Sunday 27 April 2014

Damia yang bijak...

Assalamualaikum,

First sekali bersyukur sebab dah habis exam EAP final. 
Alhamdulillah.

Terharuuu...sangat semalam.
Sedih rasa nak tinggalkan dia orang.
Time kemas-kemas baju nak balik UIA.
Tetiba anak sedara yang perempuan, Damia namanya bertanya:

"Mok La (dia biasakan saya sebagai Mok La), Mok La nak pergi mana?"
"Mok La nak balik sekolah Mok La la dik".


Sekolah tu UIA, nak bagi dia senang faham.Budaknya baru 3 tahun.

"Mok La jangan la balik. Mok La jadi umi adik la. Adik nak jadi anak Mok La".

Hahahaha,tergelak sakan aku. Aku yang tak matang ni disuruh jadi ibu dia.

Aku pun menjawab dalam nada bergurau:
" Tak nak la Mok La anak macam Damia, dah la gemuk lepas tu minum susu banyak pulak tu. Berak pulak tak pandai nak basuh sendiri. Kejap lagi habis duit Mok La nak beli susu Damia".
Hahaha, gangster giler jawapan mak sedara pon. Ish...ish...

Dia senyum tunjuk gigi yang dimakan ulat dia tu.
Lepas tu kakak dia gelak dan jawab:
"Damia ni koya la(perasan)".

Yang terharunya lagi. Dah sampai UIA tu. Time saya nak turun kereta. Dia pun panggil dengan suara manja.

"Mok La....",

 sambil pegang tangan saya. Macam tak nak bagi pergi.
Lepas tu dia minta nak salam. Saya pun hulurkan tangan. Lepas tu nak salam lagi. Adoiii... budak ni.
Ketika berjalan nak naik ke dorm tu saya berdoa dalam hati kepada mereka moga Allah jauhkan mereka dari segala malang petaka dan bencana di dunia dan akhirat. Serta dipanjangkan umur mereka semua. Amin.

Apa yang saya nak share sebenarnya adalah akhlaq dan cara kita layan budak-budak.
Jangan asyik nak marah je bila mereka buat salah.
Cuba beri tunjuk ajar dan cakap baik-baik. Mereka akan faham. Mereka ibarat kain putih. Kita lah yang mencoraknya.
Bukan nak cakap saya berakhlaq baik. Sungguh saya sangat berdosa, kerana baiknya Allah dia menutup aib saya. Subhanallah.
Tapi saya cuba jadi baik dan layan mereka dengan lembut sehinggakan mereka tak nak saya balik UIA balik, nak suruh duduk rumah dia orang.
Pengajarannya, layanlah anak-anak dengan baik walaupun mereka masih kecil dan tak faham apa-apa kerana mereka diberi kelebihan oleh Allah untuk merasai kasih sayang tu.
Sebab itu Rasulullah sangat disayangi budak-budak malahan orang-orang tua kerana akhlaqnya yang baik.
Ada hadis menyebut:
Akhlaq Rasulullah itu adalah al-quran.

ya Allah bantulah kami untuk memiliki akhlaq yang baik. Seperti Rasulullah s.a.w. Amin.

Yang pasti tak sabar nak balik lagi dan jumpa dia orang.
Balik dengan azam dan semangat baru.
Insyaallah.
Damia masa umur 1 tahun.

Orang baca buku dia sibuk nak baca jugak.

Suka dia dapat makan pizza.

Damia dan kakak naik kereta mainan.




No comments:

Post a Comment