Saturday 19 April 2014

Cara-cara untuk hilangkan/mengecilkan jerawat

Memicit jerawat adalah tindakan yang tidak wajar untuk hilangkannya kerana ia akan meninggalkan kesan parut.
Okey kali ni Ms Lolita nak share pasal macam mana nak hilangkan jerawat.
tapi sebelum tu Ms Lolita ada benda nah dikongsi juga.

Kalau kita yakin dan letak kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah.
Insyaallah, Allah bersama kita.
Walaupun sekecil-kecil pekara.

Allah is the best planner

Biasanya kalau kita ada sebiji jerawat dekat muka. Cepat-cepat kita letak ubat(Oxy ke, apa ke,kan?).Kita terlalu bergantung pada ubat. Lepas letak ubat tu terus rasa lega dan yakin jerawat tu akan hilang. Sebenarnya tidak dan itu dikira syirik kecil kerana kita menafikan Allah yang menyembuhkan dan menghilangkan jerawat tu sebenarnya.
Ya, ubat itu salah satu ikhtiar/wisalah/cara untuk sembuh.

Cuba ubah gaya tu. Time sapu ubat tu cuba cakap-cakap/berdoa/connect/berkomunikasi dengan Allah.
"Ya Allah dengan izin Engkau jerawat ni datang, dan dengan izin Engkau ia hilang. Aku harap dengan ikhtiar aku meyapu ubat ini engkau akan menghilangkannya".

Tengok! cara yang sama. Tapi niat yang lain.
Cuba ubah cara kehidupan kita agar sentiasa berhubung dengan Allah.
Apa-apa masalah,cepat-cepat kita mengadu dengan Allah.
Allah is the best listener.
JOM BERAMAL!

Tips/ikhtiar hilangkan jerawat cara tradisional dan tanpa bahan kimia!!
1. Tumbuk kulit kayu manis hingga hancur dan jadi debu(atau beli je yang debu siap-siap dekat Mall,tak yah nak tumbuk dah. Jimat masa).
Tumbuk biar hancur tau.

2. Campurkan serbuk kayu manis tu dengan madu asli(pastikan madu asli,madu asli Ms Lolita ulang sekali lagi) hingga jadi bergental macam dalam 
gambar ni.
Biar jadi bergental macam ni.
 3. Sapu pada jerawat tu dengan bacaan bismillah dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.
4. Kena istiqamah. Bukan sekali sapu terus jadi. Istiqamah is the power.

Warning: Semuanya bergantung pada Allah Ms Lolita cuma bagi tips sahaja. Moga cepat hilang jerawat tu ye. Amin.

No comments:

Post a Comment