Friday 14 February 2014

kasih ibu



Kenapa kadang-kadang hati kita rasa susah dan gelisah. Walaupun tiada masalah pun yang berlaku. Kadang-kadang kita rasa nak buat sesuatu tapi tak tahu sesuatu itu apa.

Mungkin begini la agaknya hati-hati yang tidak mengenal Allah. Hati mereka sering gelisah. Semua mereka ada tapi mereka tetap tidak merasa senang.


Bercakap tentang tidak bahagia atau tenang teringat kisah yang diceritakan oleh ustaz Zulramli dalam radio ikim.fm untuk slot usrah nurani.

Kata ustaz ada seorang lelaki yang mempunyai segala yang manusia inginkan di atas dunia ini. Dia ada isteri, anak, harta dan kekayaan tapi dia tidak pernah merasa bahagia.

Suatu petang dia berada dalam kereta menuju ke rumah. Dalam pada dia memandu kereta tersebut dia memuhasabah diri dia. Kenapa aku tidak pernah merasakan bahagia? Lama dia bermuhasabah. Tidak lama selepas itu Allah detikkan dalam hatinya tentang kidah silamnya.

Terus apabila mengingatkan kisah itu terus di menuju ke kampung untuk bertemu ibunya. Belum sempat apa-apa terus dia memeluk ibunya dan memohon maaf.

''Mak saya minta maaf mak. Saya pulang hari ini bukan kerana hari raya. Saya pulang hari ini mak saya nak minta maaf kepada mak. Saya banyak berdosa pada mak''.

Dalam keadaan terkedu dan terkejut ibunya berkata, '' mak telah maafkan semua kesalahanmu. Engkau anak yang baik. Kau bagi duit kepada mak. Tidak ada apa yang mak nak terasa dengan engkau nak.''

'' tidak mak ada satu kesalahan saya yang sangat besar kepada emak. Mungkin emak telah lupa tapi saya tidak lupa mak. Kalau mak masih ingat ada satu hari saya dapat duit dan saya terlalu inginkan seluar jeans. Jadi saya beli seluar tersebut dengan duit saya. Ada satu petang saya mencari seluar tersebut, saya dapati emak telah membasuhnya. Saya tarik seluar itu yang terletak di atas rak. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati seluar itu lusuh terkena peluntur. Dengan keadaan marah saya meluru ke dapur dan dengan tiak sengaja dan tidak dapat mengawal perasaan saya saya kata kepada emak. Dasar orang tua ak ada otak.''

'' mak adakah mak masih ingat?''

''Bagaimana mak boleh lupa sesungguhnya emak berdoa kepada Allah supaya Dia mematikan emak dalam keadaan emak sakit hati kepada kamu. Sungguh emak tidak pernah lupa apa yang engkau katakan pada emak dulu.'' Dengan air mata yang berjuraian ibunya menuturkan perkataan itu.

Lelaki itu terkejut dan sedih sungguh dia tidak sangka bahawa emaknya tidak pernah lupa akan peristiwa itu walaupun telah berpuluh-puluh tahun ia berlaku.

Dengan perasaan sedih dan bimbang dia berdoa kepada Allah.

''Ya Allah janganlah kau matikan ibuku dalam keadaan dia membenciku. Kau lembutkan hatinya untuk memaafkan aku ya Allah.'' Dengan penuh perasaan dia berdoa.

Tiba-tiba dia rasakan sesuatu dari arah belakang datang kepadanya dan memeluknya. Itulah ibunya.

''Melihatkan kesungguhan engkau memohon doa kepada Allah ibu tidak sanggup untuk tidak memaafkanmu.''

Apabila ibunya memaafkan dia. Dia rasakan beban yang dia rasakan selama ini sudah tiada lagi. Dan sejak daripada hari itu barulah dia merasakan bahagia.


Kawan-kawan kalau kita rasa ada yang tidak kena dengan hidup kita. Muhasabahlah dan mohon ampun kepada Allahdan manusia yang telah kita buat salah kepadanya.q

No comments:

Post a Comment