Thursday 27 February 2014

Hiduplah dengan berfikiran positif.

Assalam,
Salam Jumaat.
Saiyidul Ayyam, penghulu segala hari.
Pada hari Jumaat kita digalakkan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.
Allahumasoliala saidina muhammad.
Semoga kita semua mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

Pada hari ini aku mengerti satu hakikat hidup. Iaitu merasa diri kita lebih hebat dari orang lain.
Kita sebagai manusia tak pernah lari dari buat salah.
Tapi Allah maha pengampun.
Kita selalu saja cepat menghukum orang lain.
Kita tak pernah cuba untuk memahami mereka dan keadaan mereka. Kita terus menghukum tanpa menyelidik dahulu.
Aku juga tidak terlepas dari dosa ini. Tapi kita masih ada peluang untuk bertaubat sebelum nyawa masih belum di kerongkong. Ya Allah, ampunkan kami. Kami hamba yang lemah.
Sentiasa berbuat salah.
Kita cepat menghukum orang lain sebab kita penuh dengan perasaan riak, bangga diri dan ujub. Kita lancang menghina, menghukum dan mencaci orang. Kita tidak sedar boleh jadi orang yang kita hina itu lebih mulia di sisi Allah berbanding kita.
Mungkin pengakhiran dia lebih baik dari kita. Ya Allah jauhkan kami dari pengakhiran yang buruk.

Semoga kita sama-sama membaiki diri kita.

No comments:

Post a Comment