Thursday 16 October 2014

Diari Seorang Dentist (Aku Wanita)



Hati aku berkecamuk. Berbaur pelbagai rasa. Aku ditegur oleh seorang lelaki akan tindakan aku yang aku rasa aku bergurau tapi dianggap serius oleh beliau(lepas ni aku kena guna emoji untuk setiap mesej yang dihantar). Sungguh kata-kata beliau sangat meyucuk ke dalam hati aku. Sebagai wanita benda tu sangat memalukan bagi aku. Dan aku rasa benda tu tak ada la serius sangat tapi mungkin beliau salah faham melalui gaya mesej aku. Ya Allah kuatnya ujian Mu.

Sejujurnya aku tak pandai nak berkomunikasi dengan lelaki ya Allah. Setiap kali aku ingin bercakap dengan mereka perasaan malu mula menyelubungi diri aku tidak seperti aku semasa umur belasan tahun, perasaan malu itu semakin kuat apabila aku semakin dewasa. Untuk megawal perasaan malu ketika berkomunikasi dengan lelaki . Secara automatik muka aku menjadi garang dan suara aku juga ketika bercakap dengan mereka. Dalam hati aku, aku cuba untuk berlagak biasa tapi lain pula yang keluar dari mulut dan yang terekspresi di mukaku.

Mungkin selepas ini aku kena belajar cara untuk berkomunikasi dengan mereka secara lembut tetapi tegas. Ramai yang anggap aku jumud bilamana aku ingin menjaga ikhtilat dengan berlawanan jantina. Aku bukan sombong, aku bukan tidak menganggap kamu sebagai kawan wahai kaum adam tetapi aku ingin menjaga hati aku dan perasaan aku.

Faktor lain juga yang mendorong aku bertindak sedemikian rupa mungkin kerana kesan daripada kisah-kisah kakak-kakak aku yang menyebabkan aku sedikit trauma dengan lelaki. Kenapa kakakku mendapat suami yang sebegitu? Kenapa abangku sebegitu? Kenapa mereka asyik menghina dan memperlakukan seorang perempuan seperti hamba? Apa salah mereka? Seringkali soalan-soalan ini menerja otakku.

Waktu kecil benda sebegini tidak sebegitu ketara dalam diri aku. Tapi apabila meningkat dewasa, aku selalu memikirkan bagaimana keadaan jodohku kelak. Adakah dia sama saja macam abangku atau abang iparku? Meranakah hidupku selepas berkahwin? Atau bahagia?
Ya Allah ramai lelaki yang tidak faham keadaan diri aku. Mereka anggap aku kasar, aku sombong dan aku kurang ajar.


Ya Allah aku mohon kurniakan aku jodoh yang sama sepertiku. Seorang yang berusaha untuk setia dan menjadi hamba yang lebih baik kerana aku tahu bagaimana diriku atau mungkin seseorang yang lebih baik dari aku.

No comments:

Post a Comment