiknya Ya Allah.

Aku berdoa.

Waktu itu aku rasakan Allah menunaikan janjinya dalam Al-quran. Allah ada berfirman yang Dia akan membalas berkali ganda rezeki kita jika kita bersedekah(maaf saya tidak ingat ayat san surah itu).

Sehari atau dua hari sebelum itu aku berkira-kira ingin membeli kerepek yang berharga rm3 satu dan isinya agak sedikit dan memang tidak berpatutan yang dijual oleh mak cik tua dari pondok. Disebabkan kasihan danteringatkan firman Allah tadi aku beli juga walaupun waktu itu aku tak ada duit dan memang memerlukan duit.

Aku beli kerepeknya 2 bungkus berharga rm5. Dan Allah membalas 100 kali ganda dengan harga rm500. Terima kasih ya Allah. Allah menemukan aku dengan ustaz Azri yang pemurah. Subhanallah. Moga Allah merahmati ustaz dan keluarga.

Aku tulis entri ini untuk dijadikan pengajaran untuk kau orang dan memori untuk aku. Aku tak nak kisah ni hilang dan aku ingat balik kisah ni bila aku membacanya pada 5 atau 6 tahun akan datang. Dan aku berhajat untuk jumpat balik denga ustaz Azri dan memberi balik rm500 itu untuk anaknya pula. Insyaallah. Moga kau perkenankan ya Allah. Waktu tu mungkin aku dah bekerja atau mungkin dah berumah tangga.

Sampul putih dari beliau.


Moga kisah ini tidak menjadikan aku seorang yang riak,kedekut, lupa daratan dan seumpamanya apabila kaya atau berjaya kelak.

Ms_Lolita. ^_^



No comments:

Post a Comment