Friday 18 April 2014

Hati yang mulia.


                                
kembaraassyahid.blogspot.com
Hatimu seindah Sakura...



Bismillah, happy syyidul ayyam.

First sekali Ms Lolita(boleh tak saya bahasakan diri saya Ms Lolita? Sebab nama ni cantik sangat.cumill. Sempena nama satu butik ni. Ok..ok back to basic) ok Ms Lolita(eh gedik pulak bunyinya. Ok, Ms Lolita sangat bersyukur kepada Allah dan lega setelah hamper lima bulan buat projek untuk EAP. Akhirnya dah selamat hantar ke madam. Alhamdulillah. Walaupun tak tahu pengakhirannya macam mana. Hopefully dapat markah yang tinggi. Amin.

Hari ni terasa nak kongsi satu ilmu yang sangat bermakna dengan kau orang. Ia simple, tapi kadang-kadang susah nak apply. Malam tu cakap-cakap dengan roommate. Dia cakap dia suka sangat mak kawan kita orang ni. Banyak dia bagi tip-tips ‘kehidupan’ time dia orang balik rumah roommate kita orang yang satu lagi.

Mak dia cakap sebenarnya dalam hidup kita ni kita boleh je selalu connect atau berinteraksi dengan Allah dan Rasulullah. Dia cakap time kita nak tanam poko cuba cakap-cakap dengan Allah time tu.
‘’ya Allah kau hidupkan pokok ni semoga dia dapat berzikir selalu kepadaMu”.

Simple,kan? Tapi susah nak buat. Time kita nak ingat Allah tu ada je pekara-pekara dunia yang datang menjengah. Tapi, tak ape kita buat slow-slow. Ms Lolita pon tengah berusaha nak buat macam tu.
Yang Ms Lolita respect sangat. Mak kawan ni dia tak la belajar tinggi pon dalam bidang agama. Tapi kebergantungannya kepada Allah sangat tinggi. Ya Allah nak sangat jadi macam dia. Dia sangat bersyukur walaupun hidup mereka susah. Dia juga ada cerita.

“ Walaupun keluarga miskin, tapi anak mak cik tak dapat RMT(Rancangan Makanan Tambahan) dekat sekolah.Mak cik tak kisah. Mak cik rasa banyak hikmah di sebalik semua ni. Mak cik cakap kat anak mak cik. Dik, dik, adik jangan sedih ye. Kalau adik tak dapat RMT mak boleh berzikir, berselawat time masak pagi-pagi tu. Nanti adik bealajar berkat. Adik share-share la makanan dengan kawan tu ye. Kasihan dia lapar”. 
sweetkan benda ni? xD

Subhanallah mak cik ni sangat berfikiran positif. Allah, Allah, Allah. Moga Allah jadikan kita macam dia. Amin.

Satu lagi yang menyentuh hati Ms Lolita. Time tunggu kawan depan bilik dia ni. Terbaca artikel yang tertampal depan pintu bilik tu. Artikel tu tertulis, tiada satu pun pekara di dunia ni berlaku secara kebetulan. Semuanya dalam perancangan Allah. Maka bersabarlah dengan ujian Allah carilah hikmah di sebalik semuanya(maklumlah selangor sekarang ada krisis air).

Lepas dapat markah untuk quiz computer kawan bagi ni. Sangat terkesan dan muhasabah sekejap selepas tu.
Betul sangat tu. Kita lupa ketetapan Allah bila diuji. kan?

No comments:

Post a Comment