Tuesday 23 April 2019

OH SUAMIKU (aku dah kawin)

Ingat lagi balik minggu lepas. Suami ku suka menyakat. Aku dah iron baju dan tudung sebab nak keluar ke bandar cari barang. Suamiku buat2 tidur dan kata tak jadi keluar. Muncungku sudah 1 inci. Tiba2 dia bangun dan cakap jom keluar. Haish sabar jela. Waktu itu kami di rumah ibubapaku. Sebelum ke bandar. Singgah dulu di rumah arwah mertua yakni rumah pusaka yang dihuni oleh suamiku dan adik-adiknya yang lain. Singgah sebentar sebab suamiku nak salin baju dan mandi. Dalam pada itu boleh pulak dia buat main-main. Nak makan dulu la apa la. Memang nature aku tak suka lambat. Suka benda yang cepat. Bersiap pon kena cepat. Muncungku yang tadi 1 inci bertukar menjadi 4 inci. 

Geram bebenor dipermainkan. Kami dalam perjalanan nak ke bandar. Muncungku sudah melebihi 10 inci. Ya aku sedar berdosa bagi seorang isteri untuk menunjukkan muka yang masam sebegitu kepada suami. Ketika di bandar. Kakiku jadi 10x lebih laju. Berjalan kedepan. Meninggalkan suamiku di belakang. Hohoho. Satu lagi dosa. Ya Allah ampunkan aku. Pulang ke rumah ibuku. Aku tanya," abang nak makan nasi?" . Sekarang turn suamiku pula merajuk. Alahai. Asal aku yang merajuk. Sekarang kenapa dia nak merajuk sekali?? Dia dah tak nak makan nasi. Tapi aku tetap masakkan lauk walaupun dia kata tak nak. Bila aku datang nak panggil dia untuk makan. Alahaii dia buat2 tidur. Lampu bilik dan ditutupnya. 

Aku cuba untuk memujuk. Tapi aku fed up. Aku yang merajuk dia pon nak merajuk sekali. Hmmm. Pekehall... aku pon suruh adik aku habiskan lauk yang aku masak memandangkan dia tak nak makan sangat. Biar dedua berlapar. Aku tidur sebab dia pon tidur. Aku tidur di hujung katil. Dia pun tidur di hujung katil belah sana. Haaa. Sama2 membelakngkan satu sama lain. Dalam keadaan merajuk begini. Kita menjadi tidak waras. Lelaki pula dengan egonya. Tapi ada yang aneh berlaku pada malam itu. Pukul 3 pagi. Aku dengar hembusan nafas di cuping telingaku. Disertakan dengan panggilan SAYANGGG yang lunak. Aku berdebar. Siapakah dibelakang aku ini? Masakan suamiku. Dia kan tengah merajuk. Dia tidur dihujung katil sana. Siapa yang bertempek dibelakangku ini. Otak aku sudah nemikirkan yang bukan-bukan. Serta merta jantung berdegup kencang. Didalam gelap malam. Hanya cahaya suam yang menyinari ruang kamar. Aku takut untuk toleh ke belakang. Sebab aku taku kalau itu bukan suamiki. Aku takut kalau belakangku itu makhluk halus yang cuba untuk mengusikku. Jantung aku makin laju berlari. Aku kuatkan diri. Aku toleh ke belakang dengan saki baki keberanian yang ada. Allahhhh... suamiku rupanya. Huuu legaaa... aku cuba sambung tidur semula. Tapi aneh. Jasad itu bergerak. Eh eh dia dah beralih ke tempat asal dia tidur dan merajuk tadi. 
 Dah sedar la tu dia menempel dekat orang. Tak ingat la tu dia tengah merajuk. Mesti bila dah sedar acah2 sambung merajuk balikk. 😂😂😂😂.. apa yang aku nak sampaikam sebenarnya. Lelaki dan ego ini berpisah tiadaa. Disebabkan kami ni pjj dan sangat jarang sekali bertemu. Aku rendahkan ego. Memujuknya lagi keesokan harininya. Tiada apa yang rugi. Benda sekecil itu pon dalam rumah tangga boleh jadi pekara yang membawa kepada pergaduhan. Aku cerita kan balik momen ini kerana bagiku begitu lucu. Hahaha. Pasti mak ayah kita dulu2 ada lagi kisah yang manis2 untuk dikenang macam ni kan....


No comments:

Post a Comment