Wednesday 12 February 2014

Rasa Hati yang perlu dikongsi:-)

Assalam,
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis dan bernafas di bumi Allah yang sangat luas. Subhanallah.

Walaupun dah tak sekelas untuk sem ni alhamdulillah hubungan kami masih lagi rapat macam dulu. Insyaallah ukhuwah kerana Allah.

Gambar sebelum naik bas dan bertolak ke Taman Tasik
Shah Alam.
Muka fresh lagi baru bangun tidur. Hahaha.. Semua happy sebab kita orang dapat gathering sama-sama. Cuma Hani, Hijrah dan Nisa' je yang tak dapat join sebab dia orang ada hal. Hijrah sakit gigi. Kasihan. Masa ni hari sabtu 8 haribulan 2 2014. Join benda ni sebab nak eratkan lagi ukhuwah kami. Sebab Allah memberi jaminan siapa yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak. Insyaallah. Amin. 


Kita orang bertolak dalam pukul sembilan lebih kut. Tak pasti dan sampai ke destinasi pada pukul sepuluh. Sampai sana kita orang kenal-kenal dan berta'ruf dulu. Lepas tu  kita orang dibahagikan dalam kumpulan. Saya? Of course la sekali dengan classmate. Dia orang nakal. Dia orang lantik saya jadi ketua. Terima jela. Redha. Time nak letak nama kumpulan apa lagi. Saya piih nama GG stand for Girl Generation atau pun dia orang cakap Gempak Gila. Ada-ada je. Kelakar. Tapi apa pun nama ni tiada kaitan dengan sesuatu yang hidup atau yang telah tiada. 


Dalam Islam kita dianjurkan letak nama yang baik-baik sebab ia akan menjadi identiti diri kita. Ada hadis yang menyebut nama yang paling baik adalah Abdul Rahman ( maaf saya tak ingat riwayat atau perawinya dan isi penuh hadis tersebut. Kalau ada yang tahu share ye). Lepas daftar nama kumpulan terus kami terkam ke life jacket. Kami pakai dan posing-posing sikit. Hihi. Tanpa warming up terus berkayak. Akibatnya balik terus sakit belakang. 


Pengajaranya kalau nak buat sesuatu mesti ada pembuka dan penutup sesuatu tu. Begitu juga time nak makan dan belajar. Islam ajar kita baca doa sebelum dan selepas makan dan jugak doa sebelum dan selepas belajar. Bukan dua tu je tapi banyak lagi macam time nak tidur nak masuk tandas nak keluar rumah dan banyak lagi. 

Lepas pusing-pusing satu tasik tu. Kita orang bergambar tepi tasik jalan-jalan sekeliling dan makan tengah hari.
Masuk je waktu solat zohor kami bergerak ke Mall berdekatan untuk   solat. Surau dekat PKNs tu bagi saya sangat selesa sebab dia besar. Selesa untuk solat.

Lepas solat ekpidisi kami bermula. Kami diberi task untuk lulus semua check point. Dipendekkan cerita kami dapat tempat ke tiga. Okey la tu kan? Dapat la tuala kecil yang comel dan fail setiap seorang satu. Sweet kan? Subhanallah. Lepas ekpidisi mestilah penat tekak pun haus. Kaki kami ringan je bergerak ke arah Cool Blog. Dia orang jumpa Cool Blog memang excited. Subhanallah, itu baru air di dunia cuba bayangkan air di syurga pasti lagi nikmat.:-)

                            
Sambil menunggu bas datang ambil kami. Kita orang berbual-bual dan berkongsi cerita. Kadang-kadang berasa marah dengan orang yang memungkiri janji. Pak cik bas cakap nak datang ambil kita orang pada pukul 5 petang. Dia lewat setengah jam. Sebab itu Islam sangat tekankan kepentingan menepati janji. Dan memungkiri janji adalah sifat orang????? Munafik......(suara budak ramai-ramai jawab serentak) Astargfirullahalazim.

Tapi mungkin jalan jam. Sebab tu lambat. Bagi pihak saya pula kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan semua orang seperti mana Rasulullah tidak pernah bersangka buruk dengan sahabat-sahabat baginda. Subhanallah sungguh cantik akhlak baginda. Cantik juga aturan syariah yang Allah tetapkan.
                                     
Dekat pukul 6 kita orang sampai UIA. Hush.. penat tak yah cerita rasa macam nak buat kuak lentang je terus atas katil bila kaki masuk dalam bilik tapi ingatkan kewajipan kepada Allah belum tertunai(solat asar Sebab tak sempat nak solat kat sana, so balik solat dekat bilik). Tapi still tak boleh tidur sebab tugas sebagai khalifah juga belum tertunai, banyak homework....

Begitulah kehidupan saya pada hari itu. Bosan,kan?

Kita tutup cerita kita dengan surah al-ashr..:-)


No comments:

Post a Comment